Abang, kakak, tolong saya. | Blog BudakFadhilah

7.5.11

Abang, kakak, tolong saya.

salam.


klik untuk tumbesaran.

bersyukur sangat sangat bila saya diberi peluang untuk buat pilihan yang saya rasa banyak ni. T_____T

yang tak dapat mana mana tu, mungkin awak tak ada rezeki. tapi percayalah. rezeki ada dekat mana mana sahaja. dan masa tu cuma belum tiba sahaja. bersabar. mungkin Allah dah merancang yang lebih baik untuk awak.

macam saya, saya tak ada rezeki untuk ke UIA. memang terkedu kejap lah kan bila tengok keputusan UPU. sebab saya memang nak sangat pergi UIA. tapi tu lah kan, tak ada rezeki. mungkin pemilihan ke UIA  lebih menekankan subjek arab yang dah semestinya saya tak ambil   =.='

diploma statistik yang ditawarkan pada saya ni ialah pilihan keTUJUH. ye, yang keTUJUH. ok lah kan. saya dah dapat terima. lepas hampir berbelas jam dapat tau saya dapat tawaran untuk diploma statistik, baru dia keluarkan petempatan uitm mana. lagi lah saya terkesima kejap. terus tak tercakap apa apa tauuu. serius !


kan nak semak petempatan ni tengah tengah malam baru boleh semak. bila tengok dapat machang terus cam, perghhhh. KELANTAN. err, tapi makanan dekat kelantan sedap sedap  =.='

terus tak boleh tidur. bergayut on the phone sampai tiga pagi. tu pun terputus sebab bateri kong, kalau tak memang tak tidur lah kan..

bangun pagi, tengok ada mesej dari UTP. terus buka website dia. alhamdulillah. dapat. kos BIS. pilihan pertama chemical engineering. tapi tak dapat. errrr, yang kos sistem maklumat perniagaan ni pilihan kedua.

setakat ni bila tanya pendapat orang terdekat, semua kata pergi UITM je. ish, serius saya dalam dilema sekarang.

pendapat korang macam mana pulak ? nak jugak dengar pandangan dari orang luar.

andd, saya masih samar samar dengan kos statistik ni. business information system juga. ada sesiapa yang baik hati nak terangkan sikit tentang ni semua ? or, share pengalaman keee ?

err, tak ada ? mekaseh. teheeeee,  =.='

bye.

oh, sebelum tu, saya tak kisah pun sebenarnya nak kena pergi mana mana. ketiga tiga pilihan tu insyaALLAH saya boleh bawa. cuma saya perlu pilih yang terbaik je untuk masa depan saya. so, apa kata awak ? hihi

16 comments:

NuR 'aQiLaH said... Reply to this comment

jgn pilih tempat.
tempat suma sama ja.

pilih kos yg betul betul minat sbb kos tu yg akan bantu nak keja nanti.
kalo takot matrik kena tendang, u mana mana pon akan tendang kalo result bawat 2.0..huhu

matrik pon oke jugak.
at lis boleh pikir lg nak kos apa untuk masok u nanti ;)

Fateen Atiqah said... Reply to this comment

BIS tu belajar bisnes dgn economyy. Haha

::fadxieza:: said... Reply to this comment

erm,nape xamek petronas je..

... said... Reply to this comment

as salam..
tak kisah mana2 asalkan ada niat, usaha, tawakkal dan redha,
mana2 pun boleh.

kalau amik statistik tu, memang agak mencabar sikit sebab persaingan cukup kuat.

nufaa kena tagged!

menang, owner segmen belanja makan.
or..topup RM30

pasal MAKNA.
a meaning to life

meh support mereka2 yang sedang struggle untuk hidup.
buat entri contribute untuk mereka..

MAKNA..a meaning to life

♕ qeen ♛ said... Reply to this comment

tahniah! semua awak dapat! bestnyeee~
awak pk laaa elok2 and tanya orang sekeliling. pastu solat istikharah kay? hee. anyway,again. tahniah! :)

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

NuR 'aQiLaH//
susah betul nak buat keputusan. tiga tiga pilihan tu rasa macam ok je. tapi nak buat pilihan yang terbaik tu susah. errr

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

Fateen Atiqah//
hihi, a'ah kan.

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

::fadxieza:://
tak tau lah macam mana lagii.

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

...//
wslm.
semua pilihan ni memang ada persaingan yang kuat kan. tak tau lah macam mana lagi ni.

nanti saya tengok tagged tu. mekaseh :)

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

♕ qeen ♛//
terima kasihh. :)
susah betul nak buat pilihan ni. kalau dapat satu je dah tak ada pilihan lain. ni kene pilih yg mana satu. tu yang susah.

thanksss :)

cik faez said... Reply to this comment

kalo awk seorg yg tegar and sabar . pegi je la matrix tu .. sbb dia ada jimat masa sikit ,, tp kalo xyakin , uitm jer la . hehe ;)

raimi_rhzd said... Reply to this comment

ok yer menurut saya la kan x kisah nk blajo mana yg pntg kn brsnggh snggh la.mcm ni la kalu anda mndpt apa2 biasiswa lbh elok jika pergi utp.krna ap,krn ayh ada cite kalu xda biasiswa n anda buat loan la,boleh mencecah rm200000 shngga degree la bkn asasi ea.smpai skunk kn htg.so blajo mana pown xda msalh tp kalu bley jgan beban la sgt ur parents even dy sggp byr mhal.kesian la gak kan.so anywhere plh la yg baik.nak plh matrik kewr diploma kewr atau utp xda mslh cm jgn slp haluan ckp la....

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

cik faez//
entah lah. masuh berfikir lagi sekarang ni sebenarnya.

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

raimi_rhzd//
tak de biasiswa pun untuk UTP tu. tu yang fikir banyak kali. uitm machang tu terlampau jauh bagi saya. entah lah, masih berfikir lagi.

saia bdaX chUbby said... Reply to this comment

skRg stdY mana ? =D

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

UTP :)

#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (19) Tiga (5) Tips dan Informasi (19) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License