Online business, Herbalife, Baby, Politik, Masak ! | Blog BudakFadhilah

22.2.13

Online business, Herbalife, Baby, Politik, Masak !

Assalamualaikum. Hai.

Weh awkward nya nak mulakan penaipan. Idea memang banyak ada dalam kepala. Tapi nak ceritakan tu tak tau macam mana. Kata orang bahasa, plot tu tak ada. Nanti kalau main berterabur je cerita, satu apa pun orang tak faham apa yang kita cuba sampaikan.

Dan sesungguhnya aku sekarang memang tengah tak tahu apa nak cerita sebenarnya. Menyedihkan sungguh.

Ok lah. Mari habiskan entry ni dengan cerita cerita atau pandangan aku secara random.
  1. Tak payah lah weh bawak baby pergi hospital. Kesian baby tu tak selesa. Dah lah dekat hospital tu banyak kuman. Banyak le kan sebab tu dah tentu tentu tu tempat orang sakit. Lepas tu kalau baby tu menangis nangis, tak ke akan mengganggu pesakit yang lain. Yang penting, hospital tu bukan tempat yang sesuai untuk baby. Kecuali lah kalau baby tu yang sakit dan memerlukan rawatan dekat hospital tu.


  2. Please la, jangan bergaduh disebabkan isu politik. Daripada apa yang aku nampak, ada kawan yang boleh bergaduh sebab berbeza pandangan politik. Ada saudara yang sanggup bermasam muka sebab lain pemikiran pasal politik. whatteheckkk. Jangan lah macam tu. Jangan campur aduk kan hubungan kekeluargaan dan persahabatan dengan politik boleh tak? Lepas habis debat tak puas hati itu ini ke apa, habis dekat situ je lah. Jangan la panjangkan sampai terus nak masam muka. heh. Ni memang betul betul aku tak faham. Aku tak tau nak komen apa pasal ni sangat sebab aku malas nak masuk otak pasal ni semua. haha. Cuma aku rasa tak patut campur aduk kan politik dengan hubungan kita sesama manusia. Tu je.

  3. K, ni serius aku tak tau nak mula cemana. hmm. Cemni. Apa yang aku perasan pattern orang Melayu ni la kan, kalau musim tu orang bukak kedai makan, memang banyak kedai makan orang Melayu muncul. Walaupun sebelah sebelah kedai yang dah wujud. Kalau masa tu musim promote Herbalife, memang semuaaaa nak promote Herbalife. Melabur duit untuk Herbalife. Melabur duit untuk Score A tu. Katanya nak buat bisnes laaa(MLM). Lebih kurang macam tu la. Tah, banyak lagi lah contoh. Yang untungnya, kita lah yang pembeli, yang menjadi customer. hehe. Sekarang yang aku perasan, musim girls buat online business :) Banyak sangat dah yang aku perasan. Orang sekeliling aku termasuk lah makcik sepupu aku. haha. Macam macam benda yang nak dijual secara online. Tudung, baju, casing phone, baju baby, makanan!, seluar, weh banyak gila. Sekarang ni semua benda kita boleh dapat online. Tak tipu. hmm. Tapi bagus lah. Teruskan ber bisnes. Jangan sekadar hangat hangat tahi ayam eh. Aku happy ok bila tengok orang Melayu berjaya dalam bisnes masing masing. So, good luck lah korang :)

  4. Pandangan sinis orang orang lain bila ada yang nak berubah ke arah kebaikan. WEH, jangan lah jadi macam setan. isk. Biar lah kalau orang tu nak berubah untuk kebaikan diri dia sendiri. Support je lah dia. Ni tidak. Perlekehkan dia pulak. Contohnya, bila seseorang tu start nak baca quran, lepas tu kau pegi kata, 'wuuu dah alim sekarang.'. Hek kau. Baca quran tu tak menunjukkan seseorang tu alim pun sebab kita orang Islam memang disuruh baca quran. Contoh lain, baru mula nak pakai tudung, cakap english sebab nak improve english dia, diet, baca buku. Come on. Tu semua benda baik kan. K, ini contoh je. Kita kena support each other untuk ke arah kebaikan ok. Spread the love. Tetiba.


  5. Terapi diri aku adalah dengan shopping ! Tapi, shopping dengan mama je lah. Kalau pergi dengan kawan kawan atau adik adik memang tak lah aku nak shopping bagai. Kena ada mama dekat sebelah. Tak pun abah. Tapi abah tak best sangat sebab lelaki kan. Leceh sikit nak kecek kecek ni. Kalau mama, senang je. haha. Tu lah yang bestnya. Dengan mama ni, kalau kena mood mama, pandai kata, mesti dapat. hihihi. As long as mama tak kisah, aku pun ok. Lagi best kalau waktu shopping tu cukup ada dua ketul adik tu dengan mama je. Hilanglah stress hidup :3


  6. Satu tips dari aku, kalau memasak tu, ikut kreativiti korang. Tak payah nak ikut buku resipi sangat weh. Serius aku bagitau ni. Korang pun ada lidah, so korang hanya perlu merasa. Apa yang kurang tambahkan. Tekak kita kadang kadang tak sama dengan apa yang tertulis dalam buku resipi tu. Normal lah kalau masak tak sedap sekali sekala. Kegagalan. Kan memang dalam hidup ada term gagal tu yang akan muncul kekadang dalam hidup kita. So, next time kita akan ingat, 'ohh, hari tu aku buat macam ni tak jadi, so aku tak boleh buat cemni lagi, mungkin kena kurangkan sikit blablabla.'. Gituuuu. Cuti 4 bulan ni memang hari hari aku kena masak lunch. Penat memang lah penat. Ingat senang ke masak dekat dapur kena ke hulu ke hilir, make sure tak hangus, hangit, masin, tawar, manis tu semua. haha. Tapi aku happy. Lagi lagi memang ada seketul adik yang tengah tunggu result SPM. Memang dah jadi prinsip abah tak bagi anak dia kerja masa tengah belajar. Aku adik beradik memang lepas SPM, kiteorang tak kerja. So duduk rumah jadilah bibik. hihi. Nanti bila dah sambung belajar, for sure akan rindu masa masa tu semua. Nak berkumpul satu keluarga yang ada lima orang ni pun dah susah :/
Ok. Sekarang dah rasa penat menaip. Boleh lah berhenti sekarang kot kan. Ok.

No comments:

#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (19) Tiga (5) Tips dan Informasi (19) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License