Gelatin babi dalam coffee. | Blog BudakFadhilah

29.3.11

Gelatin babi dalam coffee.

salam sayang semua. ehem,

Kluang Station

semalam kan, tetiba abah cakap, coffee Kluang Station yang selalu kite orang minum tu sebenarnya haram sebab mengandungi gelatin babi. ohh myy,

(eh, ramai orang dah tau ye ? dan saya baru je tau ye ?)

JOHOR BAHRU: Sebuah kedai kopi popular di negeri ini yang beroperasi sejak kira-kira 70 tahun lalu dan dikunjungi lebih 80 peratus pelanggan beragama Islam rupa-rupanya menghidangkan kopi bercampur gelatin babi.

Perkara menjijikkan itu terbongkar selepas Jabatan Agama Johor (JAJ) menjalankan pemeriksaan terhadap premis itu berikutan aduan orang ramai.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Datuk Zainal Abidin Osman (gambar) yang dihubungi Harian Metro turut mengesahkan memang ada gelatin babi dalam serbuk kopi disediakan di kedai berkenaan.

“Sampel serbuk kopi dari premis itu diambil untuk dianalisis Jabatan Kimia Johor dan hasilnya, ia positif gelatin babi.
baca lagi berita tentang ni di metro.

tersentap kejap. selalu kot family saya lepak malam malam dekat Kluang Station dekat Tesco Melaka tu. lepas penat beli barang barang dapur amende semua, selalunya mesti singgah Kluang Station tu. makanan wajib yang saya minta ialah fries dia. air pulak, milo ais !

lepas tu kalau pergi Kluang, rumah ayah long saya, wajib singgah Kluang Station yang dekat dengan stesen keretapi tu. lepas tu beli paket paket kopi tu untuk stok dekat rumah.  =.='

konon konon dulu saya nak stay up sampai pagi pagi buta, coffee pekat ni lah yang saya teguk. tapi, rasa mengantuk tu memang tetap ada. heh,  =.='

Toast and Coffee

saya jarang minum coffee dekat Kluang Station tu. saya lebih suka minum coffee tu masa dekat rumah. dulu laaa. tapi sekarang memang dah jarang. sebab dah jarang pergi Tesco Melaka tu.

bila abah cakap je yang yang coffee dekat Kluang Station tu sebenarnya haram, terus dalam kepala hotak saya ni fikir fikir, dah berapa cawan le aku teguk kopi tu. Ya Allahhh.

for me, benda yang dah lepas tu, kita kena terima lah kan. dulu tak tau yang coffee tu haram. sekarang baru tau. kalau lah andai kata keluar kenyataan yang coffee tu sebenarnya tak haram pun, rasa ragu ragu terhadap coffee tu mesti timbul. lagi baik tak payah minum !

Toast with Butter and Kaya

tapi kan, paling saya suka aa dekat Kluang Station tu,  dia punya butter dengan kaya laa. once dah masuk mulut, butter tu macam terus cair. macam ais krim weyh. sumpah sedap ! tapi, lepas tau je perkara ni, erghh terus macam emo. huehuehue

tak apa laa. banyak lagi makanan lain yang boleh dimakan. masih ada johnnys, pizza, mcd, blablabablablablabla. banyak lagi makanan lain.

lupakan je lah lepas ni Kluang Station tu.
       

8 comments:

Farhana Jafri said... Reply to this comment

waaa.. nak laris pny pasal~~ pas ni kne la hati2 bile plih rstoran.. klau kitorang, jarang sket nk g rstoran mamak.. my mom geli.. ho3.. anyway, tanx fr da info! ^^

jom singgah sini ANASAURUS :)

melle amir said... Reply to this comment

kamu minum kopi tak efek ke?

aku minum nescafe sepanjang minggu exam, dan aku dapat semua efek kafein; diarrhea,headache, depression.

and paling maut, addiction. haha

Nur Fatin Nabila Zeeyan said... Reply to this comment

kena sita kee?

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

@Farhana Jafri//
tu aaaa. kena hati hati. hehe, sama sama :)

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

@melle amir//
hahaha, kalau coffee Kluang Station ni rasa macam tak ada apa apa lagi. kalau coffee Old Town memang badan tak boleh terima aaa. sakit kepala yang amat nanti. hehe

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

@Bulan//
tak tau laaa. tak pasti. mungkin tak kutt. :)

intan.maisarah said... Reply to this comment

tu la
banyak lagi yang boleh makan

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

ha'ahhh. malaysia kan kaya dengan makanan :)

#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (20) Tiga (5) Tips dan Informasi (20) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License