Showing posts with label Resipi. Show all posts
Showing posts with label Resipi. Show all posts

28.2.13

Resipi Ayam Halia Kukus paling senang.

Assalamualaikum, Hai. Hello.

Kekonon nak update blog ni hari hari sampai bila tiba masa nak masuk semester balik. Tapi harommmm. Bila klik button 'create new post', aku terus tak tau nak cerita pasal apa. Lepas tu aku pun sign out daripada blogger. Lepas tu duduk perhatikan timeline twitter je 24 jam. heh

Hari hari aku masa cuti ni hanyalah masak, pergi hospital, makan, tidur, keluar shopping, tengok tv. Itu aje. Dah sah sah memang aku punya mata tak nampak dunia luar sangat. Kesian.

Jadi hari ni aku terfikir nak share resipi Ayam Halia Kukus yang paling senang yang amat. Budak darjah satu pun boleh buat weh.

Malas nak bebel panjang, marilah tengok bahan utama atau bahan yang diperlukan eh.

resipi ayam halia kukus simple
  1. Ayam
  2. Perapan Halia, Life
  3. Sayur apa apa pun
Tadaaaaaa !!! Tu je lah benda yang korang perlukan. haha. Lepastu jangan lupa sediakan pengukus. Sambil nak sediakan ayam halia tu korang pergi lah sediakan pengukus bagai tu. Jerang air sampai mendidih.
Guna pinggan yang boleh guna untuk kukus tau. Jangan guna sebarang pinggan. Takut pecah. Cemtu aaa lebih kurang apa yang mama cakap.
Perapan halia tu tak sure lah pulak kalau brand lain. Tapi kat rumah ni memang guna Perapan Halia Life. Yang lain aku tak tau.

Sayur apa apa pun tu tak kisah lah korang nak letak sayur apa pun. Tapi tak payah banyak sangat. Nanti jadi semak weh. Serius semak. Kalau masak kukus kukus macam ni kan, aku lagi suka letak sayur sayur keras. Macam karot, kubis bunga tu, baby corn. Bawang tu kalau nak letak boleh, tak nak letak pun tak apa. Kalau nak pedas, korang potongkan je cili padi tu kan. Lagi sedap !

Ok. Bahan semua dah disediakan kan. Lepastu

resipi ayam halia kukus simple 

1. Lumurkan perapan halia tu dekat ayam. Oh, make sure ayam tu tak berair air sangat eh.

resipi ayam halia kukus simple 

2. Taburkan segala sayur korang tadi. Aku jenis pemalas gila. So, aku pergi letak awal awal. Tapi kalau korang nak makan makanan sihat kan, korang pergi kukus dulu ayam tu dalam 5-7 minit macam tu, baru korang taburkan sayur tu. Tak ada la sayur tu overcooked kan. Gituu.

Tapi lagi, aku suka gila makan tomato mentah. Tomato aku letak dalam pinggan(masa tengah kukus) betul betul 2-3 minit sebelum aku nak angkat keluar pinggan dari pengukus.

3. Lepastuuuuuu, korang tunggu la ayam tu masak. Hmm aku tak tau nak cakap berapa lama. Aku agak agak tengok pinggan dah penuh dengan kuah, ayam tu macam agak agak dah masak, boleh lah angkat. So, siap dah !!

resipi ayam halia kukus simple

Habis cerita.

Lepastu makan lah dengan nasi panas. Jangan letak garam tauuuuu. Sebab perapan tu memang dah siap ada garam apa semua. Nanti masin pulak.

Tak nak guna ayam, boleh guna ikan(aku cadangkan, ikan siakap, atau ikan bawal, atau ikan serkut, atau ikan kembung).

Sekian.

