Berjaya buat saya geram ! heh, | Blog BudakFadhilah

25.2.11

Berjaya buat saya geram ! heh,

What are you looking at, noob? by emcewu
Apa doe ?
sekarang neh, banyak sangat drama indon dekat tv. apa yang saya perasan lah. sebab memang tiap tiap hari tv tu hadap saya, eh, saya yang hadap tv lah. errrr, korang perasan tak ?

daripada TV3, astro Ria, astro Prima, astro Oasis, dan segala mak nenek channel pun, mesti ada drama indon. tapi, dekat channel Disney, KBSWorld, AXN tak ada lah drama indon ea. pffftttt

antara drama indon yang saya layan dan tak berapa nak layan ialah sinetron Kejora dan Bintang, Sejuta Cinta Marshanda, Safa dan Marwah, dan blablabla lagi. ke tu je ek ? errrr, tak ingat. kene buka tv, baru ingat. tapi, dekat astro Ria punye sinetron lah yang saya selalu layan. kui kui kui

dalam drama indonesia, wajib lah ada watak yang baik gila macam angel yang sangat jujur dan tulus dan watak yang jahat yang amat macam manusia tak ada hati dan perasaan. kan kan kan. bila tengok drama indonesia wajib ada dua watak tu kaaaannn ?

meh saya bagi contoh. dalam sinetron Sejuta Cinta Marshanda, watak yang baik gila macam angel tu ialah watak Marshanda, Chacha. baik gila weyh. tak ada nak melawan lawan sangat. yang jahat macam hape tu, mak si Delvin. macam manusia tak ada perasaan je.  =.='

Angel ... by Berta...
angel lah ni kannn.
dalam sinetron Kejora dan Bintang pulak, yang baik macam angel tu semestinya lah watak Kejora. baik gila doeee. sampai boleh je nak maafkan segala mak tiri dia. kalau dalam realiti, ada ke orang yang baik gila macam tu. anddd, watak dia sangat naive. menurut je. yang watak jahat macam setan tu, mak tiri Kejora, ibu Hanifah tu dengan anak dia, Janet. macam orang gila. kemaruk sangat dengan harta orang. dengan muka dia yang macam setan. serius, saya pun geram tengok.

cukup dua contoh tu lah kan. sebab dua sinetron tu je yang saya layan lebih sikit. yang lain tu tengok tiga minit, tukar channel lain. sebab tak faham langsung jalan cerita sinetron tu. heh,

lepas tu kan, jalan cerita drama indon ni, hampir semuanya sama. gila harta, anak yatim, kena culik, kahwin paksa, terlampau miskin, terlampau kaya, terlampau baik, terlampau jahat, blablablabla korang tambah sendiri nanti. kan, kan, kan, semuanya nak terlampau. yang baik, baik sangat. yang jahat, jahat sangat. yang kaya, kaya sangat. yang miskin pulak, sampai melebih pulak miskin dia. eh, point ni macam berulang laa(mana ada berulang kan ?).

Devil Cat Stanley by WY Man
sepak kang.
eleh, kalau dah tau drama indonesia semua sama je, buat apa tengok !

hehe, kalau perasan, sinetron sinetron indonesia yang saya tengok tu, preview dia semua macam best. sebab tu saya hadap je drama indonesia yang jalan cerita macam nak sama tu. bila dah tengok satu episod, mesti nak tengok sampai ending. kalau tak, rasa macam errgh pelik. tergantung. macam sinetron Bukan Diriku tu. tak dapat tengok ending dia      =.='

dulu sinetron Bawang Merah Bawang Putih(betul ke ni tajuk dia ?) berjaya buat saya, errrrr geram sampai boleh sakit jantung. alaaa, yang mak tiri Putih tu. macam ular siot muka dia. sekarang neh, sinetron Kejora dan Bintang pulak. geram gila dengan watak Janet tu. mak aihhh, dengan muka dia. rasa macam nak bagi pelempang pun ada. nak sepak sepak kalau boleh. gila harta. macam tak ada jantan lain je. duhhhh,

http://4.bp.blogspot.com/_k-ncrMixVJo/TQR-F2MIrTI/AAAAAAAACsI/xIZjD-x_91o/s1600/helsi3.jpghttp://1.bp.blogspot.com/_8m9sGEO80Pg/TTMnf0CQoRI/AAAAAAAABfc/dMFJk4Lmlu4/s640/Eva+Anindhita+Lingerie.jpg

heh, ter-emo pulak lah kaaannn.

eh, dah pengarah suruh dia berlakon macam tu. nak buat macam mana ! pelakon ikut skrip je ! 

betul lah tu. drama drama indonesia dah berjaya buat saya geram sampai saya termaki hamun segala.

bye.
             

6 comments:

Muhammad Zulhaizer said... Reply to this comment

kureng la tgk citer indon @ sinetron nie.. Hehe.. semangat betul ekh cerita! mmg peminat cite2 indon la nie?

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

HAHA, bukan peminat fanatik. tapi boleh lah layan kan. :P

intan.maisarah said... Reply to this comment

huhh
tak berape minat sinetron. sbb pnjng sgt

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

hehe, tau tak pe. sinetron kadang kadang sampai beratus episod die. melalut lalut cerita. :P

sarah mohamad said... Reply to this comment

memang pun. jalan cerita sama je. tu yg malas nak layan citer hendon. lagipun baik tgk citer local je kan. teeheee

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

hehe, betul tu betul. tapi cerita local pun sepesen jugak. sama je kadang kadang. tapii, mari kita sokong drama tempatan. hehe :P

#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (19) Tiga (5) Tips dan Informasi (19) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License