Semangat tolong datang. | Blog BudakFadhilah

21.2.13

Semangat tolong datang.

Hai. Assalamualaikum.

Dah sebulan lebih weh aku cuti. Sebulan lebih! Cepatnya masa tu berlalu. Kesian lahai blog ni terbiar bersawang je. Aku hari hari harap aku ni ada semangat (baca, rajin) nak update blog ni. Tapi aku memang malas tahap petala keberapa tah aku rasa bila rasa nak update blog ni. Nampak tak, rasa nak update. Tapi malas.

Bila zaman entah nak maju kalau asyik malas je kan.

Kalau lah ada yang perasan (kalau ada yang membaca blog ni lagi), url blog ni pun dah bertukar. Dari www.nufaa.com dah jadi www.dillasm.com pulak. Ha Ha Ha. Rasa macam kelakar. K la, aku je yang rasa kelakar. Dua tahun je, nufaa.com tu bertahan. Zaman sebelum masuk UTP.

Belum sempat aku nak buat entry kenapa aku letak nufaa.com dua tahun lepas, aku pergi tukar www.dillasm.com pulak kan. Ha Ha Ha lagi sekali! Ni epic gila punya pemalas. Sampai dua tahun kot entry tu tertangguh.

nufaa.com tu gabungan nama pertama dengan nama kedua aku. Ok. Tu je pun sebabnya.

Sampai lah satu saat kan, masa aku tengah busy study week sem lepas (study week dekat UTP bukan dekat rumah memang buat otak aku selalu ligat fikir pasal benda lain, bukan pasal paper paper exam tu), aku rasa macam dah tiba masa aku guna nama aku untuk url blog ni. www.dillasm.com:)

Blog ni dah hampir (kejap aku kena kira), empat tahun lebih weh ! Pada aku, lama jugak tu. Daripada zaman ramai gila blogger blogger famous, sampai sekarang semua macam dah slow down ber blogging. Mungkin busy dengan kehidupan yang sebenar. Mungkin gak busy dengan komitmen kan, contohnya macam aku sebagai seorang pelajar. Ecehhh haha.

Dengan url yang pertama, budakfadhilah.blogspot.com lepastu www.nufaa.com lepastu sampai la www.dillasm.com :)

Nama Dilla (sebenarnya sebut Dila je pun, heh, k takde beza pun) ni dapat dekat UTP le. Kalau kawan sekolah menengah atau rendah tau kawan kawan dekat UTP panggil aku dengan nama tu, confirm mesti kena gelak. Sebab memang tak sesuai gila dengan diri aku. Blergh, aku je la yang rasa tak sesuai kot. Sebab nama tu macam err perempuan sangat. k

Nama tu pun kawan kawan dekat UTP yang memang nak panggil. Aku lagi prefer nama penuh aku je. hehe. Tapi mungkin sebab macam panjang sangat kot. So dorang pun panggil lah aku Dilla je. Aku pun, ye la korangg.

Blablabla aku rasa macam eh apesal panjang sangat entry ni. So I should stop now.

Macam biasa, tak tau nak habiskan entry macam mana. Nak macam mana lagi kan, so macam ni je lah.

No comments:

#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (19) Tiga (5) Tips dan Informasi (19) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License