Diari 2011 Part 1 | Blog BudakFadhilah

19.12.11

Diari 2011 Part 1

#deardiary

terasa macam nak pandang ke belakang balik tengok apa yang aku dah buat sepanjang tahun ni. well, tahun 2011 memang tahun baru bagi aku. hidup aku memang seratus peratus berubah. i mean, selama 18 tahun aku hidup, tak pernah pernah aku duduk jauh dengan mama abah. tak pernah pernah aku tak balik rumah hampir sebulan setengah. tak pernah pernah aku kena duduk hostel. tahun 2011 baru aku merasa semua tu.

 
 #tumblr

tahun 2011 aku dah tak lagi pergi sekolah macam tahun tahun yang lepas. hikhik. tu perkara yang paling aku rasa. lain nya hidup aku tahun 2011 ni. besttttt, tak payah bangun pagi pagi, kena siap siap pergi sekolah, kena jaga perhimpunan, kena pergi meeting pagi, kena fikir kerja rumah bagai. tak payah dah. zaman tu dah habis.

Januari 2011 - Mac 2011

lepas SPM, memang aku duduk melangut dekat rumah. duduk rumah jadi tukang masak, bibik, penjaga rumah. tu je lah kerja aku. bangun pagiiii, pergi dapur. kemas dapur, tengok tv. lepas tu masak. lepas tu abah balik kerja. lepas tu hidangkan makan tengah hari untuk abah. lepas tu, tengok tv balik. lepas tu, tunggu mama dengan adik adik balik sekolah. lepas tu baru laaaa boleh duduk duduk chill dengan mama semua. eh, bosan gila tau tak.

lepas SPM memang aku tak kerja, tak pergi kelas apa apa. duduk rumah sepanjang masa. sepanjang masa.

nasib baik ada kelas latihan memandu  -.-  dapat lah jugak kan keluar pegi kelas jumpa kawan. kalau tidak, heh, memang terperap lah dekat rumah. hampir tiga bulan okay berkeadaan macam tu. sungguh bosan. otak pun tak berkembang. heh

tiga bulan pertama untuk tahun 2011 pergi macam tu je. tak ada yang menarik.

 
#tumblr

paling menarik bagi aku pun, dapat lesen kereta. hikhik. tu pun lepas macam macam jadi. zzzzz -.- kuang ajau punya orang. la ni, adik aku pi ambik lesen kereta bukan dekat syarikat tu lagi. dengan orang lain dah. heh

hari hari aku pun berlalu. dah habis dah tiga bulan. cepatnya masa berlalu pergi.

No comments:

#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (19) Tiga (5) Tips dan Informasi (19) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License