Aku takut untuk menongkah arus. | Blog BudakFadhilah

6.3.11

Aku takut untuk menongkah arus.

manusia

#deardiary,

Kadang kadang aku punya suara dan pendapat tentang sesuatu. tapi, aku selalu punya perasaan takut untuk luahkan apa yang aku fikirkan. sebab, aku takut untuk menongkah arus.

Apabila aku takut untuk menongkah arus, aku lebih selesa berdiam diri, berfikir sendirian. aku simpan sendiri rapat rapat apa yang aku rasakan dan fikirkan itu. memang, aku memang macam ni. sejak aku sekolah lagi aku lebih selesa berdiam diri kalau aku rasa aku punya pendapat tu tak penting.

Aku merasakan tak perlu untuk aku bersuara lantang menyuarakan segala pendapat aku yang kadang kadang menongkah arus itu. kerana, memang masih ada segelintir golongan yang berani bangun untuk menyuarakan pandangan mereka.

Dengan lantang, mereka itu suarakan apa yang terbuku di hati mereka yang secara terang terangan berbeza dengan orang lain. mereka punya keberanian. secara diam diam, aku salute kepada mereka.

Apabila membaca dan mendengar pendapat mereka tentang sesuatu isu itu, membuatkan aku berfikir dari sudut yang berbeza sejenak. ye, jauh daripada pandangan pandangan yang agak klise.

Apabila aku merasakan ada pihak yang sependapat dengan aku masa sekolah dulu, barulah aku punya keberanian untuk bangun. itu pun, aku masih berfikir dua tiga kali untuk bersuara. dan selalunya, tidak mungkin terjadi.

Heh, sebenarnya, aku belum punya keberanian itu. aku belum berani lagi. aku tak mampu. aku lebih suka jadi pemerhati. dan, aku selesa dengan cara aku sekarang. diam diam sudah. sebab, aku tau memang akan ada yang bersuara lantang. terima kasih buat mereka.

Selalunya, aku terpaksa jadi hipokrit demi menjaga hati semua pihak. hati aku, belakang cerita. 

Maafkan aku.

aku selalu tak percaya
                       

2 comments:

Biey said... Reply to this comment

kita tak boleh puaskan hati semua pihak.. yg penting kita dah buat yg terbaik..itu sudah memadai..

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

betul tu. tapi seboleh bolehnya, kena juga jaga hati orang lain. hmmm :)

#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (19) Tiga (5) Tips dan Informasi (19) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License