30.12.11

Diari 2011 Part 3

#deardiary

Part terakhir.

bila aku baca balik entri entri yang lepas, baru aku perasan sebenarnya ada je lagi benda benda yang terjadi yang aku tak rewind balik masa buat entri tu. tu laaa, manusia kan pelupa. duduk duduk dengan kawan, baru ehhhh 'kau ingat tak pasal ... ?' 'wehhh, kelakar doee pasal ... haha'. ahahaha, bengong betul.

#tumblr
aku rasa aku tak ada coretkan pasal aku dengan kawan kawan sesat masa nak pergi Ipoh. haha. biasa ah. perempuan. first time keluar. dah tu semua perempuan pulak kan. pergi tak de hal. bila nak balik, dah dekat tengah malam. fuhhh fuhh, meremang bulu roma. gelap gelita. lepastu teringat pulak cerita yang bukan bukan. phewww. lepas tu, aku tak de pun cerita betapa kelam kabutnya dan gelabahnya, bila orang yang tak ada lesen, pegi drive and then tetiba ada road block. padahal pak cik polis tu baru nak open table dia. ahaha, sampai termencarut carut orang dalam kereta tu. nasib baik tak accident tau dakkk. tapi demi kawan yang sakit, apa pun sanggup :)

anddd, aku rasa aku tak cerita lagi yang i have my own 'papa', 'mamas' (ada dua mama. haha), my own sister, mak cik, nenek, moyang, jiran, blablablabla. wohoo, besarnya keluarga aku dekat sini  :')  satu hari nanti, kena kumpul ramai ramai and buat potret keluarga. alahaiii  :)

tahun 2011 jugak, ramai kawan kawan aku yang hilang mak atau ayah dorang. tu lah, maut tak mengenal usia. i can feel the pain friends. aku pun pernah hilang orang yang aku sayang jugak. be strong no matter what. Allah sentiasa ada dengan kita  :)

September 2011 - Disember 2011

Semester dua.


semuanya sama macam semester satu. cuma subjek yang aku belajar je lain. zzzzzzz  -.-  ahah, semester dua punya subjek semuanya boleh hmmm hmmm sikit tapi penat dia, tak payah cakap ah kan. genyah gila nak completekan assignment dia. sampai termenangis okayy sebab assignment jadah ni semua. alahai, demi markah coursework, kena teruskan jugak.

awal semester dua, setiap empat hari sekali aku balik melaka. hikhik. kerja gila. sementara coQ belum mula, boleh la ambil kesempatan balik setiap minggu. naik je mid sem break, mana ada selalu balik melaka lagi. duduk je lah melangut dekat UTP ni. heh

aaaa, masuk semester dua ni, satu wish aku tercapai. hihi, eh, dua sebenarnya. terima kasih mama :')

semester dua berjalan dengan lancar. ahh, sebenarnya biasa biasa je. bosan. penat aku try ingat balik apa yang jadi sepanjang semester dua ni. tak ingat aaaa. memang dasar pelupa laa aku ni. alahai. tapi, betul ah. sama je kot macam semester satu. cuma sem ni dah tak skema sangat ah. hihi


haaaa haaa, birthday partyyy. kayy dah ingat dah ingat  -.-  kejutan yang menjadi gila. haha. dah macam dalam cerita hindustan pun ada aku rasa. berbakat betul kawan kawan aku. semua boleh berlakon ah. kesian ezzati kena tipu habis habis. hikhik. tapi terpaksa menipuuu. nama pun surprise. hihi. dah lah masa tu tengah sibuk sibuk dengan program rumah anak yatim. tapi alhamdulillah, semuanya menjadiii. wohooo ~

k. dah tak ingat apa apa. dah tak ingat apa apa. ishh

tetiba aku teringat pasal sekolah sekolah sekolah. tak boleh nak tipu diri sendiri. hmm, aku rindu sekolah. rindu cikgu. rindu kawan kawan, rindu kantin, rindu dia. EH ! taaak, taaak, serius, aku rindu susasana sekolah. masa sekolah, kepala tak payaj semak semak nak fikir macam macam. dulu komplen, setiap hari rutin sama je waktu sekolah. sekarang aku rindu rutin tu. zaman U, zaman tough. aku yang baru je merasa zaman ni, dah rasa berat. macam mana tah aku nak hadap zaman ni lagi beberapa tahun yang akan datang. semuanya aku serahkan pada Allah. ohh, sekolah -.-

teater maharaja beruk
serius, hujung tahun 2011, aku rasa biasa biasa je. ke ada benda yang aku lupa ni. zzzzz, kayy, tak payah susah nak ingat balik. kalau ada pun, biar aku simpan sorang. hewhewhew

so, tinggal berapa hari lagi je Disember 2011 akan berakhir. lepas tu, umur aku pun bertambah dan semuanya haruslah berubah menjadi yang lebih baik.

