9 jenis telur. | Blog BudakFadhilah

18.1.11

9 jenis telur.

The body works like a machine by Sandra Eterovic

ceh, bosan bosan ni ada je tajuk tajuk entry yang entah apa apa dalam kepala hotak neh. HAHAHA. erk, apa yang korang fikir tu ? adoiiiiii,

ohh, telur, disebut telur ok. bukan telorr. telor itu ada makna dia lain. dan telor bukan telur. =.='

entry ni diwujudkan saja saja sebab bosan gila. jalan jalan(aku jalan jalan dekat internet tau) dalam google, buat research sikit. wahhh, siappp. heh, tak adalah research macam thesis tu, biasa biasa je. muehehehhe, semua jenis jenis telur yang dikenal pasti ini adalah berdasarkan pengalaman hidup saya. heh, ayat apa nehhhhh ? skemaa gila.


1. Telur ayam
derr, telur ni telur paling famous sekali kott. dekat rumah korang mesti wajib ada telur ayam nehh. telur ayam neh ada macam macam kegunaan gak. selain korang guna untuk isi perut korang yang berbunyi kelaparan tue, telur ayam jugak boleh digunakan untuk menghilangkan blackhead dan whitehead. usha link ni untuk ketahui cara caranya. nanti saya pun nak try ahh. weyh, korang kalau nak guna telur ayam ni sebelum masak, tolonggg basuh dulu telur tu ok. kenapa ? sebab kulit telur tu mesti kotor ! tak kotor pun, korang kene basuh gak tau.


2. Telur itik
sekarang cerita telur itik pulak. telur itik ni jarang jarang saya makan. dulu selalu ambil dekat rumah arwah nenek je sebab dulu nenek ada bela itik. tak silap saya, telur itik ni macam hanyirr je kan ? entah le. tak pasti sebab dah lama gila ta makan. telur itik ni sedap kalau buat masak lemak atau masak kurma. boleh usha link ni untuk belajar cara cara nak masak gulai telur itik ni. HEHE sedap tau. sebelum


3. Telur masin
wuuuuu, saya suka telur masin. jap, telur masin ke telur asin ? erk, sama je lah kot. cuma tak ada huruf 'm' je kan. HEHE, dulu time darjah enam saya pernah buat experiment telur masin neh. jadi tau. cuma rasa dia ada pelik sikit sebab mungkin tak berapa masin. senang je nak buat telur masin sendiri. cuma perlukan telur itik yang super duper bersih daripada kotoran dan simpan dalam air garam yang ter-paling tepu selama seminggu lebih. erk, ye ke seminggu ? tak pastilah. sila buat eksperimen sendiri. kui kui kui, saya suka part telur masin yang warna kuning tu. rasa lemak lemak masin. phewwww,

4. Telur mata kerbau
telur mata kerbau ni ialah lauk yang paling paling paling simple sekali dalam dunia kan. kalau lapar, malas nak memasak yang bukan bukan, buat telur goreng je lah. lepas tu makan dengan nasi panas tambah kicap masin. ewww, saya tak makan kicap masin, saya makan kicap manis je. HEHE


5. Telur hancur
omputih cakap, scramble egg. ni pun feveret saya neh. HAHA, semuanya kau suka ! kalau buat sandwich memang agak terbaiklah. lepastu gaul dengan mayonis, letak bawang sikit, letak tomato sikit, sapu sos thai. emmmm, sedap weyh. oh, saya lebih suka makan scramble egg berbanding dengan telur mata kerbau sebab telur mata kerbau, saya geli sikit nak makan telur kuning dia yang macam tak berapa masak tu. alaaa, yang cair lagi tu. hanyir derr.

6. Telur bungkus
ohh, telur ni jarang saya buat. sebab macam susah lah nak bungkus bungkus segala. lecehh. kalau beli dekat kedai selalu lah. isi dia biasanya ayam, sayur sayur, sos dan apa lagi entah. ni tak reti explain lah. sebab tak reti nak cakap macam mana. HAHA


7. Telur rebus
telur rebus ialah teluar paling senang dekat dunia nak masak. rebus je le berapa minit. lepastu siap. oh, apa lagi yang perlu dikatakan tentang telur rebus ni. ceh, haaaa, selalu orang kenduri kendara mesti ada telur rebus. macam kenduri kahwin ke, kenduri akikah ke. lebih kurang macam tu lah.

8. Telur separuh masak
kerana telur ni lah saya jadi macam sekarang. bhahhahahahahahah, dulu masa kecik kecik mama selalu buatkan telur separuh masak untuk kiteorang adik beradik. memang selalu gilalah. konon konon, erk, sebenarnya memang akan beri tenaga dan apa entah lagi. sekali, adik adik saya semua keding, saya je yang terlebih saiz. sedihh tauuu. tapi serius, dah lama gila tak makan telur separuh masak dengan kicap masin dengan lada sulah ni. sebab nanti tekak saya macam kembang dan hanyirr. eeeeee, tapi telur separuh masak kluang station memang sedappp.


9. Telur pindang
fine. telur pindang ni pun saya suka. HEHE, kalau orang johor kahwin, biasanya akan ada telur pindang. telur pindang ni ialah telur ayam yang direbus entah berapa hari dengan herba herba apa entah. banyak sangat herbanya kut. saya tak tau lah. biasanya orang tua tua yang tau buat telur pindang ni. telur pindang ni warna coklat. sila rasa, baru cakap sedap atau tak. dia rasa macam telur herba cina. lebih kurang lah.


ok, dah cukup sembilan. kenapa sembilan ? sebab saya malas nak fikir lagi satu. HEHE, korang tambah sendiri jenis jenis telur tu ekkk. sumpah sekarang bosan gila, sampai sanggup cerita tentang telur. pfffffttttt,

oh, makan telur banyak, nanti kentut busuk.

bye.

pictures sources; google

12 comments:

ChuyRy™ said... Reply to this comment

baru tahu ada telur pindang..hu3

CahayaCintaIlahi said... Reply to this comment

ade lagi la telur pUyuh..
hehe telur bistik ngeee ;)
jgn marah ha.. tp btol kn hehe

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

ChuyRy™//
baguslah kalau dah tahu. HEHE
lepas ni boleh pergi rasa. :P



CahayaCintaIlahi//
woahhhh, banyak lagi telur memang tak ingat. ahahahahahhah
marah ? tak laaah. bagus lah ada respon. HEHE

btw, thanksss :)

mie said... Reply to this comment

tips untuk kentut busuk ye..
ehehheee

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

HEHE,
siapa yang nak kentut busuk, boleh makan telur banyak banyakkkk. :P

fatinAfifah said... Reply to this comment

haha..makan banyak telur, kentut busuk? :D

Kembang Perawan 3288 said... Reply to this comment

tak kisah lah busuk ke x. janji sedap!!!!

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

fatinAfifah//
a'ah. memang akakn kentut busuk. ekekekekekke, :P



Kembang Perawan 3288//
tau tak pe. kentut tu boleh sorok sorok. HAHA

HonEyBuNNy said... Reply to this comment

hehhehhe..makan banyak telur bau musyuk..hehhe

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

a'ah. memang busuk. nak nak kentut. HAHA. :P

shafiqabdshukor said... Reply to this comment

telur pindang...
semenjak dh berhijrah dari Johor ni dah lama tak makan..

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

sedap kan telur pindag ? hehe, sekarang macam usah je nak cari telur pindang tuu.

#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (20) Tiga (5) Tips dan Informasi (20) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License