Kakak saya jadi peserta Akademi Fantasia 9 | Blog BudakFadhilah

1.4.11

Kakak saya jadi peserta Akademi Fantasia 9

salam semua.


keh keh keh,

woaaahh, Akademi Fantasia 9 dah nak mula laaa. konsert pertama hari Sabtu, 2 April 2011, pukul 9 malam kan kan kan.

erk, saya bukan lah peminat tegar Akademi Fantasia ni. sekali sekala layan la jugak. kiranya, saya ambil tau la jugak sikit sikit tentang Akademi Fantasia ni. hehe

tahun ni, saya tertarik sikit nak tengok Akademi Fantasia 9. tetiba je rasa tak sabar sabar. ngahahaha. sebab, salah seorang peserta Akademi Fantasia 9 ni ialah senior saya dekat sekolah menengah dulu. tua setahun je. andd, kalau tak silap saya, mama pernah ajar dia masa dia tingkatan lima dulu. tu sebab saya cakap kakak. hormat weyh. HORMAT !  =.='

tetiba pulak kan kau nak mengaku dia kakak kau. heh,

 

Nama Sebenar: Nur Suhada Jebat
Nama Afundi: AIDA
Asal: Melaka
Umur: 19 tahun
Pekerjaan: Pelajar UiTM, Shah Alam.
(sumber; Astro)

saya pun tak berapa kenal sangat dengan kak Suhada ni. adik dia kenal aaa. sebab saya dengan adik dia sebaya. =.='

dulu waktu sekolah, kak Suhada Jebat ni dengan adik adik dia memang selalu gila perform kalau ada event atau konsert sekolah. kalau ada singing contest ke, show persatuan jadah semua, lagi lagi dari Kelab Muzik, haruslah ada adik beradik kak Suhada ni. kira macam gila show la. erk,

dekat sekolah, budak budak panggil diorang anak anak Jebat. ye le, dah nama bapak diorang Jebat. panggil le anak Jebat kan. huehuehuehue

sekarang, tinggal adik perempuan dia sorang je kot yang sebaya dengan adik saya dekat sekolah tu. saya pun tak berapa pasti. (eh, pehal aku nak cerita pasal adik adik dia pulak ni ?!)

aaaa, sambung balik pasal Akademi Fantasia 9. so sekarang ni, saya nak bagi tau saya nak tengok balik aa Akademi Fantasia. haha, konon konon nak bagi sokongan. heh, konon konon jeeee.

bersorak dekat dalam rumah boleh laaa. kalau sampai nak AFundi, tak kan leee.

korang layan tak Akademi Fantasia ? ke korang baru je nak layan Akademi Fantasia 9 ni ?
                    

14 comments:

Meera Aziz said... Reply to this comment

layan time2 AF1, AF2 je...yg len2 tu seceot je nengok. yg x tengok lgsg pn ada...

tp yg ni, insyaAllah sy tgk..hehe

http://amirabdaziz.blogspot.com

atty's said... Reply to this comment

okeh gak layan konsert af ni..kty tak minat ..tp kalo layan .tu kdg sampai ke stadium gak..leh ilang kan stress gak layan af ni..tapi takde ler afundi nie..hhahahahha..nengok je..tak afundi pung.

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

Meera Aziz//
hehe, saya AF1 dengan AF2 tak tengok. sebab masa tu belum ada astro. :P

selamat menonton AF9. hehe :)

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

atty's//
woaaaahh, sampai stadium ? hehe
tu aaaa, kalau afundi afundi memang tak le kaaan. :P

Rahmad said... Reply to this comment

af layang jg tp kadang2 jer klu ada masa..

yg slalu d layan Raja Lawak sbb lebih kepada santai..klu ada masa terluang layan jg af9 nie..sbb af yg terakhir..

http://ceriterahmad.blogspot.com/

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

tak suka sangat tengok Raja Lawak musim yang baru baru ni. sebab macam tak blh terima lawak diorang yg kadang kadang bodoh. huehuehue

selamat melayan AF9 :P

intan.maisarah said... Reply to this comment

cantik depe ni

tetiba rasa down

NaNaoSaKi said... Reply to this comment

saya lagi suka tengok mentor.. hehehe

cekkeya said... Reply to this comment

hai, ingat betul betul kakak yg ada talian darah semua. ;)

singgah sini dari gb. ;) happy blogging ;)

melle amir said... Reply to this comment

fuyoh dia uitm shah alam

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

intan.maisarah//
a'aah. dia kecik je.
eehhh, kenapa rasa macam tu pulak ? jangan laaaa rasa macam tuuu. :)

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

NaNaoSaKi//
mentor dengan af, dua dua je saya boleh layan. :)

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

NaNaoSaKi//
ehehehehe, taaak pun.

terima kasih singgah blog ni. lain kali mai lagii. :)

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

melle amir//
a'ah. uitm shah alam. kenapa ? kenapa ? hehe

#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (19) Tiga (5) Tips dan Informasi (19) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License