#tumblr
my only hope is, this December 2011 will end quietly and full of blessings from Allah.

- Diari 2011, aku coretkan untuk aku ingat kembali memori 2011 :)

24.12.11

Your Mother




Who should I give my love to?
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to?
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hold you
And clean you and clothes you
Who used to feed you?
And always be with you
When you were sick
Stay up all night
Holding you tight
That's right no other
Your mother (My mother)

Who should I take good care of?
Giving all my love
Who should I think most of?
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hear you
Before you could talk
Who used to hold you?
Before you could walk
And when you fell who picked you up
Clean your cut
No one but your mother
My mother

Who should I stay rigt close to?
Listen most to
Never say no to
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hug you
And buy you new clothes
Comb your hair
And blow your nose
And when you cry
Who wiped your tears?
Knows your fears
Who really cares?
My mother

Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah
For my mother.

22.12.11

Diari 2011 Part 2

#deardiary

lepas tiga bulan pergi macam tu je, haaaaa, bulan bulan seterusnya memang semuanya baru bagi aku. SEMUANYA. persekitaran, kawan, negeri, tempat belajar, diri, SEMUANYA baru. lain. sangat lain. lain gila. heh

Mac 2011 - September 2011

masa aku buat entri ni, test 2 Programming 1 baru je habis. dalam lebih kurang 10 minit yang lepas. hihi, ce korang rasa perasaan lepas test. heh, test 2 je pun. bukan final. tapiiiii, aaaaa, susah nak cakap perasaan ni. penat tau dak tidur lewatttt je sebab kekonon study. eh, tapi kita betul betul studyyy. hiks

yes. hidup aku pun berubah lepas result SPM keluar. result SPM aku tak lah bagus mana. biasa je. aku bersyukur. apa yang aku usaha, tu lah hasilnya. memang pun aku main main masa sekolah. tidur masa kelas. hehe, tapi tak buat selalu laa. mama aku cikgu dekat situ. tak berani nak buat masalah lebih lebih.

#tumblr
 aaa, result SPM tu ala ala result PMR jugak. untuk budak yang tak belajar macam aku ni, well, boleh laaa ~ tak ada lah bodoh sangat aku ni. heh.

lepas result SPM, tiba masa kena buat keputusan. pilihan untuk aku pilih tempat nak sambung study masa tu alhamdulillah banyak. cuma kena pandai pilih je. masa tu tak payah cakap lah kan. kejap nak pegi kelantan. kejap kata perak. memang beberapa hari aku rasa nak melalak je keje sebab takut salah pilih.

matriks awal awal lagi aku dah tolak tepi. aku tak mau lagi nak fikir pasal kimia, biology, physics lagi. tak mauuuuu. buat istikharah semua. akhirnya aku memilih UTP, Perak  :')

Bai rumah. Bai Melaka. Bai awak.

#tumblr
 From that moment, semuanya berubah. duduk negeri lain. duduk bilik lain. duduk dengan kawan lain. semuanya lain dan baru. SEMUANYA. Susah betul aku nak terima keadaan tau dak. asyik cengeng je bila duduk Perak ni. heh, ye ah. nak tak nak, semuanya sendiri. no more parents, no more siblings, no more girlfriendss. Paling best duduk sini, bila celebrate birthday dekat hostel. tapi, sedih sikit sebab bukan dengan family and girlfriends. tapi, tak apa lah. aku bersyukur. terima kasih kawan kawan UTP :)

For the first time jugak, berpuasa tanpa keluarga. sebulan berpuasa, dua hari je kot dapat berpuasa sama dengan family sebelum hari raya. dekat sini, semua cuti cuti dia sikit gila  -.-'


semester satu sangat penat. kelas penuh setiap hari. pelajaran baru. aku mana pernah belajar ekonomi bagai tu. tetiba kena belajar. memang lah slow kan. tapi alhamdulillah. boleh laaa ~ kalau masa lecture tak tidur, mesti lagi boleh. haha

Alhamdulillah, semester satu pun habis. first time nak jawab final exam, hari hari rasa perut bergelora. haha
result semester satu, haha, sama dengan usaha aku. so, nak tak nak, kena terima. bersyukur. ni ah jawapan orang pemalas. eh, tapi siapa yang tak mau DL kaaan. aku pun nak. cuma aku pemalas. k. tu kena ubah. aku tau.

