Join tak Earth Hour 2013 ? @earthhour | Blog BudakFadhilah

14.3.13

Join tak Earth Hour 2013 ? @earthhour

Assalamualaikum. Hai.


Earth Hour ni aku rasa semorang dah tau kan. Hmm hmm.

Apa yang aku cuba nak bagi tau kan ni eh. Aku boleh lupa kejap.

*pause*

Nah, sejarah Earth Hour sikit yang aku copy daripada wikipedia.
Earth Hour merupakan acara tahunan yang diadakan oleh Tabung Alam Sedunia WWF, disambut pada hari Sabtu terakhir pada bulan Mac, yang mahukan kediaman dan pejabat untuk mematikan lampu yang tidak digunakan dan peralatan elektrik yang tidak digunakan selama satu jam untuk membangkitkan kesedaran ke atas perubahan iklim. Dikendalikan oleh WWF Australia dan Sydney Morning Herald pada 2007 dan mendapat sokongan dunia pada 2008. - wikipedia
Aku tak lah ingat sangat pun sebenarnya bila waktu bagai Earth Hour semua ni. Yang aku tau dua tiga hari lepas aku tau akan ada Earth Hour, haa lepas tu bergelap lah aku. hehe

Malam tadi terbaca tweet sape tah tweet pasal Earth Hour sebab tu aku terasa macam nak buat entry. Nyioh. Google la segala bagai tentang Earth Hour. Pergi homepage Earth Hour segala bagai. Cari twitter, tengok facebook. Semuanya lah. Macam macam jugak info yang aku baru tau. Zero gak eh pengetahuan aku tentang Earth Hour ni. k

Tahun lepas aku lupa aaa aku bergelap ke tak. Sebab masa tu kat UTP. hmm hmm. Aku rasa bergelap kot. Entah. Tak ingat. Tahun 2011 pulak memang bergelap dekat rumah. haha. Tapi aku rasa macam setiap tahun aku akan bergelap selama sejam untuk Earth Hour ni.

Sebenarnya pada aku, Earth Hour ni macam simbol lah. Haaa gitu. Jangan sejam tu je kita semua bergelap. Lepas tu, wah kemain lampu kipas semua tak reti nak tutup bila tak perlu. Membazir satu hal, kena bayau bil letrik yang kemain banyak satu hal, lepas tu kesiannnn bumi. Bumi kita ni makin hari makin panas tau tak !


Aku kira macam beruntung sikit sebab ada adik yang memang very the particular bab bab environment ni. Sanggup dia tak nak bilik kena pasang air cond. Jaga bumi katanya. Walau tinggal kejap pun bilik, memang dia off lampu kipas semua. Bukan macam aku, main tinggalkan je. haha. Lepas tu kalau bab recycle, alam sekitar, pokok pokok, semua tentang alam sekitar memang dia ambik kisah. Dah tu daripada sekolah sampai dia dah masuk Uni memang dia pilih Kelab Alam Sekitar. wakakaka

Aaaa sudah lah.

So, Earth Hour 2013 ni akan berlangsung pada 23rd March pukul 8:30pm hari Sabtu ye kawan kawan. Lebih kurang 9 hari lagi. Marilah bergelap selama sejam sebagai simbol kita sayangkan bumi. hekhek. Kalau aku umur panjang lagi, aku bergelap lah jugak. erk. Aku memang dah gelap. k


Kalau korang nak sentiasa ter update tentang Earth Hour 2013 ni, boleh follow twitter Earth Hour atau pergi like facebook page Earth Hour. Nah weh. Siap ada tumblr Earth Hour lagi. Boleh lah follow ok.
Uniting People to Protect the Planet. - Misi Earth Hour
Ok. Cukup lah tentang Earth Hour 2013. Jangan lupa, 23 Mac. hehe

No comments:

#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (19) Tiga (5) Tips dan Informasi (19) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License