Esok oii result SPM 2012. | Blog BudakFadhilah

20.3.13

Esok oii result SPM 2012.

Berapa hari dah tak update? Ha ah. Tiga hari dah. Tapi, WHO CARES ?!

Cakap pasal SPM, siap sampai semalam aku mimpi yang hari ni hari khamis dan result SPM keluar hari ni. Dengan semangat berkobar kobar aku bangun pagi pagi nak pergi kejut adik aku nak hantar dia pergi sekolah suh ambik result.

heh. Aku pulak yang over eh.


Ye lah. Adik tu adik yang last ambik SPM dalam family aku ni. Sebab tu aku macam excited over sikit. Dah hari isnin result STPM 2012 mama dah happy. Aku nak tengok pulak result SPM ni.

Well macam biasa, adik tak berperasaan. Tapi aku yang berperasaan. haha. Sebenarnya dia takut gak tu, cuma tak tunjuk. Kekonon tough lah kan.

Masa aku nak ambik result SPM dua tahun lepas, (woi dah dua tahun woi tapi rasa macam baru semalam!) abah yang hantar pergi sekolah. Dengan sakit sakit perut nak termuntah lah, itu lah, ini lah, aku pergi jugak. Padahal boleh je drive sendiri pergi sekolah. Tapi kan tengah kecut. Tak berdaya aku nak drive. haha. Habis tu, call je abah suruh hantar. Tak macam masa ambik result PMR. Siap kena tinggal dengan mama lagi sebab malas nak bangun. Kan waktu result PMR, cuti sekolah. Dah tu mama sms je result aku. heh

Alhamdulillah, semua ok.


Lepas dapat result SPM, masalah lain pulak timbul. Kekonon dilema nak masuk universiti mana. Macam mana nak pilih universiti. Nak pilih course apa. Memang dalam masa seminggu dua lepas result SPM aku keluar, tak senang aku nak tidur tau tak fikir hidup baru lepas tu. ecehhh

Siap tau aku up entry nak pilih yang mana satu tawaran yang aku dapat. Nak pilih buat foundation course Business Information System (BIS), atau matriks Londang buat Sains setahun, atau diploma statistik dekat UiTM Machang. Celaru betul otak aku dulu. At last, buat BIS jugak akhirnya. Dah nak masuk tahun dua pun. hekhek

Result pun ok ok jek. Tawaran yang aku dapat pun ok ok jugak lah. hmm hmm

Aku tau, memang semua yang lepas ambil result SPM mesti akan rasa benda yang sama macam aku rasa dulu. Tapi apa apa pun, buat lah pilihan yang terbaik.


Ikut rasa hati. Fikir mampu tak kita kalau kita buat pilihan tu. Buat solat istikharah. Jangan terburu buru buat keputusan ok. Yang penting, restu parents :)

Good luck lah esok adik adik 1995.

2 comments:

Mohamad Fathi said... Reply to this comment

Hehehe... Biasalah... dak2 spm semua dok ketaq2 dah tu.. muhahahaha

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

kesian depa. haha

#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (20) Tiga (5) Tips dan Informasi (20) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License