sepanjang masa aku duduk sini, macam macam jenis orang aku jumpa. macam macam cerita. macam macam perangai. itu semua buat aku lebih kuat. buat aku berfikir jauh sebelum buat apa apa tindakan. contoh dah ada dekat depan mata. aku je yang kena pilih sama ada nak ikut atau tak.


ada masa aku rasa down gila. nak menangis je keje. tak boleh silap sikit. tapi kebanyakan masa, aku ketawa dengan kawan kawan aku. terima kasih kawan. masa masa emosi tu datang bila ada test, atau exam exam besar. hihi, itu lah dugaan kan. ada masa, kita kena menangis. ada masa kita akan ketawa. itu normal  :)

aku hanya mampu keluarkan kata kata syukur dengan apa yang aku ada sekarang. kawan. keluarga.

selagi aku mampu tolak tepi perasaan aku, selagi tu aku cuba simpan dan jaga baik baik perasaan orang sekeliling aku  :')

21.12.11

FIGHTING

tengah pulun untuk test 2 paper
Fundamental Of Programming 1

wish me luck kebebeh  :B

#tumblr

19.12.11

Diari 2011 Part 1

#deardiary

terasa macam nak pandang ke belakang balik tengok apa yang aku dah buat sepanjang tahun ni. well, tahun 2011 memang tahun baru bagi aku. hidup aku memang seratus peratus berubah. i mean, selama 18 tahun aku hidup, tak pernah pernah aku duduk jauh dengan mama abah. tak pernah pernah aku tak balik rumah hampir sebulan setengah. tak pernah pernah aku kena duduk hostel. tahun 2011 baru aku merasa semua tu.

 
 #tumblr

tahun 2011 aku dah tak lagi pergi sekolah macam tahun tahun yang lepas. hikhik. tu perkara yang paling aku rasa. lain nya hidup aku tahun 2011 ni. besttttt, tak payah bangun pagi pagi, kena siap siap pergi sekolah, kena jaga perhimpunan, kena pergi meeting pagi, kena fikir kerja rumah bagai. tak payah dah. zaman tu dah habis.

Januari 2011 - Mac 2011

lepas SPM, memang aku duduk melangut dekat rumah. duduk rumah jadi tukang masak, bibik, penjaga rumah. tu je lah kerja aku. bangun pagiiii, pergi dapur. kemas dapur, tengok tv. lepas tu masak. lepas tu abah balik kerja. lepas tu hidangkan makan tengah hari untuk abah. lepas tu, tengok tv balik. lepas tu, tunggu mama dengan adik adik balik sekolah. lepas tu baru laaaa boleh duduk duduk chill dengan mama semua. eh, bosan gila tau tak.

lepas SPM memang aku tak kerja, tak pergi kelas apa apa. duduk rumah sepanjang masa. sepanjang masa.

nasib baik ada kelas latihan memandu  -.-  dapat lah jugak kan keluar pegi kelas jumpa kawan. kalau tidak, heh, memang terperap lah dekat rumah. hampir tiga bulan okay berkeadaan macam tu. sungguh bosan. otak pun tak berkembang. heh

tiga bulan pertama untuk tahun 2011 pergi macam tu je. tak ada yang menarik.

 
#tumblr

paling menarik bagi aku pun, dapat lesen kereta. hikhik. tu pun lepas macam macam jadi. zzzzz -.- kuang ajau punya orang. la ni, adik aku pi ambik lesen kereta bukan dekat syarikat tu lagi. dengan orang lain dah. heh

hari hari aku pun berlalu. dah habis dah tiga bulan. cepatnya masa berlalu pergi.

15.12.11

UTP: Educamp untuk Jan Intake 2012

salam semua.

fewwitt, rasa macam lama gila tak menaip dekat blog ni. adalah seminggu kan. macam biasa, nak bagi alasan sibuk. sibuk sampai tak ada masa nak fikir apa yang patut dicurahkan dalam blog ni.

