Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

3.4.11

Family Day yang TER !

assalamualaikum.

cerita ni macam dah basi sikit. sebab malas nak buat entri. heh, (pemalas betul engkau ni !)

dekat entri Blog awak huru hara la ! saya ada bagi tahu kan saya pergi Port Dick Son sebab ada Family Day. so, ini lah cerita nya. hehe, dah seminggu lebih lebih dah pun berlalu. tetiba rindu nak rasa udara laut. saya pun tengok laaa folder gambar gambar Family Day.

banner simple gila. dua hari sebelum pergi PD baru tempah. asalkan ada banner je pun dah kira ok lah kaaan. hehe
oh, ni kali pertama family belah mama buat Family Day. kiranya, semua masih baru cuba cuba. sebab tak pernah lagi organize Family Day yang macam ni.

mama ada sembilan adik beradik. tapi yang dapat hadir masa Family Day ni cuma lapan keluarga je. ok lah tu kann. ada juga yang tak dapat datang sebab kerja, blablablabla.

18.3.2011 hingga 20.3.2011

jadual semua memang padat. tak sempat duduk diam diam, ada je acara. keh keh keh. bila tiba satu masa, memang saya dah tak larat nak join. lepak dalam bilik je aa membuta. lepas tu baru join balik.

hari jumaat tu kira hari semua orang berkumpul dekat PD. orang Kedah, Pahang, Johor, Melaka semua mai PD. memang berkobar kobar ni. haha, tak pernah weyh buat Family Day. mana tak excited kannn. ada yang sampai petang, malam, pepagi buta hari sabtu pun ada. heh,

hari sabtu pula, penuh dengan game. sukaneka laaa, karok laaa, BBQ laaa, blablablabla. penat gile. tapi memang fun habis. keh keh keh

aaaa, kalau saya cerita banyak pun, korang bukan kenal pun kan. ehehehe, meh la tengok gambar gambar yang tak seberapa ni.

 
mama kemain bersungguh lagi. huihuihui
ni game ape tah. boling kelapa ea ? family saya dapat no berapa tah. ekekekeke, memang semua macam sengal sengal aa main game ni.

makin jauh makin sayang.
ngeh ngeh ngeh. gambar yang atas ni untuk game makin jauh makin sayang. awwww, ada yang tergolek sebab nak sambut belon air tu.   =.='

 

haaaa, game ni laa saya boleh tengok mak cik mak cik saya tergolek golek sakan atas pasir. haha, rebut kelapa. dah macam hape dah badan kena salut dengan pasir pantai tu. kui kui kui

 

aaa, ni acara biasa lah kan. gula dalam tepung. khas untuk budak budak. kesian kanak kanak tak ada game. eh, sebenarnya banyak game untuk kanak kanak. ada acara cari selipar, blablablabla, serius tak ingat nama nama game tu. hehe

haha
satu satu nya game yang saya join. hehe, Let's Coke. serius hidung macam kena bakar masa teguk Coke banyak banyak. phewww, tapi best. time ni, nasib baik tak ada yang termuntah. ada lagi game makan ni sebenarnya, tapi tak dapat buat sebab tak cukup masa. kalau tak, mesti saya join. haha(makan je keje kau !)

 

nama pun Family Day dekat pantai kaaan. seharusnya ada waktu untuk mandi manda. ngeh ngeh ngeh, cuba cari mana saya dekat dalam gambar tu. tak kan jumpeeee.

