Resipi Maggitabak | Blog BudakFadhilah

8.4.11

Resipi Maggitabak

haiii korang. eh, assalamualaikum korang.

ingat lagi entri Pizza Liyana Lunia tu ? korang dah try ke belum ? jangan malas sangat kalau nak isi perut tu ye. HEHE

sekarang neh, meh saya nak share satu lagi resipi. alaaa, makanan orang bujang je. rasa macam ramai dah tau kut tentang makanan ni. tapi siapa yang tak tau tu, silalah tau taukan ye. eh, nama makanan ni, saya je yang suka suka hati bagi. huehuehuehue

korang biasakan makan maggi ni ? mesti ada je yang suka makan maggi ni. tapi tak elok tau kalau tiap tiap hari makan maggi. sekali sekala tu boleh lah jugak. ni kalau hari hari, nehiii, nehiii nanti kepala pun boleh botak.

sekarang neh dekat pasaran ada banyak jenis maggi. ada maggi goreng le, maggi cawan le, maggi kuah le, maggi mangkuk le, blablablabla lagi. ok. kali ni kita guna maggi goreng ye.


naaah, bahan bahan nya;
  • maggi goreng mi sedap - 1 bungkus
  • telur ayam dua biji.
  • satu keping chesdale
sekarang ikut langkah langkah ni pulak.

1. rebus maggi. yang penting, jangan rebus maggi tu sampai lembek sangat. kalau benyek, tak sedap. agak agak maggi tu kenyal kenyal sikit, ok lah tu.

2. toskan maggi yang dah rebus tadi tu. lalukan dengan air biasa untuk sejukkan maggi tu. lepas tu, toskan. pastikan mi maggi korang tu tak berair air ok. toskan ala kadar je.


3. pecah kan dua biji telur dalam mangkuk. masuk kan segala jenis serbuk perasa ape ke yang ada dalam paket maggi tu. lepas tu kacau kacau kacau sampai puas hati. erk, kalau korang jenis kuat garam, letak la sikit garam. tapi, saya cadangkan, tak payah lah tambah garam ni semua. sebab nanti masin ! perasa yang dah sedia ada untuk maggi tu pun dah kira ok sangat.


4. masukkan mi maggi yang dah di-toskan tu dalam mangkuk yang ada telur + perasa tu. kacau kacau kacau sampai puas hati.


5. carik carik-kan chesdale tu kecil kecil. lepas tu, gaul lah semua-nya sampai puas hati.

http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/71036_114844658542337_2957397_n.jpg

6. panaskan frying pan korang. letak minyak sikittt je. sikit tau. jangan banyak banyak. maksud sikit tu bukan satu sudu ye. maksud saya, lagi sikit.

7. bila pan  dah panas, kecilkan api sekecil yang boleh. lepas tu, tuangkan adunan(eh, adunan ke ? apa apa je lah ye) yang ada dalam mangkuk tu atas pan tadi. cepat cepat korang (serius tak tau nak terangkan macam mana) tarik tarik mi maggi tu supaya dia jadi macam murtabak. jangan bagi dia sekelompok je. maksud saya, leperkan maggi tu. erk, sebab tu saya kata api kena kecil. kalau api besar sangat, nanti ada sebahagian maggi tu akan hangusss.  =.='


8. tunggu laa sampai maggi tu warna coklat coklat sikit. kalau suka garing, biarkan lama sikit. tak hangus punye kalau masak dengan api yang kecil. kalau tak suka maggi tu hitam ke atau tak nak garing, rasa macam dah masak tu, boleh je angkat. ni ikut instinct korang laa. rasa macam dah masak, angkat lah maggi tu ye.


9. siap ! boleh makan ! hihi


ohh, kalau nak pedas, boleh tambah cili padi yang dihiris halus. tak pun, bawang merah yang di-potong dadu comel comel. letak sama dengan chesdale tu.

mungkin rupa makanan ni nampak macam tak best. tapi, cubalah dulu. dengan cheese yang cair-nya. pergh, serius saya suka ! haha

makanan ni tak ada nama. so, saya bagi lah nama maggitabak. macam comel je nama tu. heh,

resipi ni saya belajar dengan kawan adik saya  =.='  budak budak bawa bekal kan, rasa macam sedap. tu yang belajar buat. Bulan, nanti awak jangan lupa try tau. hihi

so korang, selamat mencuba ! kalau ada resipi best ke, korang share lah ye. saya suka makan, saya ok.

bye.

15 comments:

Wuucin Kimora said... Reply to this comment

Huhuhu leh try.. sinag td wat mee goreng seafood ;p

IntanBerlian said... Reply to this comment

huhu teringat pula zaman sekolah dulu dekat STF pernah buat macam ni. siap masa hari sumbangsih ada gerai jual maggitabak ni =P

Liyana Lunia. said... Reply to this comment

ALAHAI sangat la mengamit memori kak ynn dgn kwn2 dkt unisel sbb kiteorg belajar buat ni dkt hostel ramai2 T______T

sedappppnyaaa. selalu kak ynn abiskan satu peket perencah je kalau buat dua bungkus. sbb perencah dia masin T_T

PASTUUUUUUUU maggi kari letup mst byk dlm stock HAHAHAHA

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

Wuucin Kimora//
hihi, silalah try nantiii. :)

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

IntanBerlian//
siap jual. serius ? hahaha, kenangan tuuu. :D

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

Kak Ynn//
haha, alamakkk, kenanagan Kak Ynn dah tergamit sekarang.

ha'ah, perencah dia tu pun dah cukup masin.

kui kui kui, maggi kari letup ! haha

Sekandung said... Reply to this comment

kepala dah botak sebab suka sangat makan meggi...
cambest jer resepi niekan.
must try this at home!!!!

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

haha, try try. jangan tak try. tapi kalau sampai tahap botak tu, tak yah le makan selalu. hehe =.='

encHIx laNDax said... Reply to this comment

resipi terrbaik untuk student =)

thankz for recipe

http://www.dunialandax.com/

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

hihi, sama sama. :)

Norasikin said... Reply to this comment

Boleh try la mcm ni. Boring2 ada gak benda yg nak dimakan.

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

hihi, betul tuu. nak buat pun tak de la leceh sangat. :)

Nanadd said... Reply to this comment

yeahh kalau ni, kita panggil murtabak meggi Hehe sedap kannn :D

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

aaa, memang sedap. :D

Syahrin Rahimi said... Reply to this comment

hehe..cam best ja..:)

#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (19) Tiga (5) Tips dan Informasi (19) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License