Older post. Diari. Malu ah. | Blog BudakFadhilah

30.3.11

Older post. Diari. Malu ah.

salam semua.

Flock Blur by J Gilbert
Terbang jauh. Flickr.
tau dak, sekarang neh saya rasa macam blank gile. tak tau nak update apa.(tipu. tipu. ada banyak entri yang jadi draft tu.)

nak cerita pasal life diri sendiri, bosan dah. asyik ulang benda yang sama je. tiap tiap hari macam berulang. pergh, menyedihkan betul ! lepas tu ada ke yang baca ? ni yang penting ni. HAHA

sekarang neh, kalau nak cerita pasal life, saya lebih selesa cerita dekat tumblr saya. heeeee, dekat situ, memang saya cerita, khas untuk orang orang yang saya kenal dan mereka yang kenal dengan saya(ayat ni putau belit ke? tak kan?). so, dekat Blog BudakFadhilah(BBF) ni, saya macam lebih selesa nak share sesuatu yang berinformasi sikit. tak ada ah berinformasi sangat. sikit sikit je.

ceh, dah dua tahun engkau blogging. sekarang nak cakap macam neh pulak ? !

erk, tapi sayang ahh nak tinggal lama lama blog neh. so, saya buat macam biasa je ah kan. kalau ada cerita, saya kongsi. kalau tak, saya senyap. tu je ah caranya. kang kalau paksa paksa pulak, jadi sampah je nanti.  =.='

well, banyak sangat masa dekat rumah, saya godeh godeh ahh older post. mak aihhh. malu i baca balik entri entri lepas. HAHA, itu ke diri aku ? banyak emo. banyak sedih. banyak bosan. lepas tu rasa macam(baca enam harkat) macam kalau lah aku tak buat macam tu. ergh,

err, yang jiwang jiwang, dekat diari je aa saya tulis. dekat sini ? nan adoo. buat segan je. cuma yang tak best tu, tahun 2010 saya tak ada diari. tahun 2010 tu dah ah tahun terakhir sekolah. tapi tak ada diari pulak. kalau nak ingat, kene perah otak refresh balik.

oh, perempuan biasa ada diari kan. korang pun mesti ada je diari. lepas tu tak ter-update update. HAHA, banyak kosong. sebab ? malas nak tulis, lupa, tak ada masa nak tulis. kannnnnn. saya pun sama le. =.='

malam tadi, pukul 3 pagi tak boleh tidur. lepas tu mula lah, bukak satu satu diari. ada diari 2007, 2008, 2009, 2011. sumpah kelakar baca. HAHA, lepas tu, tiba satu part, menangis pulak. kadang kadang gelak sorang sorang. sambil layan diari, layan lagu Bila Cinta jugak. repeat berapa puluh kali entah. haissshh, masalah betul !

dah puas layan diari, bukak album pulakkk. nangis lagi. HAHA

apa apa je lah hati oii.

bye.
Blushing birthday girl by sopheava
Flickr.

No comments:

#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (19) Tiga (5) Tips dan Informasi (19) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License