Tarikh Pengumuman Keputusan STPM 2012. | Blog BudakFadhilah

12.3.13

Tarikh Pengumuman Keputusan STPM 2012.

Assalamualaikum. Hai.

Tiba tiba aku pulak yang excited. Padahal bukan aku pun yang nak pergi ambil keputusan tu. STPM kot. Exam besar weh. Susah pulak tu. Ok. Sebenarnya susah kalau tak belajar lah kan. Kalau belajar, dengar cakap cikgu boleh je dapat result yang best.

Cukup aaa aku setiap 4 bulan sekali macam nak putus jantung tunggu apa lah agaknya keputusan aku untuk semester tu. Entah ok ke entah tidak. STPM tu aku pandang memang exam yang susah ok !

Berbalik kepasa keputusan STPM 2012 ni. Tau pasal pengumuman ni pun masa tengok berita tadi. Sambil duk tenung tv, terbaca la berita berita kecik kat bawah tu. Sekali mama pergi baca kuat kuat pulak yang Isnin ni keluar keputusan STPM tu. Isnin ni maknanya 18/3/2013 lah kan. Mama excited le sebab anak anak murid dia nak ambik result tu. Lepas tu nak kena tengok jugak prestasi sekolah lagi balblablabla. Begitulah.

Ke aku je ni yang baru tau keputusan STPM ni nak keluar isnin ni ? err abaikan.

Lepas tu baru aku teringat, eh tahun ni punya STPM tu budak budak batch aku. Maknanya akan ada antara kawan kawan aku yang akan ambik keputusan STPM tu !!

Wehhh, Good Luck korang !! InsyaAllah kalau dah usaha yang terbaik, keputusan peperiksaan tu pun akan jadi yang terbaik. Jangan risau lah. hehe


Tak silap aku 20/3/2013 which is hari rabu lah kan akan keluar Keputusan SPM 2012 pulak kan ? Eh aku tak sure. Adik aku yang nak ambik result tu pun aku tengok dia buat dek je. Macam tak ada perasaan pun ye gak. haha

Tapi aku punya pegangan lah kan, tak kira lah masa nak ambil keputusan peperiksaan apa apa pun, start daripada UPSR, ke PMR, ke SPM sampai lah keputusan tipa tiap semester aku, aku selalunya akan expect the unexpected. So bila keputusan aku teruk, aku tak sedih sangat. Atau keputusan aku macam wow pun aku tak happy cam onggila.


Bila keputusan kita macam WOW kan semorang, kita tak boleh happy sangat sebenarnya. Hmm cane nak cakap eh. Bukan tak boleh happy, tapi jangan over. Kena ingat kat orang orang yang macam tak berjaya sikit. Eleh, sebenarnya tu semua rezeki tahu tak. Kita hanya perlu bersyukur dan jangan riak je.

Banyak nya aku tertaip. heh

So, Expect the Unexpected ok !

No comments:

#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (20) Tiga (5) Tips dan Informasi (20) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License