8.4.11

Resipi Maggitabak

haiii korang. eh, assalamualaikum korang.

ingat lagi entri Pizza Liyana Lunia tu ? korang dah try ke belum ? jangan malas sangat kalau nak isi perut tu ye. HEHE

sekarang neh, meh saya nak share satu lagi resipi. alaaa, makanan orang bujang je. rasa macam ramai dah tau kut tentang makanan ni. tapi siapa yang tak tau tu, silalah tau taukan ye. eh, nama makanan ni, saya je yang suka suka hati bagi. huehuehuehue

korang biasakan makan maggi ni ? mesti ada je yang suka makan maggi ni. tapi tak elok tau kalau tiap tiap hari makan maggi. sekali sekala tu boleh lah jugak. ni kalau hari hari, nehiii, nehiii nanti kepala pun boleh botak.

sekarang neh dekat pasaran ada banyak jenis maggi. ada maggi goreng le, maggi cawan le, maggi kuah le, maggi mangkuk le, blablablabla lagi. ok. kali ni kita guna maggi goreng ye.


naaah, bahan bahan nya;
  • maggi goreng mi sedap - 1 bungkus
  • telur ayam dua biji.
  • satu keping chesdale
sekarang ikut langkah langkah ni pulak.

1. rebus maggi. yang penting, jangan rebus maggi tu sampai lembek sangat. kalau benyek, tak sedap. agak agak maggi tu kenyal kenyal sikit, ok lah tu.

2. toskan maggi yang dah rebus tadi tu. lalukan dengan air biasa untuk sejukkan maggi tu. lepas tu, toskan. pastikan mi maggi korang tu tak berair air ok. toskan ala kadar je.


3. pecah kan dua biji telur dalam mangkuk. masuk kan segala jenis serbuk perasa ape ke yang ada dalam paket maggi tu. lepas tu kacau kacau kacau sampai puas hati. erk, kalau korang jenis kuat garam, letak la sikit garam. tapi, saya cadangkan, tak payah lah tambah garam ni semua. sebab nanti masin ! perasa yang dah sedia ada untuk maggi tu pun dah kira ok sangat.


4. masukkan mi maggi yang dah di-toskan tu dalam mangkuk yang ada telur + perasa tu. kacau kacau kacau sampai puas hati.


5. carik carik-kan chesdale tu kecil kecil. lepas tu, gaul lah semua-nya sampai puas hati.

http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/71036_114844658542337_2957397_n.jpg

6. panaskan frying pan korang. letak minyak sikittt je. sikit tau. jangan banyak banyak. maksud sikit tu bukan satu sudu ye. maksud saya, lagi sikit.

7. bila pan  dah panas, kecilkan api sekecil yang boleh. lepas tu, tuangkan adunan(eh, adunan ke ? apa apa je lah ye) yang ada dalam mangkuk tu atas pan tadi. cepat cepat korang (serius tak tau nak terangkan macam mana) tarik tarik mi maggi tu supaya dia jadi macam murtabak. jangan bagi dia sekelompok je. maksud saya, leperkan maggi tu. erk, sebab tu saya kata api kena kecil. kalau api besar sangat, nanti ada sebahagian maggi tu akan hangusss.  =.='


8. tunggu laa sampai maggi tu warna coklat coklat sikit. kalau suka garing, biarkan lama sikit. tak hangus punye kalau masak dengan api yang kecil. kalau tak suka maggi tu hitam ke atau tak nak garing, rasa macam dah masak tu, boleh je angkat. ni ikut instinct korang laa. rasa macam dah masak, angkat lah maggi tu ye.


9. siap ! boleh makan ! hihi


ohh, kalau nak pedas, boleh tambah cili padi yang dihiris halus. tak pun, bawang merah yang di-potong dadu comel comel. letak sama dengan chesdale tu.

mungkin rupa makanan ni nampak macam tak best. tapi, cubalah dulu. dengan cheese yang cair-nya. pergh, serius saya suka ! haha

makanan ni tak ada nama. so, saya bagi lah nama maggitabak. macam comel je nama tu. heh,

resipi ni saya belajar dengan kawan adik saya  =.='  budak budak bawa bekal kan, rasa macam sedap. tu yang belajar buat. Bulan, nanti awak jangan lupa try tau. hihi

so korang, selamat mencuba ! kalau ada resipi best ke, korang share lah ye. saya suka makan, saya ok.

bye.

