Inventing My Own iPad Application for Maxis | Blog BudakFadhilah

15.1.11

Inventing My Own iPad Application for Maxis

Hi semua.

Hari ni terbuka hati, usus, lumpa, perut ni semua nak cuba contest Maxis under Nuffnang neh. Bukan apa, saja saja je. Kalau ada rezeki, adalah ! HEHE

Ok, jum !

Contest ni mahu peserta dia invent apa apa aplikasi yang kita sebagai pengguna mahu ! macam cool siotttttt. HAHA, so, suka hati saya lah kan nak aplikasi macam mana. heh, ini lah yang saya mahu ! jeng, jeng, jeng.

sekarang ni saya penganggur terhormat(berapa kali kau nak bagitahu neh ?) dekat rumah. tak buat apa. rutin harian saya berulang ulang sama. cuma akan jadi lain sikit bila ada kelas memandu atau pergi shopping. HEHE.

salah satu perkara yang wajib ada dalam rutin harian saya neh, ialah MEMASAK makan tengah hari. a'ah weyh, saya masak makan tengah hari untuk abah ok. HAHA, dulu masa time sekolah, siapa je yang ada dekat rumah neh nak masakkan abah makan tengah hari. selalu abah beli dekat kedai je. since, saya dah habis sekolah, tak buat apa, itu lah kerje saya. masak makan tengah hari untuk family(baik tak aku ? HAHA, panggg pelempang)

so, alangkah indahnya dunia saya dan dunia perempuan perempuan lain kalau aplikasi yang saya nak ni wujud. senang kerje, tak payah susah susah nak fikir apa nak masak. meh tengok fungsi aplikasi yang saya inginkan tu.

oh, aplikasi ini saya namakan;
weCook


aplikasi ini akan berfungsi apabila;
  • korang buntu nak masak makanan apa sedangkan dekat dalam peti sejuk rumah korang banyak bahan mentah untuk dimasak. ada sayur lah, ada ayam lah, sotong, ikan, udang, nasi sejuk blablablablaaaa.
  • korang tau apa yang korang nak masak, tapi tak sure pulak apa langkah langkah yang korang perlu buat untuk hasilkan makanan tu dengan sedap dan berjaya. miahahahahahha, (ini selalu terjadi dekat aku)
lecehkan bila korang kene hadap masalah tu. jangan risau dah, weCook akan bantu korang. tu pun kalau aplikasi ni diwujudkan lah. HEHE

ini cara nak gunakan dia. ni yang saya terfikirlah. yang saya nak. heh, ayat apa ni ? duhhh,
  • masa korang dah buntu pasal nak masak masak ni, cepat cepat pergi ambik korang punye iPad. klik je icon weCook. miahahahaha,
  • lepas tu, masukkan nama segala bahan masakan mentah mak nenek yang korang ada. maksud saya, yang korang nak guna la kann.

  • dah masukkan bahan mentah tu semua, korang buat bodoh jap. biar dia proses. HAHA,
  • lepas tu, Ting ! segala mak nenek cara nak masak jenis makan tu akan terpampang dekat skrin iPad korang.

 

  • lepas tu, korang mula lah masak ikut langkah yang ada dekat skrin iPad korang tu.
senangkan ? memang senang laaaaahhh. tak payah pening pening nak fikir banyak. korang cuma perlu tengok bahan mentah apa yang ada, hadap iPad jap, lepas tu pergi masak sendiri. heh, melampaulah kan kalau nak makanan tu terus terhidang depan mata korang. itu dah terlebih pemalas ! kui, kui, kui.

aplikasi ni pasti sangat berguna untuk orang orang bujang yang tak reti masak. HEHE, siapa siapa yang nak berjimat dalam perihal makan seharian pun, aplikasi ini mungkin membantu.

cane ? ok tak aplikasi weCook neh ?

hentam je lah. saje saje je nak try masuk contest tu. muehehehehehehehehe,

so, this is


Maxis contest participant badge

khas untuk Maxis. HEHE

untuk maklumat lebih lanjut lagi, usha link ni. banyak lagi info okeee. Miliki iPad melalui Maxis sekarang.

fine, fine, ini entry budak budak. bye. HAHA

No comments:

#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (20) Tiga (5) Tips dan Informasi (20) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License