Dua minggu cuti mana cukup ! | Blog BudakFadhilah

23.9.11

Dua minggu cuti mana cukup !

salam semuaaa.

photo
#tumblr

hihi, lama dah tak menaip dalam keadaan menaip yang betul betul nak menaip. oh maiiii, apa yang saya taip ni ??

cuti dua minggu ni macam tak cukup je sebenarnya. haishh, mana ada cuti yang cukup sebenarnya. tak puas lah bercuti sebab adik adik mama dengan abah semua sibuk dengan kerja, sekolah, trial exam, kursus. tinggal lah saya sorang sorang dekat rumah tercangok bila waktu orang lain sibuk dengan urusan masing masing.

tapi minggu pertama rasa bertuah sikit. sebab kawan baik yang study dekat UiTM balik untuk study week. dapatlah keluar dengan dia berfoya foya sekejap. teman makan makan. karok. cuci cuci mata. ok, tak sempat nak tengok wayang pun.

#tumblr

minggu pertama cuti jugak sempat lah jugak adik bongsu teman shopping. memang jadi kewajipan kalau balik melaka cuti, pergi shooping walau sehelai baju. lepas tu karok lagi. haishh, macam dah gila karok je. tapi karok dengan adik and kawan memang super lain laa. hihi  :B

minggu pertama juga, dapat phone baru. aww aww. thanks mama. lama weh tunggu mama belikan phone tu. akhirnya dapat jugak. alhamdulillahhh ♥♥♥ k. nak cakap eh taip lagi sekali. mekaseh mama. sayanggg mama sangat sangat !! nak BB  awak pin boleh ? hihi  :B  // tapi kalau tak dapat pun still sayang mama sangat sangat jugak.

minggu kedua paling TAK BEST !! TAK BEST !! TAK BEST !! TAK BEST !! TAK BESTT !!

minggu pertama cuti abah ada lagi. balik makan tengah hari. ada lah jugak saya rasa sibuk sebab nak masak makan tengah hari bagai. tapi minggu kedua cuti ni abah pergi kursus seminggu. seminggu. arghh, tak ada orang nak belikan sarapan. kena bangun sendiri masak sarapan sendiri.

#tumblr

minggu kedua memang kerjanya bangun lewat je ah. dah siap siap bagi burung, ikan, makan semua pukul lapan pagi, sambung tidur balik. pernah ada hari tu terbangun pukul 12 lebih tengah hari. erk, kelam kabut bangun. dah rasa macam orang sewel pun ada gak.

minggu kedua cuti minggu paling malas nak masak. tahukah anda, anda akan rasa down bila terfikir yang siapa nak makan makanan yang kau masak kalau orang lain semua balik lewat ? ish, terus rasa malas nak masak. masak pun ala kadar je. tu pun dah lewat. rasa rasa mama dengan adik adik dah nak balik rumah, baru pergi dapur masak.

arghh, tak sempat tengok wayang, makan dekat johnnys, makan dekat seoul garden. alahai. tinggal lagi satu hari sebelum balik Perak ahad ni.

apa apa pun,
dua minggu cuti memang tak cukup !

http://28.media.tumblr.com/tumblr_lrqwzoRMZj1qgnjgmo2_400.gif

grrrr.

4 comments:

khairul akmal bin azman said... Reply to this comment

tu la pasal..kalaw cuti pjg.
byk sikit aktiviti le selit2 kan..

syakey said... Reply to this comment

kitaorang yang cuti 4bulan hari tu pun tak cukup tahu takkk. ni lagi la dua minggu ja. HAHA

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

khairul akmal bin azman//
hmm, ni cuti kejap je pun :(

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

syakey//
mesti best kan cuti 4bulan. hihi. ni dua minggu je. alahaiii..

#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (19) Tiga (5) Tips dan Informasi (19) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License