Diari 2011 Part 2 | Blog BudakFadhilah

22.12.11

Diari 2011 Part 2

#deardiary

lepas tiga bulan pergi macam tu je, haaaaa, bulan bulan seterusnya memang semuanya baru bagi aku. SEMUANYA. persekitaran, kawan, negeri, tempat belajar, diri, SEMUANYA baru. lain. sangat lain. lain gila. heh

Mac 2011 - September 2011

masa aku buat entri ni, test 2 Programming 1 baru je habis. dalam lebih kurang 10 minit yang lepas. hihi, ce korang rasa perasaan lepas test. heh, test 2 je pun. bukan final. tapiiiii, aaaaa, susah nak cakap perasaan ni. penat tau dak tidur lewatttt je sebab kekonon study. eh, tapi kita betul betul studyyy. hiks

yes. hidup aku pun berubah lepas result SPM keluar. result SPM aku tak lah bagus mana. biasa je. aku bersyukur. apa yang aku usaha, tu lah hasilnya. memang pun aku main main masa sekolah. tidur masa kelas. hehe, tapi tak buat selalu laa. mama aku cikgu dekat situ. tak berani nak buat masalah lebih lebih.

#tumblr
 aaa, result SPM tu ala ala result PMR jugak. untuk budak yang tak belajar macam aku ni, well, boleh laaa ~ tak ada lah bodoh sangat aku ni. heh.

lepas result SPM, tiba masa kena buat keputusan. pilihan untuk aku pilih tempat nak sambung study masa tu alhamdulillah banyak. cuma kena pandai pilih je. masa tu tak payah cakap lah kan. kejap nak pegi kelantan. kejap kata perak. memang beberapa hari aku rasa nak melalak je keje sebab takut salah pilih.

matriks awal awal lagi aku dah tolak tepi. aku tak mau lagi nak fikir pasal kimia, biology, physics lagi. tak mauuuuu. buat istikharah semua. akhirnya aku memilih UTP, Perak  :')

Bai rumah. Bai Melaka. Bai awak.

#tumblr
 From that moment, semuanya berubah. duduk negeri lain. duduk bilik lain. duduk dengan kawan lain. semuanya lain dan baru. SEMUANYA. Susah betul aku nak terima keadaan tau dak. asyik cengeng je bila duduk Perak ni. heh, ye ah. nak tak nak, semuanya sendiri. no more parents, no more siblings, no more girlfriendss. Paling best duduk sini, bila celebrate birthday dekat hostel. tapi, sedih sikit sebab bukan dengan family and girlfriends. tapi, tak apa lah. aku bersyukur. terima kasih kawan kawan UTP :)

For the first time jugak, berpuasa tanpa keluarga. sebulan berpuasa, dua hari je kot dapat berpuasa sama dengan family sebelum hari raya. dekat sini, semua cuti cuti dia sikit gila  -.-'


semester satu sangat penat. kelas penuh setiap hari. pelajaran baru. aku mana pernah belajar ekonomi bagai tu. tetiba kena belajar. memang lah slow kan. tapi alhamdulillah. boleh laaa ~ kalau masa lecture tak tidur, mesti lagi boleh. haha

Alhamdulillah, semester satu pun habis. first time nak jawab final exam, hari hari rasa perut bergelora. haha
result semester satu, haha, sama dengan usaha aku. so, nak tak nak, kena terima. bersyukur. ni ah jawapan orang pemalas. eh, tapi siapa yang tak mau DL kaaan. aku pun nak. cuma aku pemalas. k. tu kena ubah. aku tau.

sepanjang masa aku duduk sini, macam macam jenis orang aku jumpa. macam macam cerita. macam macam perangai. itu semua buat aku lebih kuat. buat aku berfikir jauh sebelum buat apa apa tindakan. contoh dah ada dekat depan mata. aku je yang kena pilih sama ada nak ikut atau tak.


ada masa aku rasa down gila. nak menangis je keje. tak boleh silap sikit. tapi kebanyakan masa, aku ketawa dengan kawan kawan aku. terima kasih kawan. masa masa emosi tu datang bila ada test, atau exam exam besar. hihi, itu lah dugaan kan. ada masa, kita kena menangis. ada masa kita akan ketawa. itu normal  :)

aku hanya mampu keluarkan kata kata syukur dengan apa yang aku ada sekarang. kawan. keluarga.

selagi aku mampu tolak tepi perasaan aku, selagi tu aku cuba simpan dan jaga baik baik perasaan orang sekeliling aku  :')

No comments:

#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (19) Tiga (5) Tips dan Informasi (19) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License