nasib saya selalu tak baik kalau pergi bercuti tauuu. ada je halangan kalau nak mandi laut semua ni. luka kaki laa. tangan sakit laaa. sakit perempuan laa. macam macam hal weyh. dekat pulau tioman, pulau pangkor, pulau langkawi, mana mana pantai lagi aaa. memang tak dapat nak rasa mandi laut ni. kalau nasib baik je saya boleh. kalau tak, cium bau laut je lah jawabnya.   =.='

semua tekun weyh.
ini game yang paling kritikal. semua kena tekun. game ni khas untuk anak anak dara. untuk mak dara nan adooo. ngeh ngeh ngeh. konon konon nak uji kepakaran hal hal dapur laaa. saya tak boleh join. sebab saya yang kena adili game ni. hehe

eh, ada banyak game lagi sebenarnya. gambar pun banyak lagi sebenarnya. kalau saya tempek dekat sini, sure sure panjang giloss entri ni. ni pun rasa dah cukup panjang. ehehehe,

malam sabtu pula macam biasa laaa kan. acara BBQ. alaaa, kecil kecilan je. kalau buat dekat rumah, haruslah besar besaran. ni dekat banglo tu, peti ais dia punye lah comel kan. tak boleh sumbat banyak banyak. barang makanan pun memang tak bawa banyak. heeeeeee,

so, sampai di sini je laa kan episod Family Day ni. tahun depan dengar kata macam nak buat dekat Cameron Highland. wehuuuuu, tak sabauu ni.

ni baru separuh. ramai lagi sebenarnya. tapi dorang dah lari balik sebab nak mandi. takut kena beratur nak guna toilet. hehe
ouh, pengasas Family Day ni ialah kakak sedara saya. keh keh keh

ok. bye.
         

6.1.11

aku pun tak faham

ini entry emo, harap maklum.

aku rindu gila gila dekat semua kawan kawan aku. kadang kadang aku terus jadi macam orang bodoh nak cengeng bila ingat dekat diorang. agak mengada ngada di situ. heh,

Crying by divlja

tipa tiap pagi masa aku tengok adik adik aku pergi sekolah dengan mama, mesti aku teringat masa aku sekolah dulu. pagi pagi pergi sekolah, rumah jadi huru hara. dengan bangun lambatnye, stoking sebelah hilang, tudung senget, baju lupa iron. lepas tu kene marah dengan abah. lepas tu, pergi sekolah muka masam macam baru teguk jus limau. lepas tu, kawan kawan aku pun tegur. lepas tu, aku terus ok. ceh, mood aku memang terus tukar bila ada kawan kawan aku yang macam tiga suku tu.

lepas tu aku rindu port lepak pagi pagi aku dengan kawan kawan aku. rindu dengan perhimpunan pagi. rindu dengan meeting pengawas tergempar. rindu dengan kelas. erk, nanti aku buat entry tentang ni lah. tu pun kalau aku rajin.

sekarang aku tau perasaan yang cikgu cikgu aku pernah bagitahu dulu. dia cakap, nanti bila dah tak sekolah mesti awak nak sekolah balik. masa tu dengan bangganya aku jawab, 'tak kan lah cikgu. penat dah sekolah sebelas tahun, bangun awal awal pagi, balik sekolah petang petang. penat je'.

ni baru berapa hari aku duduk rumah sorang sorang sebab mama, abah dengan adik adik pergi sekolah, aku dah tak tahan ! dan macam orang sasau. bangun pagi, jadi bangun tengah hari. bila bangun, pandang kira, pandang kanan, depan, belakang semua, sunyi ! aku sorang sorang dekat rumah. bila aku jerit pun, rumah boleh bergema. huh,


mesti korang akan cakap pergilah kerja. haremmmm, mama dengan abah langsung tak pertimbangkan permintaan aku tu. memang mereka tak bagi aku kerja langsung ! lepas tu mesti korang akan cakap, pergilah ambil kelas apa apa yang patut. ini memang dalam perancangan. tapi, siapa yang nak uruskan transport pergi balik ? lagipun kelas tu bukannya hari hari kan. cepat tolong selesaikan masalah aku neh,

lesen kereta. ni lagi satu hal. memang tengah ambil pun. dah sampai bengkel enam jam dah. dah driving for the first time pun. bila driving hari tu, cuba korang bayangkan betapa kecut nye perut aku neh. kaki keras ! tangan berpeluh peluh ! see, aku neh penakut ! harap je badan besar. derr, tapi bila fikir fikir tak kan aku nak bazirkan duit mak bapak pulak kan. aku akan teruskan juga.

aku ni macam susah nak terima hakikat aku bukan budak sekolah lagi. ini lah manusia. bila jadi budak sekolah, tak suka. bila dah tak jadi budak sekolah, nak nangis bagai pulak. adoiiiiii, leceh lah macam ni. sebelum tidur, sekarang neh aku wajib tenung beg sekolah dengan gambar kawan kawan aku. parah tak parah kan ?


otak aku sekarang bercelaru. aku rasa nak balik sekolah balik ! kecelaruan mental betul lah !

bye. oh, cengeng itu kuat menangis.