sebenarnya setiap hari je pun saya usha blog ni, tengok balik entri entri lama, baca balik komen komen. lepas tu gelak sorang sorang. eh, perangai tu terjadi bila dah terlalu stress hadap assignment yang rasa macam tak pernah nak habis dan apabila frust tak dapat run code programming dengan jayanya. heh

so semalam, tetiba terusha dekat jumlah visitors dekat nuffnang. eh, apehal tetiba banyak visitors ni ? sebenarnya tak banyak mana pun. lebih 50 tu kira banyak ah jugak tau dak sebab sekarang memang pemalas gila nak update blog. bila rasa nak update, update lah kan blog ni. kalau ada visitors, adalah. kalau tak ada, takkan nak paksa orang datang pulakkan. hihi

al kisahnya, rupanya banyak orang tersesat masuk blog ni dengan carian UTP educamp, educamp UTP, apa itu educamp UTP, interview UTP educamp, tips pergi educamp UTP, blablablabla semuanya pasal Educamp UTP. so, saya bajet, tawaran ke educamp UTP untuk january intake 2012 dah keluar lah ni kaaaan. sebab tu ada orang search. hihi, tahniah lah koranggg.

 
#tumblr

saya pun ada juga pengalaman sendiri masa dapat panggilan untuk pergi educamp UTP ni. haha, macam kelakar bila ingat balik. korang boleh je usha dekat sini, UTP. hihi kalau nak, usha laaa. hehe, sebab cuak punya pasal, pegi lah google sana sini. tanya senior, tanya orang, tanya kak Maria Elena, nasihat yang dia bagi and saya ingat sampai sekarang, education and knowledge is more important, dekat mana tempat kita study tu, tak penting sangat  :)

bila dah pergi educamp UTP ni, hmm semua okay jee. nah, boleh usha pengalaman tuan blog ni sampai tak lalu nak makan sebab nak pergi educamp UTP. hihi tah pa pe tah. kemain penakut lagi nak pergi interview. haha, sebenarnya, korang kena confident and redah je segala benda. lepas tu tawakal. habis cerita.

so, my advice, still macam dulu ;

WATLEK JE

haha
good luck korang.

bai.

7.12.11

Wordless Wednesday (17)

wordless tak wordless sangat la.

 

thank you friends. memang wordless jadinya aku bila buat asignment ni.

assignment yang paling fuhh fuhh mencabar keimanan, kesabaran, dan kekuatan hati dan perasaan aku. thank you Allah, semuanya dah tamat. ini disaster untuk semester dua, dan aku enjoy disaster ni.

5.12.11

3 years and 3 weeks

#deardiary

3 years and 3 weeks

dah 3 tahun rupanya. aku pun tak perasan yang ticker tu dah berubah ke 3 years and 3 weeks. balik kelas, usha blog. ni je lah yang aku mampu buat bila tengah serabut. baca balik entri entri geli dulu dulu. hewhew. cepatnya masa tu berlalu. sangat cepat. eh, kejap je dah 3 tahun.

umur blog dah 3 tahun. visitors blog, phewww, tak payah cakap. makin terukss. aku tak ada masa nak terlalu menghadap blog ni. masa sekarang amat berharga bagi aku. lebih baik aku siapkan segala kejadah kerja yang tak siap. biarlah kalau tak ada orang yang masuk blog ni pun. tak apa. memang asalnya blog ni aku nak jadikan tempat privasi aku pun. hiks

sekarang, alhamdulillah semua kerja dah hampir selesai. aku malas nak ambik tau kalau ada orang yang nak komen itu ini. yang penting, kerja aku, siap. kau tak puas hati, kau punya pasal. hihi

eh, entri ni patut dihasilkan dengan hati yang tenang sebab baru lepas settlekan kerja yang sangat membebankan. apehal dah nak jadi entri emo ni ? eh, itu kita cerita hari lain ah.

bai.

2.12.11

Serabut-ness

#tumblr

sekarang memang tengah super serabut. setiap minggu dateline untuk submit assignment akan tiba. memang akan tiba waktu nya. memang. setiap minggu tau ! setiap minggu ! setiap hari jumaat, sebelum pukul lima petang, biasanyalah. haaa, baru tu lah kan ter-kelam kabut nak settlekan.

tapi alhamdulillah, beberapa assignment sudah berjaya di hantar dan kertas kuning tu dah berjaya dikoyakkan dan dibuang ke dalam tong sampah. kihkihkih.

tinggal beberapa je lagi tuu. sikit je lagii.

keadaan yang super serabut terjadi sebab kebanyakan assignment tu semua assignment yang ber-group. phewwww, k. tak mau cakap banyak. faham faham je lah kan bila tiba part ni. tapi, i'm okay. masih mampu bersabar dan senyum. nangis pun tidak. nangis sebab terasa seksa sikit tu ada la. eleh, tu pun sikit je. sebab dulu semester satu, pernah rasa yang lagi super hebat dugaannya :')

ditambah lagi, dah tiga minggu tak balik Melaka. okayy, part ni memang dah tak boleh tahan. minggu depan tak kira, nak balik jugak. tapi eh, bila fikir pasal assignment, pasal test, hmphhh. kena fikir banyak banyak kali pulak.

disebabkan rasa nak sangat balik minggu depan, adalah lebih baik saya siapkan assignment yang nak kena hantar minggu depan cepat cepat.

bai.

