Yang penting jangan overconfident. | Blog BudakFadhilah

24.3.11

Yang penting jangan overconfident.

CLOSED_EYES_BABY_BOY_SMILING by alabs

Assalamualaikum.

#deardiary

Alhamdulillah. semua yang berlaku dua hari ni boleh buat aku senyum besar. ekekekekee, kita mulakan dengan cerita semalam. 23.3.2011

Result SPM aku ? sangat memeranjatkan. aku pun tak sangka. HEHE, sebenarnya, aku tak letak apa apa target pun. aku terima je lah kalau itu memang dah keputusan aku.

semalam, rasa nak gelak pun ada, nak jerit pun ada, nak guling guling pun ada. so, aku macam tak ada perasaan sangat. mungkin sebab aku tak letak target kutt. HAHA

berapa aku dapat untuk SPM ? tak ada la baik sangat pun. biasa biasa je. janji semua kredit. tak ada yang gagal.

tapi, banyak subjek yang aku tak sangka boleh dapat result macam tu. sayang addmath banyak banyak. benci physics. tetiba, sayang biology pulaaak. sejarah nasib baik A. HAHA, tak pe. boleh re-check. semua yang berlaku tu ada hikmah nya.

mama kata, 'kalau awak tak leka dengan internet, dengar cakap mama dengan abah, awak boleh dapat lebih baik daripada ni. tengok sekarang ni, dalam awak kata awak tak yakin laa, takut gagal laaa, tak belajar laa, boleh je dapat result macamni. kalau dulu awak dengar cakap mama, usaha lebih sikit, result awak mesti lagi baik'. fine, aku senyap. aku mengaku apa yang mama cakap tu betul.

nasib baik abah dengan mama tak kecewa ke tak sedih. aku hadap dua dua, tanya betul betul mama dengan abah sedih tak, kecewa tak, dorang cakap tak. itu dah ok dah. nasib baik jugak, paper mama aku dapat A+. HAHA, kalau tak, mati aku jadi macam masa PMR dulu. kena kutuk.  =.='

dulu, menangis nangis aku tak nak masuk kelas sains tulen. haha, tapi tu semua dulu. sekarang dah ok. result pun ok. tak terus sangat, tak baik sangat. alhamdulillahhh.


ok, tengah dalam dilema fikir masa depan pulak. susah betul ! abah dengan mama memang bagi aku peluang untuk pilih apa yang aku nak buat. tapi tu aaah, aku ni pun sengal sikit. semua aku tak yakin. masalah betul !

tapi,
YANG PENTING JANGAN OVERCONFIDENT.

cerita hari ni pulak, yes, yes, dah lulus jpj test. aku dah kandas test pertama. nasib baik test kedua ni aku lulus. malu lee nak bagi tahu orang aku gagal test pertama. ekekekekek, ni dah lulus, baru boleh cerita. tak payah hadap kereta manual lagi. yes, yes. hehe


test pertama aku kandas, sebab aku terlampau cuak. takut sampai menggigil. kereta belum sampai dekat garisan kuning atas bukit, aku dah angkat tangan. terus gagal. HAHA, dekat jalan raya pulak, tester tu kata aku bagi signal awal. eleh, banyak cekadak. terus gagal. kalau boleh, korang elakkan la tester perempuan. cerewet gila.

masa ambil test tu, buat macam biasa je. macam masa belajar driving. pedulikan orang jpj tu. yang penting, jangan lupa baca doa naik kenderaan. ceh, kau dah lulus baru cakap macam ni. hehe

tapi,
YANG PENTING JANGAN OVERCONFIDENT.

Semua yang berlaku tu ada hikmah nya.

ALLAH itu maha adil.

- orang yang akan cuba tak putus asa  :')

6 comments:

Nur Fatin Nabila Zeeyan said... Reply to this comment

tahniah untuk dua2 sekali! :)

melle amir said... Reply to this comment

tahniah atas result =D

ct azura said... Reply to this comment

congratulation to u dear..tul ckp mama tu..n skg pikir semasaknye nk amik caourse pe k..;)

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

@Bulan//
terima kasih awokkk. hehe :)

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

@melle amir//
terima kasihh. :)

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

@kak zura//
hehe, thankss. okaii. memang tengah fikir fikir nii. :)

#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (19) Tiga (5) Tips dan Informasi (19) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License