mengharap sangat, | Blog BudakFadhilah

23.12.09

mengharap sangat,

start//10:18pm


salam semua.

huh, *saya mengeluh lah !

banyak benda yang saya mahu selalunya jarang tercapai. bukan tidak langsung tak tecapai, cuma jarang sahaja. tetapi, benda yang saya tidak terfikirkan, selalu datang bergolek kepada saya.

apa yang datang saya terima dengan hati yang rela. walau macam mana pun situasi saya, saya harus juga terima. siapa yang peduli kan kalau saya menangis air mata darah sekalipun ? tak ada sesiapa pun yang ambil tahu. kalau mereka ter-ambil tahu pun, boleh ke mereka menukar keadaan itu ?

Where Angels Cry by Pink Sherbet Photography


kadang kadang apa impian saya yang tak tercapai tu saya hanya terima dengan membuat andaian, 'belum tiba masa nya je tu.' siapa tak cemburu kan kalau melihat impian orang lain tercapai dengan jayanya tetapi tidak kepada kita. mungkin juga usaha saya tak cukup untuk saya pastikan impian saya tu terlaksana. mungkin juga.

The long journey by M.ALKHAMIS

banyak kali juga saya kecewa sebab impian saya tak terlaksana. bukan tak bersyukur dengan apa yang diberi, tapi, biasalah manusia. tak pernah cukup. semestinya hanya mahu yang terbaik. dan kalau boleh mahu menjadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik.

perkara lain yang boleh sedapkan hati saya bila impian saya musnah berkecai, 'mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi.' well, apa lagi yang mahu saya katakan lagi ? mahu tak mahu, saya kena juga terima hakikat.



so, dari sekarang ni, saya nak buat apa sahaja untuk membolehkan saya capai apa yang saya mahukan. saya malas mahu nangis lagi. kalau saya nangis, apa pun tak jadi. tapi air mata yang mahu mengalir mana boleh ditahan tahan. bila bertakung, pecahlah empangan dia.


'batukan diri' juga bukan jalan terbaik yang boleh saya lakukan bila saya tak dapat apa yang saya mahu. saya memang selalu kalah dengan emosi sendiri. bila orang gertak sikit, memang air mata ni laju je menjunam. jalan terbaik bagi saya, lari daripada menghadapi situasi tu. boleh ke ?


sudah lah. saya menaip entry ni dengan hati yang masih panas. membahang tahu ! sebab apa ? sebab saya terfikir balik impian saya yang lepas lepas yang sudah musnah. saya tahu. tak guna fikir balik. bukannya masa boleh di putar kembali.


apa yang saya tahu, saya mesti dapat apa yang saya nak. mungkin juga hidup saya tidak panjang. heh, siapa yang tahu kan ? semua benda boleh jadi. sebaiknya, saya buat apa yang termampu untuk membolehkan saya dapat apa yang saya nak.

lastly, doakan sahaja semoga apa yang saya mahu tercapai. dah dua kali saya gagal. tapi bukan yang pengakhiran ini. agaknya lah. *jungkit bahu.

mungkin akan ada entry tentang ke-tidak senang-an hati saya terhadap segelintir golong seperti mereka. akan datang. HEHE

Annoyed by Patflinschrod

macam ni kot muka saya bila saya rasa annoying dengan golongan tu. heh, saya pun tak tahu. kalau nak tahu, ikut saya pergi shopping. mesti korang akan nampak saya buat muka bila saya rasa tak senang dengan golongan tue.

eh, tak nak cerita lebih lebih. nanti nanti saya cerita.

btw, good luck untuk calon PMR esok. semoga impian kamu semua tercapai. :)

bye.

p/s:entry ni tak ada kene mengena dengan entry sebelum ni.
p/s/s:fikiran terganggu, hati bercelaru.


2 comments:

Cik Rara said... Reply to this comment

bykkn bsbar k..insy,lmbt ngn cpt je.. :)

N. Fadhilah said... Reply to this comment

cik rara//
yurp. terima kasih. :)

#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (19) Tiga (5) Tips dan Informasi (19) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License