2.1.11

i kecewa betul.

salam semua. percutian sudah tamat. selamat kembali ke sekolah. nyiahahahahaantubetul.

kecewa betul tak dapat sambut new year dekat melaka. sambut dekat JB dalam keadaan huru hara. ye arh, busy dengan majlis nikah lepas tu majlis bersanding pula. phewwwww, penat penat. kali neh sepupu pula yang kahwin. emma nur suehailah.

cuba korang bayangkan, rumah dia 5 tingkat ngek, tak ke gila nak buat kerja itu ini dekat rumah tu. HAHA, dah arh rumah tu port baik je, depan tasik, depan padang. besttt. orang lain penat penat buat kerja, saya pergi menyorok dekat tasik. HAHA


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs757.ash1/164808_152739941444717_100001261357570_288612_7328959_n.jpg

cukup arh dua gambar tu ye. sebenarnya ada beratus ratus gambar. belum lagi gambar photoshoot dia dekat tasek depan rumah. kalau tak, berapa panjang entah entry ni nanti.

erk, tak dapatlah blog ni merasa entry 1.1.11. HEHE, tak apa. kita tunggu 11.1.11 pula. cantik number tu. buat tarikh nikah pun bagus neh. mueheheheheh,

dengan rasminya, kui kui kui, ini adalah entry pembukaan Blog BudakFadhilah pada 2011 ! dan rasanya belum terlambat lagi saya nak wish dekat korang semua,

SELAMAT TAHUN BARU
(2011)

haraplah sangat tahun 2011 ni akan jadi tahun yang lebih baik daripada tahun sebelum neh. nanti nak buat arh entry misi 2011. HAHA, misi lah sangat. entah entah tak tercapai. adoiii,

untuk siapa siapa yang singgah blog ni dua tiga hari lepas, sorry ek tak dapat singgah blog korang. busy le. kata bercuti. ceh, bercuti lah sangat. nanti saya pergi ber-blogwalking ke blog korang ataupun guna khidmat BlogLarian. terima kasih juga pada sesiapa yang vote Blog BudakFadhilah contest hari tu. HEHE


esok, mulalah hari hari yang bosan-duduk-rumah-sorang-sorang. dah semua orang pergi sekolah, saya je arh yang duduk rumah tercangok sorang sorang. bosan bosan.

derr, entry ni nak wish happy new yaer dekat korang jeh. ni dah melalut lalut benda mengarut.

ok. bye

15.12.10

Wedding; Crystal Garden

amaran; entry ni berjela sikit. erk, bukan sikit, banyak kut.

yeah, semalam (12.12.10) pergi wedding sepupu jauh, erk, apa apa je lah, dekat Dewan Felda. wedding family kakak ni semuanya best best gila. daripada kakak dia, abang dia, sampailah diri dia sediri sebagai anak yang bongsu. HEHE

ni kad sebelah lelaki, abang adnan.

