nasib korang baik ! nasib aku tak ! | Blog BudakFadhilah

19.1.11

nasib korang baik ! nasib aku tak !

Le Sulk! by masterchin7
Flickr.
mulakan entry ni dengan perasaan marah yang meluap luap dan menangis teresak esak. huwaaaaaaaaa. BENCI ! BENCI ! BENCI !

sumpah aku nak melalak sebab geram. geram gila dengan instructor driving aku tue. bukan nak jadi racist atau apa sebab dia orang cina. tapi sumpah geram. kalau aku dah pandai driving, tak adalah aku susah payah bayar kau untuk ajar aku driving segala.

cuba korang bayangkan, biasalah kan kalau driving on the road untuk budak yang baru belajar macam aku ni kadang kadang mati enjin tengah tengah jalan sebab gelabah. lepas tu boleh pulak dia nak marah marah, 'ayooooo, ayooooo, apa ni ?! cepat ! cepat !'. aku yang memang dah tertekan tu jadi tambah tertekan tahu tak ! banyak lagi lah yang dia menceceh macam mak nenek. aku pun tak faham apa dia kata. entah entah maki aku dalam bahasa cina. heh,

dah lah kereta buruk gila. bukan salah aku pun boleh tiba tiba mati enjin. memang eeeeeeeeee geram lah ! tapi tu tak kisah lah. nak ambil lesen punya pasal, aku belajar juga. tak ada bising bising suruh tukar ke apa. lepas tu dah lah pengotor ! ewwwww, ni aku tak payah cerita lebih lebih. korang boleh fikir sendiri.

tapi, hari ni aku betul betul tak tahan dah. aku rasa orang yang baru belajar driving macam aku neh pun mesti kadang kadang ada masalah dekat side parking, bukit atau tiga penjuru kan ? aku dah lah tak faham apa apa. dia tak ada terangkan apa apa lepas tu suruh jalan je, tiba tiba dia kata, 'pusing, pusing, cepat !' ulang ulang kali sampai tersembur air liur. memang eeeeeee lah. aku rasa macam nak nangis. aku dah lah tau apa apa neh. tiba tiba je bagi arahan kelam kabut. yang tak boleh blah, kelam kabut !

lepas tu bila tiba part bukit, dia boleh pulak cakap,'u ni teruk lah ! memang tak kan pandai lah ! aiyooooo,'. ulang ulang kali dia cakap. aku baru je belajar kot, tiba tiba aku boleh pandai ke ! *&%#^$. aku bayar kau untuk ajar aku sampai pandai, bukan nak down kan aku lagi !

bukan aku sorang je kene. kawan aku pun kene juga. tapi dia lagi teruk. dengan peluh meleleh, baju dah basah, dia kene marah pula. 'u ni pusing stereng lembab lah ! cepat sikit !'. pergh, kereta kau dah lah super buruk. stereng berat bagai nak gila, aku pusing stereng kereta mak bapak aku pun tak berat macam tu ! cuba korang bayangkan perasaan kawan aku tu ? dah lah masa tu tingkap kereta terbuka, semua orang tengok dia kene marah. siap kene gelak lagi. ni apa yang kawan aku cerita lah. memang terbaik lah pakej belajar memandu ni kan ?!

aku neh jenis tak reti nak menjawab dengan orang tua yang aku tak kenal neh, so, aku diam je tak menjawab. karang aku jawab ada yang air mata aku meleleh. masa belajar driving tadi pun, air mata aku dah ber takung takung sebab geram sangat. nasib baik aku dapat tahan. yang kawan aku pulak, dia memang jenis menjawab je kalau tak puas hati. dah kene jawab sekali, terus cina tu cakap slow slow. itu pun nasib baik kawan aku tak buat kerja gila keluar je trus dari kereta tu blah balik. heh,

masa aku belajar driving tu, aku tengok budak budak lain boleh gelak gelak weyh dengan instructor dia. instructor dorang ajar baik gila. tak ada nak menengking nak marah apa. siap gelak gelak !! eeeeeeeeeee, aku stress tau tak !

masa korang belajar memandu, korang pun kene macam aku jugak ke ?! korang bayar orang tu, lepas tu kene marah bila tak reti driving ea ?! cerita sikit. kalau korang punya pengalaman tak macam aku, sure aku menangis nak berhenti.

tak, aku tak nak berhenti macam tu je. dekat rumah ni dah ada kereta untuk aku. tak kan aku berhenti macam tu je. lesen kereta je yang aku perlu ada. kereta dah tak payah susah susah nak fikir. stress !

revolted blindfold woman by Feminista_ro
Flickr.
aku tengah stress, geram sampai dah tak boleh cerita lagi apa yang jadi dekat aku tadi. tangan aku ni pun dah sakit, melecet.

stress !

stress !

stress ! 

fine. sape je yang nak ambik tahu aku stress atau tak. bye.

6 comments:

Fruityna said... Reply to this comment

huhu sy pun mcm tu jugak masa amik lesen. instructor pun cina gak.. dia mrh2 n ckp die pun sy xpaham..alih2 belajar dengan abg sendiri kat rumah 2 hari je dah boleh. xpe.. teruskan jer. lama2 nti mesti boleh gak.kalau down2 nti lagi la jadi susah

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

leceh betul org cina neh.
nasib awak kire baik sebab ada abg. tapi saya mana ada. HEHE

oh, thanks yerp. :)

Fruityna said... Reply to this comment

abg jiran pun boleh.. hihi..

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

jiran jiran berpangkat adik adalah. HEHE

kayuburuk said... Reply to this comment

hahaha..mmg stress tahap hyper da ni..haha..xpe2..sabo2 je..wa dlu blajo xde la kna cm ni..sbb yg ajo gua org mlayu..satu kpala lagi ngn gua..mmg best..biase la,org cina..slalu plekehkan org mlayu..sabo je la dik ye..xlama,..bila lulus,ko buat la jlnraya tu mcm ko pny..lpskan stres..hahha

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

HEHE, tengah sabar lah ni. org cine memang cam tu. eh, tak boleh lepaskan stress dekat jlanraya, nanti cepat mati. :P

#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (20) Tiga (5) Tips dan Informasi (20) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License