Resipi Ayam Halia Kukus paling senang. | Blog BudakFadhilah

28.2.13

Resipi Ayam Halia Kukus paling senang.

Assalamualaikum, Hai. Hello.

Kekonon nak update blog ni hari hari sampai bila tiba masa nak masuk semester balik. Tapi harommmm. Bila klik button 'create new post', aku terus tak tau nak cerita pasal apa. Lepas tu aku pun sign out daripada blogger. Lepas tu duduk perhatikan timeline twitter je 24 jam. heh

Hari hari aku masa cuti ni hanyalah masak, pergi hospital, makan, tidur, keluar shopping, tengok tv. Itu aje. Dah sah sah memang aku punya mata tak nampak dunia luar sangat. Kesian.

Jadi hari ni aku terfikir nak share resipi Ayam Halia Kukus yang paling senang yang amat. Budak darjah satu pun boleh buat weh.

Malas nak bebel panjang, marilah tengok bahan utama atau bahan yang diperlukan eh.

resipi ayam halia kukus simple
  1. Ayam
  2. Perapan Halia, Life
  3. Sayur apa apa pun
Tadaaaaaa !!! Tu je lah benda yang korang perlukan. haha. Lepastu jangan lupa sediakan pengukus. Sambil nak sediakan ayam halia tu korang pergi lah sediakan pengukus bagai tu. Jerang air sampai mendidih.
Guna pinggan yang boleh guna untuk kukus tau. Jangan guna sebarang pinggan. Takut pecah. Cemtu aaa lebih kurang apa yang mama cakap.
Perapan halia tu tak sure lah pulak kalau brand lain. Tapi kat rumah ni memang guna Perapan Halia Life. Yang lain aku tak tau.

Sayur apa apa pun tu tak kisah lah korang nak letak sayur apa pun. Tapi tak payah banyak sangat. Nanti jadi semak weh. Serius semak. Kalau masak kukus kukus macam ni kan, aku lagi suka letak sayur sayur keras. Macam karot, kubis bunga tu, baby corn. Bawang tu kalau nak letak boleh, tak nak letak pun tak apa. Kalau nak pedas, korang potongkan je cili padi tu kan. Lagi sedap !

Ok. Bahan semua dah disediakan kan. Lepastu

resipi ayam halia kukus simple 

1. Lumurkan perapan halia tu dekat ayam. Oh, make sure ayam tu tak berair air sangat eh.

resipi ayam halia kukus simple 

2. Taburkan segala sayur korang tadi. Aku jenis pemalas gila. So, aku pergi letak awal awal. Tapi kalau korang nak makan makanan sihat kan, korang pergi kukus dulu ayam tu dalam 5-7 minit macam tu, baru korang taburkan sayur tu. Tak ada la sayur tu overcooked kan. Gituu.

Tapi lagi, aku suka gila makan tomato mentah. Tomato aku letak dalam pinggan(masa tengah kukus) betul betul 2-3 minit sebelum aku nak angkat keluar pinggan dari pengukus.

3. Lepastuuuuuu, korang tunggu la ayam tu masak. Hmm aku tak tau nak cakap berapa lama. Aku agak agak tengok pinggan dah penuh dengan kuah, ayam tu macam agak agak dah masak, boleh lah angkat. So, siap dah !!

resipi ayam halia kukus simple

Habis cerita.

Lepastu makan lah dengan nasi panas. Jangan letak garam tauuuuu. Sebab perapan tu memang dah siap ada garam apa semua. Nanti masin pulak.

Tak nak guna ayam, boleh guna ikan(aku cadangkan, ikan siakap, atau ikan bawal, atau ikan serkut, atau ikan kembung).

Sekian.

No comments:

#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (19) Tiga (5) Tips dan Informasi (19) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License