wedding sebelah kak Farah semalam. majlis nikah pula 11.12.10 dekat kediaman family kak farah. Saya tak dapat pergi sebab malas. HAHA, yang pergi majlis nikah tu abah dengan adik adik je. tema wedding kak farah ni ialah Crystal Garden hasil ilham diri sendiri dengan mama dia. kelas gituuuuu. huehehehehehhe,

 source;http://sarahshukor.com/

kak Farah ni sumpah happening. dulu dia study dekat MMU melaka dan bertemu cinta dengan abang nan dekat MMU melaka juga. wehuuuuuuu, comel ok diorang ni. mana mana pergi pun berdua. HAHA







baju pengantin rekaan rizman ruzaini. phewww,

apa yang paling saya suka bila pergi wedding ni, ialah

 
AISKRIM TAPAI. haha

memang kalau wedding family dorang mesti ada neh, :P

 tempek satu gambar cukup. HAHA

ni gambar gambar tunang dia, terjumpa pulakss. HEHE


source;http://www.faisalrahim.com/
 
source;http://www.faisalrahim.com/
 
ini bapak pengantin. pak cik sempoi. HAHA
source;http://www.faisalrahim.com

source;http://www.faisalrahim.com
 
source;http://www.faisalrahim.com
 
sempoi, kui kui kui,
source;http://www.faisalrahim.com

penat derr, tak cukup tidur. semalam sampai melaka dah nak pukul 1 pagi. phewwww, tapi ini lah last wedding family dr. ramlee ni. lepas ni dah tak ada lagi dah. HEHE

apa apa pun, SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT KAK FARAH DAN ABANG NAN. weeeeeeee,♥♥♥♥♥♥♥♥

p/s:aku pun teringin jugak. HAHAHA

23.12.09

ni sebab nya.

start//11:13pm


erk, assalamualaikum.

sebelum tu, lihat lah gambar yang sekeping
dekat bawah ni. :P


dah tengok kan ?
itu sepupu saya. yang pengantin perempuan. :)

errr, itulah sebab nya saya tak update update blog saya.
menginap dekat hotel cikai dekat kluang selama
dua hari. HAHA

bosan tahu.

nak sebab lagi sebab saya tak update blog ?
tak nak ?
saya nak cakap jugak. HEHE

sebab nye, bila tiba waktu online saya,
iaitu pada waktu malam, harap maklum,
saya mesti keluar pergi shopping.

sebab lagi saya jarang update blog ?
sebab nye, bila dah penat merayau waktu malam,
mood untuk hadap komputer terus hilang.
otak, kaki, mata, badan, semuanya penat.
tidur lagi baik.



eh, kan entry lepas saya terjadi awww sekejap.
itu sebab nya, tukang make-up sepupu saya itu awwww.
sepanjang hari perkahwinan tu nampak dia.
tapi lawa doh.. badan mantap gila. HAHA


ada dua orang yang awwwww.
sorang tue nampak macam ayu sikit sebab pakai baju kurung,
sorang lagi tu ganas sikit sebab pakai t-shirt
dengan seluar fit je.
dah lah duduk terkangkang,
nampak mende terbonjol dekat seluar dia.
apa tu ek ?
HAHAHAHAHAHA

tak boleh blah bila dah ayu ayu tue,
jalan tergetik getik sambil hisap rokok. :P

tapi, serius lawa. lagi lagi bila dia cakap camni
kat sorang budak lelaki yang suka sakat dia.
'lagi lagi kau. aku bukak kan selaur kau kang baru tau !'
HAHAHA. cakap dengan nada gedik ye. :P

erk, dah lah. sampai sini je.
ni pun saya curi waktu online adik saya. HEHE

tunggu next entry. entry tue mungkin ada nada
belagak sebab tak puas hati daripada saya kepada
mereka. HAHA

p/s:saya buat entry ni bukan mahu bercakap besar.

3.12.09

baru faham kenapa blh 'gila'

start//8:03pm



malas lah nak citer pasal menikah ni. HAHA

eh, sebelum tue, salam. dan hai. :)

menikah ? macam biasa lah, dekat masjid.
dekat batu pahat. sepupu pertama menikah. :)

punya lama nak tunggu tok kadi nikahkan dorang,
siap bagi ceramah entah apa entah. HAHA

dah, habis citer pasal menikah.

mari beralih ke cerita lain.
HEHE



psst, saya lebih selesa keluar dengan flip flop saja.



hari ni saya pergi melabir. HAHA
akhirnya keluar juga saya, sebab saya kena paksa.
kene paksa tau.