28.11.11

Ketawa, bukannya susah pun.

#tumblr

kadang kadang aku termenangis juga sebelum tidur. but, i have to be strong no matter what. nothing is permanent  :')

21.11.11

Terpaksa lah menipu.

hikhik, assalamualaikum semua.

dua hari yang lepas (19.11.11) kiteorang buat surprise birthday party untuk kawan kiteorang yang birthday nya dua hari lepas (17.11.11). kenapa semua nya dua hari lepas ni ? errrr

sebab masa birthday dia tu, kiteorang ada projek kelas dekat rumah anak anak yatim. mana ada masa oii nak plan itu ini. so, kiteorang pun bercadang lah nak buat surprise tu lepas balik dari program rumah anak anak yatim tu. habis cite


banyak betul dugaan weh nak jalankan surprise ni. memang serius banyak. sampai nak menangis kiteorang semua. klimaks dugaan tu bila tiba waktu tayar kereta orang yang kita nak surprisekan ni meletop. TAU TAK MELETOP ! phewww, terduduk lah kejap.

habis semua plan kena tukar. tu pandai pandai lah kan siapa yang part kena berlakon tu. hiks. party ni siap ada hicom bagai  -.-  guests semua kiteorang jemput yang mana rapat dengan birthday girl tu je. nanti ramai ramai lari ah pulak bajet kan. hihi

k. tak tau nak cite cane ni. buat kronologi ah senang. zzzzz // macam pulak ada yang nak baca  -.-


lantik hicom, senaraikan guests, beli barang, buat persiapan.
|
pergi tempat yang dirancang, tayar kereta meletop. pheww
|
ubah plan.
|
elin sakit, room mate dia berlari pergi bilik ezzati, nak bagitau ezzati.
|
dengan gelabah, ezzati pergi tengok elin. elin nangis nangis. macam sakit teruk  -.-
|
ezzati call sana sini cari kereta sebab kereta dia ada dekat kawan(masa ni dia tak tau tayar kereta dia dah meletop)
|
nasib baik syiffa ada kereta. ezzati papah elin. nak bawa pergi klinik.
|
syifa kata nak jumpa kawan dekat main hall. ezzati marah. kan kawan dia tengah sakit. haha
|
doraemon, room mate ain ihsan dapat call kata syiffa jatuh. haha
|
ezzati bertambah gelabah. sampai dia terduduk weh sebab cuak kawan dia dah dua orang sakit.
|
ezzati lari pergi depan pavi, UTP macam dalam cerita hindustan. terkejut kiteorang. gelabah cari tempat.
|
syiffa nangisss. tak boleh bangun bagai. ezzati lagi cuak !
|
dia siap nak papah syiffa dah weh. haha
|
SURPRISE !!!!!

lepas tu mula lah terharu terharu bagai. haha. serius plan ni jadi gila. si ezzati tu langsung tak tau apa apa. lawak gila bila duduk ramai ramai and cerita balik pasal kejadian ni semua.


yang tak boleh blah siap ada hicom bagai tauuu. by the way, ni birthday party yang paling mahal kiteorang pernah buat. phewww, demi kawan  :')



daripada rancangan ni, memang nampak ezzati sayang gila gila kawan dia. tau cuak bila kawan dia sakit. selama ni buat tak reti je dalam semua benda. semua buat main main. haha. padan muka hang.

lepas habis makan makan, ada lah game bagai. uno muslimah laaa, belon belon laaa, eh tu je. tak boleh main sampai lewat malam. kita kan perempuan. hehe  -.-

end up dengan saya blik dalam keadaan putih baju seluar tudung penuh dengan tepung tapi hati gembira. wohooo


 

walau macam mana malas pun nak taip entri, paksa jugak diri ni. sekurang kurangnya, ada memori yang tercatat dalam blog ni masa foundation year :')

bai.

16.11.11

Ini normal.

Assalamualaikum.

Err, rasa macam lama gila tak post apa apa entri. bukan macam, tapi memang. susah betul lah bila tak fokus ni. semua jadi macam huru hara. dah rancang itu ini, tapi keadaan yang tak mengizinkan. nak buat macam mana..