8.2.11

Pizza Liyana Lunia

hai. HEHE, sekali lagi, ini entri yang diperap jadi draft selama berapa hari entah. tak perasan pulak.

rasa macam dah lama je tak cerita pasal makanan kan. ye ah. last entri pasal makanan pun masa entri 9 jenis telur tu. sekarang ini, saya nak share pasal Pizza Liyana Lunia pulak. alahaiii, comel je nama tu kan.

terjumpa pasal pizza ni masa sibuk usha entri entri kak Ynn. ada jugak beberapa resipi lain yang pernah saya cuba from kak Ynn neh. semuanya simple simple tapi sedapp. tu yang penting ok ! HEHE, oh, kalau korang nak usha resipi resipi from kak Ynn, boleh klik sini. ada beberapa lagi resipi yang kak Ynn letak dalam blog dia.

resipi terbaru yang saya cuba from kak Ynn, ialah Pizza Roti Liyana Lunia. awwww, sedap. macam makan pizza pizza yang betul betul pizza cuma pizza ni comel lagi. heh, ayat apa ni ? 

biasalah kan, tak ada kerja apa nak buat petang petang, buat pizza ni je lah untuk minum petang family. ringkas, dan sedap.

mula mula buat, saya tengok dekat rumah tak ada sosej. belum beli. so, saya guna hirisan ayam sahaja. nasib baik jadi. ayam tu hiris nipis nipis lah ek. bila buat untuk seterusnya, baru guna sosej. korang pergilah cuba buat. tak guna banyak masa pun. (haku suka letak cili padi dengan bawang banyak banyak banyak. makan sampai berpeluh peluh. HAHA  =.=' )

lupa ah guna cheese apa tu.
cheese boleh tarik tarik. HAHA

klik sini untuk resipi Pizza Roti Liyana Lunia. selamat mencuba korang.

ouh, pizza yang saya buat tu sama macam pizza pizza yang lain. dapat je cheese yang boleh tarik tarik tu. HAHA, boleh rujuk blog kak Ynn untuk tahu nak guna cheese apa yang paling best.

bye.

10.12.08

Resipi Kek Coklat

disebabkan time cuti cuti saya dan dua lagi beruk
ni tak ada buat apa apa kat rumah,,,,
kteorang pun mengadakan mesyuarat antara
adik beradik...
kekekkekekekekekkekeke.
mesyuarat???
ala duk sama sama depan tv tanya diri masing masing
apa nak buat cuti nie.
dah la bosan giler vavy..
macam nak melaung pun ada gak.

mula mula tgk tv,
dah gelak gelak bukak radio lak.

dah tepekik telolong kteorg senyap balik.
pastu gelak gelak citer pasal kat sekolah.
pastu senyap balik.
cam vodoh jerk.
dak mama lak duk dalam bilik.
tak nak campur kteorg adik beradik.
lalalalalalalalal~
dah senyap senyap,
tibe tibe dak ika kata nak masak kek.
aritu masak roti.
ni nak masak kek la pulek.
layan kan je~

habislah majalah majalah lama kteorg kembur balik
nak cari resipi.
mama da bising bising dah.
habis semua majalah tue berselerak.
kteorng senyap jerk.
pastu kemas balik.

last last dak ika jumpa.
dia kata nak buat kek coklat kaedah kukus.
biasanya kteorg buat kaedah bakar membakar.
tp kali nie lain skit.
nasib baik gak bahan bahan nak buat kek tue semuanya ada.
kih3~

jadi ni lah hasilnya..

[pukul mentega dgn gula ye puan puan..kih3~]

[pastu masukkan telor... :P]

[then masukkan koko lak...]

[kacau kacau,,masukkan air sejuk lak...adoyai..]

[pastu kukus lbh krg 45 minit]

[ni lah hasilnya...itam legam lemak berkrim..]

[makan jum...]

kek nie gelap camni sebab ianya adalah kek coklat.
ngee~

besok nak masak apa???

#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (20) Tiga (5) Tips dan Informasi (20) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License