tak bodoh punye. | Blog BudakFadhilah

7.11.09

tak bodoh punye.

start//4:26pm

huh
tak tahan betul nak hadap kertas latihan
addmath 24/7 secara berterusan.
dari pagi sampai tadi saya buat je latihan.
stress bila tak dapat jawapan.

last last berhenti kejap je lah.
kejap lagi sambung balik.

sekarang kan saya tengah mengawal pemakanan
saya. so far so good.
saya rasa kesan dia. mungkin sudah kurang 2kg.

agaknya kalau saya work out sikit, mungkin
banyak yang turun agaknya kut. HEHE
tapi saya kan pemalas. malas lah nak buat.
tak ada masa weyh.

so, sekarang saya nak share apa yang saya
makan bila kat rumah tak orang dan bila saya
terasa nak makan tanpa makan makanan yang
membuatkan saya bertambah tembam. heh

jum tengok,
saya tak tahu nak bagi nama apa pada masakan ni.
sebab semua ramuan dia saya main campak campak je.
HAHA

bahan bahan nye;
  • semua jenis sayur yang ada dalam peti ais
  • bawang putih [ikut kuantiti sup yang nak dimasak]
  • garam
  • minyak [sikit je]
  • isi ayam [kalau nak/ada]
  • fish ball/meat ball/chicken ball [ikut suka]
  • air putih yang bersih

Vegetables, August 2006, Shropshire UK by David_TurnerUnusual-shaped vegetable by florriebassingbournWhite onion by Amai
Boneless, Skinless Chicken Breast by pixelrandyHainanese Chicken Rice Balls by Kirk SiangGlass of Water by gfrphoto
[gambar dicilok daripada encik flickr]

ok, tu je bahan nye.
lepas tue apa lagi. masaklah. heeee
  1. panaskan periuk.
  2. masukkan minyak. sikit je ea. tunggu sampai periuk panas.
  3. sebelum tu, tumbuk bawang putih. jangan sampai lumat.
  4. masukkan bawang putih tu dalam periuk.
  5. masak sampai kekuningan.
  6. letak air putih.
  7. masukkan isi ayam/fish ball/meat ball/chicken ball.
  8. tunggu sampai mendidih.
  9. campak semua sayur dalam periuk.
  10. letak garam secukup rasa.
lepas tue dah boleh makan.

sebelum tue, kalau macam ada sayur lobak/kubis bunga,
letak awal sikit daripada sayur sayur lain. sebab
nak bagi sayur tue tak keras sangat.

sayur lain jangan masak lama lama ye. nanti
vitamin hilang.

er,
sedap weyh.
lepas tue sup tu sihat jugak untuk kita. hik

kalau nak pedas, letak je cili padi.
kalau nak masam sikit pulak, letak sikit air asam jawa.

pendek kata, letak je lah apa pun yang kamu semua
suka dalam sup tue.

saya paling suka kaalu sup saya ada
semua jenis cendawan. cendawan yang paling saya
suka ialah cendawan ENOKI.
saya panggil cendawan tu,
cendawan geli geli. HEHE

ENOKI mushrooms by magda.indigo

eyt, sup tu
enak dinikmati ketika masih berasap.

mesti korang semua pernah dengar mee bodoh kan.
kat melaka ni agak popular jugak dengan mee bodoh ni.
agak je lah. :P

kenapa mee bodoh ?? sebab mee itu sangat simple.
macam mee goreng, tapi mee goreng agak complicated sikit.
mee bodoh hanya mee yang simple.

so, saya bagi sup ni nama dia SUP BODOH. heeee
sebab semua bahan boleh campak dalam sup tue.

dengan itu, selamat mencuba.

byebye


p/s:nanti kita belajar cara masak kentang lenyek
versi saya pulak ye.

p/s/s:doakan saya untuk exam addmath.


2 comments:

Ms.Independant said... Reply to this comment

Cendawan enoki tu cedap klo goreng garing2! Yummy!

Fadhilah said... Reply to this comment

Ms.Independant//
sedap ea ?
nanti nak try ar. :P

#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (19) Tiga (5) Tips dan Informasi (19) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License