#tumblr

Cuti mid sem untuk semester dua ni pun dah habis beberapa hari yang lepas. macam biasa, cuti mid semester kita 4 hari je termasuk sabtu ahad. blergh, tapi bersyukur la. nasib baik ada cuti Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada hari ahad. so, hari isnin pun cuti laaaa. hikhik, akhirnya, total cuti semua sekali, 10 hari. ok letteww.

Tuan blog ni merancang nak blogging sampai lebam lah kan cuti 10 hari tu, sekali bila sampai Melaka, pergh pergh, monitor, modem jadah wifi internet telefon rumah semua tak boleh guna. sebab beberapa hari sebelum tuan blog ni balik Melaka, hujan ribut petir guruh macam taufan terjadi pada waktu malam. (weh, ayat apa ni ? zzzz -.-' ) ye ah kan, sekarang kan musim hujan. Tronoh ni pun selalu jugak hujan petang petang, sampai basah lencun kena mandi hujan bila balik kelas. hmm

Terpaksa lah cari alternatif lain kan nak maksimumkan penggunaan cuti tu. heh, tapi memang terisi habis pun. balik Melaka, ada kenduri, raya lagi, ada sembelih sembelih lagi, dengan mama, adik adik kena keracunan makanan lagi, dengan mak long yang tiba tiba kena tahan wad, dengan ASSIGNMENT yang menimbun, dengan keluar jumpa kawan lama. pheww, memang penuh betul jadual  -.-' eleh, normal ah tu.

Balik Melaka pergi interview penggali kubur lagi. zzzzz. assignment English 2. hmm. sabar je lah kan.

#tumblr

Ni lepas mid sem break, lagi lah sibuk. test test test. quiz quiz quiz. assignment assignment assignment. rasa macam kejap gila masa ni berlalu. masih terasa macam semalam aku nangis sikit dekat mama sebab kena balik U balik. pa pe tah. haha. normal ah kan.

Perasaan nak blogging blogging tu macam off ah bila dekat hostel ni. ada banyak je cerita. life, kawan, projek, masa, perasaan. sebenarnya macam macam laaaa. tapi asyik bertangguh sebab buat kerja lain. macam sekarang ni, paksa jugak diri update blog. hewhew

..
..

Waiiiii, lupa. ada kelas malam. duhhh, btw, ai aktif gilew gilew (haha) dekat twitter. meh cari @FadhilahMn


Tak ada conclusion bagai semua. bai.

3.11.11

I miss ...

... your early morning message just to make sure that i wake up for subuh.

 
chaotic

29.10.11

Kucing pun sayang anak dia.

... apatah lagi kita manusia yang punya akal ni kan.


siapa yang tak sayang adik adik sendiri oii.
air yang dicincang tak kan pernah putus  :')

28.10.11

Terus mati.


Mood blogging, OFF !

Eh, bukan mood blogging kau memang selalu off ke ? sampai seminggu lebih tak update blog.

Duhh, update blog tak wajib. siapkan assignment, score untuk test, dapat pointer tinggi, itu wajib ! 

22.10.11

Dijangka kami akan bergelap selama 10 jam ! Anda ?

salam sayang semua. aww aww. eh   -.-

wohooo, tinggal lagi beberapa minggu dah nak mid semester. eh, tak boleh wohoo sangat. dah confirm confirm test test test dengan quiz quiz quiz akan datang bertimpa timpa secara tiba tiba. tak fun betul. betul tak fun. tak fun betul !


wohoo, semester dua ni macam best je kot. best le. 16 jam kredit je. semester lepas 19 jam kredit. hari jumaat tak ada kelas. hari sabtu cuti. hari ahad tetiba ada coQ dua jam waktu pagi. eh, lorat betul dua jam tu. kalau tak, dah boleh melepak dekat Melaka dah tau. daripada duduk dekat UTP ni. heh

ok. cukup cukup lah nada yang menunjukkan kegembiraan. cepat tukar nada lain pulak. nada kesedihan !

dijangka kami, budak budak village 1 dan village 2 akan bergelap dan kepanasan tanpa elektrik selama 10 jam ! eh, kejadah bergelap pulak ? kan siang siang buta tu. k, bukan bergelap. tapi berpanas dan ber-tanpa internet !

betulkan ? 10 jam kan ? tak salah kan ?

mungkin ada lah benda yang nak diselenggara tu. mungkin. agaknya lah.

petang tadi(jumaat) pukul 7 dah mula bergelap. sedang elok je lepas mandi, duduk depan laptop kejap, pappppp, duniaku menjadi gelap. eh, tapi kejap je kot. dalam setengah jam. nasib baik. alhamdulillah.

so, apa rancangan esok ?(sabtu)
lari dari UTP !

