#PrayForSabah : Tabung Wira Lahad Datu | Blog BudakFadhilah

15.3.13

#PrayForSabah : Tabung Wira Lahad Datu

tabung lahad datu

tabung wira lahad datu

Tabung Wira Lahad Datu Media Prima Bagi Menghargai Pengorbanan Wira-wira Negara Di Sabah

Media Prima Berhad ("Media Prima"), kumpulan media bersepadu sepenuhnya di Malaysia, telah melancarkan Tabung Wira Lahad Datu Media Prima berikutan peristiwa pencerobohan di Lahad Datu.

Tabung Wira Lahad Datu Media Prima ini ditubuhkan bertujuan bagi menghargai jasa anggota-anggota keselamatan yang telah terkorban atau tercedera ketika mempertahankan tanahair tercinta.

"Sebagai warga korporat yang prihatin terhadap pengorbanan anggota-anggota keselamatan yang tercedera atau gugur semasa mempertahankan kedaulatan negara daripada ancaman musuh yang menceroboh Lahad Datu, Semporna dan Kunak di Sabah, kami mengambil keputusan untuk mengaktifkan Tabung ini dengan kadar segera”, menurut Datuk Ahmad bin A. Talib, Pengarah Eksekutif, Operasi Berita dan Editorial, Media Prima Berhad. 

“Kami berharap segala sumbangan yang disalurkan melalui Tabung ini akan dapat disampaikan kepada waris dan ahli keluarga anggota-anggota keselamatan yang tercedera dan yang terkorban semasa menjalankan tugas, bagi membantu meringankan beban keluarga mereka. 

“Sehubungan itu, kami mengalu-alukan setiap sumbangan dari seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira kecil atau besar. Sudah tiba masanya untuk kita semua memberi sokongan terhadap wira-wira negara yang banyak berkorban demi mempertahankan maruah dan kedaulatan negara kita.”

“Pada masa yang sama Media Prima, melalui saluran televisyen, radio, akhbar dan media digital kami akan terus memainkan peranan dalam melaporkan berita tepat dan terkini kepada orang ramai berkenaan insiden yang berlaku ini,” tambah Datuk Ahmad. 

Individu dan organisasi boleh menyalurkan sumbangan ke nombor akaun Maybank 5142-7133-9000 di bawah nama "Tabung Wira Lahad Datu Media Prima" melalui kaedah-kaedah berikut: 
  • Maybank2u.com
  • Pemindahan dana melalui ATM dan “Phone Banking” KawanKu
  • Mesin Deposit Tunai
  • Mesin Deposit Cek
  • Kaunter-kaunter Maybank
  • Kirimkan cek di atas nama “Tabung Wira Lahad Datu Media Prima” ke:
Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan, Media Prima Berhad Sri Pentas, No. 3 Persiaran Bandar Utama, Bandar Utama, 47800, Petaling, Selangor -- atau mana-mana pejabat Media Prima Berhad atau The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) di seluruh negara.

Hulurkan bantuan kepada waris dan keluarga anggota keselamatan yang terkorban dalam mempertahankan negara kita, Malaysia. Penyelamat kita yang gugur dalam perjuangan. Terima kasih kalian :')

Sebagai rakyat biasa, ni je yang aku mampu buat selain berdoa. Berkongsi apa yang patut. Semoga Malaysia terus aman dan damai. Aminnn.

No comments:

#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (20) Tiga (5) Tips dan Informasi (20) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License