7 perkara wajib tahu ! | Blog BudakFadhilah

23.2.11

7 perkara wajib tahu !

salam sayang semua ! ecehhhh, sayang tauuu.


errr, terasa nak buat entri ala ala About me. sebabbb tak ada sebab. heh, sesaje je lah buat entri macam ni. meh ambik tahu sikit tentang saya. siapa yang tak nak tu, duduk senyap senyap dekat tepi tu. nanti ada entri lain, awak usha lah ye.  :P

7 Perkara Wajib Tahu !

1. tiap tiap tahun azam saya mesti nak kurus. tak pernah berubah pun ok. sebab, azam tu asyik tak pernah tercapai. terbantut je. alahaaiiii,  =.='

2. saya benci ikan bilis ! sebab, gusi saya pernah berdarah terkena tulang ikan bilis. ikan bilis ye. sebenarnya, semua ikan pun tak reti makan. sebab takut tulang. sebab pernah ada sejarah. ok, itu cerita lain kali. kui kui kui

3.  motto hidup saya. 'if you want it, go for it !'. hanya diaplikasikan ketika shopping. sebab, saya akan jadi lebih bersemangat nanti masa shopping. lalalalalalala~

4. anti dengan mydin. tapi sekarang dah boleh teman mama masuk mydin kejap. sebab, dulu first time datang mydin terbesar melaka neh, ada insiden yang berlaku. trauuma lah.  =.='

5. tak boleh rasa lonely terlalu lama. sebab, nanti akan stress lalu menangis. ini punca tak update blog hampir lima hari.  T____________T

6. tidur dengan tujuh bijik bantal. sebab, dulu masa kecik kecik, selalu berfikiran bila tidur nanti, akan ada benda yang menyelinap dari bawah katil naik atas katil. wuuuuu, takut.

7. pernah tak makan nasi lebih kurang dua minggu. tu pun kadang kadang terbuat buat  termakan nasi sebab terlupa. sebab, lauk yang mama masak selalu nampak sedap kalau makan dengan nasi panas. heh,

cukup lah tu tujuh. nanti kalau terasa gedik lagi nak buat entri ala ala About Me ni, saya buatlah ek.

Friends Page by Lolita Wonderland

oh, oh, nak tanya sikitttt, perlu sangat ke saya tukar template blog ni ek ? errr, memang nak sangat sangat tukar, tapi tak tau lah nak tukar macam mana. tunggu sikit, eh, banyak hari lagi eaaa. cari idea sat nak ubah apa apa yang patut.

nanti kalau paksa, jadi apa apa entah nanti. lagi tak nak. T_______T

kalau korang ada apa apa cadangan atau pendapat, boleh je komen komen dekat blog neh. tak pun boleh emailkan cadangan/kutukan/amaran/pujian(heh) dekat sini; budakfadhilah [at] gmail [dot] com

saya amat dahagakan cadangan.

bye.
        

12 comments:

DaK CoMoT said... Reply to this comment

eh template skrg da comel ar comot tgk...^_^

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

ye ke ?
errr, thanksss. :)

amiramukri said... Reply to this comment

hihi , saya suka makan ikan . nyummy !
template skrg ni pun okayy :)

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

ahahaha, ikan pari ok je. yang tak ada tulang. :P

oke ke ? thanksss. hehe
lama dah template ni. rasa macam nak tukar. if ada apa apa cadangan jangan lupa email me oke. :)

z.u.n.a.i.d.a said... Reply to this comment

wah dear..boleh ker hidup xmakan nasi..
nasihat akak baik makan jer pe y boleh dimakan nti bila dh xboleh makan menyesal..hehehehehehe

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

Ekekekeke, memang tak lah kan. tu lahhh, nanti bila dah tak boleh, mesti meyesal tak sudah sudah. HEHE

btw, thanks singgah my blog. :)

Wan Gerrard said... Reply to this comment

blog comel ^_^

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

ye ke ? thankssss. :)

::FAIZ FARISH:: said... Reply to this comment

semua org azam nak kuruskan?

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

keh keh keh. memang. :P

sarah mohamad said... Reply to this comment

siyes. lagi baca blog ni lagi suka . teeheee . interesting je :)

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

heeeeee, malu laa cakap macam tu. lain kali datang lah lagi blog ni. terima kasihh. :)

#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (19) Tiga (5) Tips dan Informasi (19) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License