20.10.11

Tak mampu.

salam semua.

rasa macam lama gila kot tak menaip. hari hari ada je online. 24jam lagi. eh, tak. bukan 24jam. tapi yang pasti lebih daripada 6jam. sekarang otak macam tak berkembang.

nak layan blog BudakFadhilah ni, nak hasilkan satu entri pun rasa tak mampu.

 
yes, i do.

balik dari kelas je dah penat. lepas tu nak urus diri lagi. lepas tu ni, lepas tu tu. ah, macam macam alasan. mampu layan facebook dengan twitter je. since twitter dengan facebook je yang boleh digunakan 24jam tak kira tempat dan masa, membebel dekat sana je lah.

kagum kot dengan mana mana student yang mampu hasilkan dua entri dalam masa sehari. bukan entri biasa biasa yang bodoh bodoh, tapi entri yang berisi. ish, sebenarnya yang penting disiplin. kan.

how i wish i can be like that.

but for now, eh, focus dekat study je. blog ni, nanti ada cuti panjang, tiba mood nak menaip, baru lah ada entri baru. tu pun entri yang entahkan berkualiti entahkan tidak.

tapi yang pasti, saya tak mampu nak buat entri sehari sekali dan saya rindu mama. sedih  T___________T  //tetiba

tapi, kalau pointer sikit, lagi sedih !

12.10.11

7.10.11

Ini namanya pengajaran.

#deardiary

hari ni hari yang, ehem, hari yang apa eh ? err, sebenarnya dah tak reti ah nak menaip dan bercerita macam mana. rasa pelik gila ni. tak pe tak pe. meh kita try lagi sekali.

#deardiary

hari ni aku balik melaka lagi. padahal minggu lepas aku baru je balik melaka. maknanya aku duduk dekat UTP tu empat hari setangah je lepas tu aku blah balik Melaka.

hari ni jugak result exam semester lepas keluar. result tu keluar pukul 2 petang. tapi masa tu aku tengah sedap sedap duduk dalam ets untuk ke KL Sentral. tapi aku peduli apa. aku lupakan sekejap pasal result exam. padahal masa tu, aku dah cuak gile macam apa je. perut pun sakit. lepas tu aku tertidur. eleh,

http://1.bp.blogspot.com/_IzAyPXRVapY/TG1TQG19INI/AAAAAAAACY8/POIAgWpZlN4/s1600/il_430xN.161116342.jpg

lepas sampai KL Sentral pegi kaunter ERL pulak. ape eh, transit KLIA eh ? lepas tu pegi TBS/BTS. mana satu yang betul eh ? TBS ke BTS. hanya kerana TBS atau BTS aku hampir bertikam lidah dengan kawan aku. haha -.-  lepas dah sampai TBS/BTS terus beli tiket bas ke Melaka. nasib baik sempat sampai TBS./BTS tu dalam pukul lima. jalan cepat cepat ke kaunter tiket, ada bas ke Melaka pukul 5.25 pm. memang terbaik ah. lepas tu balikkk. sampai Melaka. dan sekarang tengah buat entri ni. eh

kejadah buat entri cenggini rupa. ahh, try lagi sekali ah.

result exam ; aku macam ;

http://media.tumblr.com/tumblr_lrzawoqrO21qjsk60.gif
haha

sebenarnya aku tak sangka lah jugak kan dapat result cenggitu. aku rasa aku akan dapat bawah lagi. tapi target aku dengan result aku tu memang dah dekat. kalau semester lepas aku UP sikit usaha aku, korbankan waktu tidur, mungkin boleh capai target aku. apa apa pun, bersyukur. tak perlu repeat apa apa paper.

oh, sebenarnya aku nak cakap pasal lain. pasal cara belajar dekat uni sebenarnya.

sebenarnya(lagi), yang aku ingat, cara belajar aku semester lepas sama je dengan cara belajar time aku SPM dulu. haha, memang le result pun macam ape je kan. bukan nak bangga ke hape, tapi sebenarnya aku boleh ! tau tak sebenarnya yang kita semua boleh ! semua pun boleh sebenarnya(lagi) !