kawan saya kata, kalau tak nak keluar dengan dia,
dia tak nak cakap dengan saya. heh,
saya tahu dia tipu. tapi saya keluar juga sebab
hari ni hari yang saya rasakan hari sesuai
untuk keluar. HAHA

saya heret jugak adik saya keluar.
HEHE. dia tu memang pantang orang ajak keluar,
laju je siap.



tak pergi mana pun,
pergi keluar tengok new moon je.
saya tahu saya ketinggalan zaman. heh,

New Moon Paperback--Movie Edition by Luuuucia:)

tapi peduli apa.
grrrrrr, handsome-nye jacob.
bila part jacob dengan edward ada,
saya asyik terdengar orang jerit jerit je.

paling tak boleh blah, masa part jacob tak pakai baju.
saya pun rasa nak menjerit sekali. HAHA
HAHA. jerit meroyan. :P

New Moon Poster--Jacob Black by miss.ninA

New Moon UK Fan Event by musicgrl87

OMG, OMG,
saya pun macam nak gila. HAHA
*melebih je saya ni. =.='


tak ramai orang pun tengok wayang.
sebab hari ni kan hari kerja. :P

lepas tengok wayang, pergi karoke.
HAHA. time ni tak boleh blah. macam nak gila
nyanyi. tapi kegembiraan telah di-spoil-kan
oleh sakai sakai di bilik lain. grrrr, geram gila.

jafina - aina

farahin - jafina

annasuha - afifah - farahin - jafina

jafina - aina


lepas terpekik terlolong, pergi mencekik. HEHE
saya tak boleh mencekik lebih lebih. saya kan diet.
T____________________T


lepas tue, kiteorang semua berpecah. balik.
tapi saya tak balik, saya pergi shopping pulak.


berbekalkan duit yang saya minta kat abah, HEHE
dapat lah sehelai jeans. kenapa sehelai ?
sebab mama dah nak angkut saya balik. hik,


tak ada motif letak gambar budak seketul ni. hik,


tak pe, lepas ni, saya pergi melabir lagi.
tapi pergi dengan mama pulak lah.
heh,


bye.


-tamat-

pheww, penat buat entry ni. =.='

p/s:kepada mereka yang ingin bertanya apa apa kepada saya,
sila klik link ni. oke. jangan segan segan. kalau saya mampu,
saya akan tolong. :)

p/s/s:jangan lupa klik ads nuff saya. heh, terima kasih.


23.9.09

pertama syawal.

start//11:37pm, 20090922


salam syawal semua.
baru berkesempatan untuk update blog.

errr,,
saya sebenarnya malas nak cerita banyak.

tentang satu syawal,
saya rasa semuanya sama je ngan korang semua.

salam mintak ampun,
melantak ketupat rendang,
beratur ambik duit raya,
tengok baju sape lawa,
tunggu orang tua balik sembahyang raya,
layan lagu raya.

dan, dan,
yang penting seisi fotografi.
hik~

macam macam kategori ada.

muka cam tuut. HAHA

cucu gadis.

cucu teruna.


orang ungu.

merah sedondon.


orang biru.

orang lelaki.

family hjh fatimah.


tak da lah mega mana pun,
biasa biasa saja.

ada lagi kategori yang tak de kat sini.
;menantu lelaki.
;menantu perempuan.
;cucu primary.
;cucu secondary.
HAHA. gile banyak pic.

bak kata sepupu saya, macam artis siot.
penat bergambar. autograf tak nak. HAHA


perancangan yang dibuat semuanya tak jadi.
perasaan bergembira di pagi raya pun lesap.
pakai ala kadar je.
tak de nak meriah meriah sebab tak de mood.

hari kedua baru best.

tapi pic pulak tak snap. HEHE
dalam kenangan saja.

banyak pic dekat camera sepupu.
malas nak minta. nanti dapatlah (:

mata dah layu.
sebenarnya baru balik dari muar.

mahu bermimpi dulu.

bye
#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (20) Tiga (5) Tips dan Informasi (20) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License