aku kan pemalas. so, memang masa SPM, aku belajar pun macam nak tak nak je. buat kerja sekolah, selak buku sikit sikit. lepas tu, dah. aku berhenti. tapi waktu tidur aku memang jaga gila gila. aku memang akan pastikan cukup 8 jam. tak kurang tak lebih. biasanya aku akan terbangun sendiri. tengok ! waktu tidur kemain lagi aku jaga kan. haaaa, cenggini lah cara hidup aku semester lepas. dan hasilnya, result SPM aku dengan result exam semester lepas sebegini rupa. haha


nampaknya aku memang lah kena ubah cara belajar aku. kan. memang patut ubah pun. kau bukan budak sekolah lagi. kau dah jadi budak uni. sesuka hati je nak samakan uni dengan sekolah. memang tak ah kan nak berjaya kalau cenggini. so, cane eh aku nak ubah ? cane eh ? ajar ah sikit korang. bagi tips ke. please. hiks  -.-

haaa, mungkin aku patut mula menelaah walau satu sub topik untuk satu satu subjek yang aku ambik pada setiap malam. mungkin laaa. mungkin laa aku patut buat cenggitu. sebelum ni aku mana ada buat macam tu. aku cuma belajar dalam kelas, tu pun kadang kadang terbabas tertidur, lepas tu study sikit sikit bila ada exam, quiz atau test lepas tu, eh dah ah. tu je.

memang lah weh. aku kena ubah ni !

23.9.11

Dua minggu cuti mana cukup !

salam semuaaa.

photo
#tumblr

hihi, lama dah tak menaip dalam keadaan menaip yang betul betul nak menaip. oh maiiii, apa yang saya taip ni ??

cuti dua minggu ni macam tak cukup je sebenarnya. haishh, mana ada cuti yang cukup sebenarnya. tak puas lah bercuti sebab adik adik mama dengan abah semua sibuk dengan kerja, sekolah, trial exam, kursus. tinggal lah saya sorang sorang dekat rumah tercangok bila waktu orang lain sibuk dengan urusan masing masing.

tapi minggu pertama rasa bertuah sikit. sebab kawan baik yang study dekat UiTM balik untuk study week. dapatlah keluar dengan dia berfoya foya sekejap. teman makan makan. karok. cuci cuci mata. ok, tak sempat nak tengok wayang pun.

#tumblr

minggu pertama cuti jugak sempat lah jugak adik bongsu teman shopping. memang jadi kewajipan kalau balik melaka cuti, pergi shooping walau sehelai baju. lepas tu karok lagi. haishh, macam dah gila karok je. tapi karok dengan adik and kawan memang super lain laa. hihi  :B

minggu pertama juga, dapat phone baru. aww aww. thanks mama. lama weh tunggu mama belikan phone tu. akhirnya dapat jugak. alhamdulillahhh ♥♥♥ k. nak cakap eh taip lagi sekali. mekaseh mama. sayanggg mama sangat sangat !! nak BB  awak pin boleh ? hihi  :B  // tapi kalau tak dapat pun still sayang mama sangat sangat jugak.

minggu kedua paling TAK BEST !! TAK BEST !! TAK BEST !! TAK BEST !! TAK BESTT !!

minggu pertama cuti abah ada lagi. balik makan tengah hari. ada lah jugak saya rasa sibuk sebab nak masak makan tengah hari bagai. tapi minggu kedua cuti ni abah pergi kursus seminggu. seminggu. arghh, tak ada orang nak belikan sarapan. kena bangun sendiri masak sarapan sendiri.

#tumblr

minggu kedua memang kerjanya bangun lewat je ah. dah siap siap bagi burung, ikan, makan semua pukul lapan pagi, sambung tidur balik. pernah ada hari tu terbangun pukul 12 lebih tengah hari. erk, kelam kabut bangun. dah rasa macam orang sewel pun ada gak.

minggu kedua cuti minggu paling malas nak masak. tahukah anda, anda akan rasa down bila terfikir yang siapa nak makan makanan yang kau masak kalau orang lain semua balik lewat ? ish, terus rasa malas nak masak. masak pun ala kadar je. tu pun dah lewat. rasa rasa mama dengan adik adik dah nak balik rumah, baru pergi dapur masak.

arghh, tak sempat tengok wayang, makan dekat johnnys, makan dekat seoul garden. alahai. tinggal lagi satu hari sebelum balik Perak ahad ni.

apa apa pun,
dua minggu cuti memang tak cukup !

http://28.media.tumblr.com/tumblr_lrqwzoRMZj1qgnjgmo2_400.gif

grrrr.

21.9.11

#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (19) Tiga (5) Tips dan Informasi (19) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License