Melaka hari ini | Blog BudakFadhilah

26.1.11

Melaka hari ini

muehehehehhe, dah tak reti dah nak letak tajuk apa. well, memang betul pun nak cerita tentang tempat tinggal saya neh. lagi ? lagi tentang Melaka ? tak lahhh, nak cakap, Melaka ni dah hujan tanpa henti dekat 12 jam tau.

phewwww, sejukk je rasa. dah lah tiba tiba saya demam. ni memang tak best. betul betul tak best.

sad girl by johnnyb4
flickr
perasaan jadi orang demam, tinggal rumah sorang sorang, triple sangat tak seronok. air mata meleleh je. biasalah. saya kan sensitif ! kalau bukan sebab penyakit perempuan tu pun, saya boleh jadi sensetif. kalau time penyakit perempuan tu, lebih lebih sensitif lagi lah.

nasib baik hujan ni tak lebat sangat. dia macam renyai renyai nak lebat tapi tak lebat. heh, ayat apa neh. yang penting tak lebat.

semalam, saya jadi budak sihat lagi. bila dah pukul sepuluh malam tu dah mula bersin bersin, selsema, sakit tekak, pening kepala. datang dalam satu pakej tau. ni lah bila budak jarang sakit. bila dapat sakit, terus siap semua ada. ni, tergigil gigil sorang dekat rumah. tapi mampu online lagi. HEHE, kalau pasal ubat jangan sebut lah. nantilah saya cerita kenapa.

oh, alhamdulillah. saya dapat tukar instructor yang baru dan dapat guna kereta yang baru. wehuuuuu, tak payah guna kereta buruk hodoh tu lagi. dengan instructor(cina) baru ni, ok je. kereta pun ok gila. dia pun cakap saya ok je. cuma part bukit, dengan parking je belum pandai sangat. mula mula takut lah jugak. takut dia pun sama bengkeng macam instructor yang dulu. nasib baik tak. saya takut sampai termuntah muntah tau. HAHA, macam nak ambil exam SPM phy. bongek. agaknya dari situ kut tanda tanda tak sihat.

lepas pergi kelas driving, lepak kejap rumah syera. rumah pak long saya. ohh, dia pun penganggur berjaya macam saya. dalam pukul empat macam tu, mama call. suruh siap. masa untuk shoppingggg. 

dekat jusco je. tu kan rumah kedua saya. dua hari sekali saya balik sana. sampai kawan kawan saya yang kerja dekat situ pun dah muak tengok muka saya. HAHA

semalam kan gaji keluar. lama dah tak shopping. pergi terjah johnny's dulu. dah makan makan semua, pergilah usha apa apa yang patut.

darah daging.
tak ada yang menarik. dapatlah sehelai baju, dengan blablablabala. dah tu adik saya pulak meroyan bila nampak kasut yang dia gila gila kan.

layan kan jugakk. yang tak best, promoter dekat situ ! bukan nak kutuk, tapi kau dah lah kerje promoter je. layan lah customer baik baik sikit. bila mintak saiz lain, muka macam taik. siap jeling jeling saya dengan adik adik. banyak cantik muka kau. eleh, budak baru kerje. budak sekolah saya dulu. ingat tak kenal ke.

saya pun boleh tumpang pakai. HEHE
lepas tu, agaknya malas nak cari saiz lain untuk kasut tu, terus cakap saiz yang tu je ada. adik saya tak puas hatilah. kan dia dah meroyan. HAHA, dia paksa lagi cari. kali ni pergi dekat promoter lain. last last, banyak lagi weyh saiz kaki adik saya untuk kasut tu. dasar pemalas ! lepas tu nak jeling jeling customer. heh,

lepas tu nak bayar lah kan kasut tu. tau tak apa promoter yang jeling jeling kiteorang tu cakap, 'akak, kasut ni tak ada less tau !', dengan nada tinggi pulak tu. mama pun macam tergamam. sempat angguk je. HELLO ! ingat kiteorang tak mampu bayar ke kalau tak ada diskaun.(ni bukan kes bongkak ye. HEHE) ommmjayyy. ada jugak orang macam tu. tak paham saya !

orang bukan nya bodoh tak tau barang yang kita nak beli tu ada diskaun ke tak. adesssss, macam macam hal lah. tu yang saya menyirap dengan setengah setengah promoter.

google
kalau nak kerje buat cara kerja. layan customer baik baik. jangan pandang orang macam orang tak ada duit. macam orang tu miskin sangat tak mampu beli. banyak kali dah saya cerita pasal sales girl ni. macam macam perangai. rimas doe.

heh, penat lah pulak menaip. terlebih membebel. ada ke orang nak baca neh. tak kisah lah.

tengok, MELAKA TAK BERHENTI HUJAN LAGI !

10 comments:

beeha ben said... Reply to this comment

Sembonia dekat MP ye dik? yang mne tu...hihi

shahjiehan said... Reply to this comment

SJ pon suka kasut jugak! tp kasut pmpn x ske laa~

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

beeha ben//
Sembonia dekat jusco ayer keroh je. :P



shahjiehan//
ahahahahhaha, memang lahhh. :P

misz beauty said... Reply to this comment

next time if ade SA buat cam gitu terus panggil diorg nye supervisor... biar dier kene buang keje teros... dari org lain pun kene bende sama... ish ish... klu sis yg kat situ memang da kene setempek dah...

neway dear thanx BW @ sis nye blog =)

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

ahahahhaha, tak sampai hati nak buat macam tu lagi sebab dia budak baru. :P


ohh, sesama sis. blogwalking secara random. HEHE,

pingu_kecik said... Reply to this comment

haish2..
ade pulak jeling2 customers..
mcm2..die kne engat, customer always right..hehe..

*btw, kasut tuu mmg smart lah!^^

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

tau tak pe. mana blh layan customer macam tu. heeeee, :D


thanks :)

Armiza said... Reply to this comment

melaka memng sejuk benau semenjak dua menjak ni...ujan memanjang...^_^

cik fara @ fanadz said... Reply to this comment

aishh..ade gak promoter camtuh..nape la nak belagak2 nih.huhu.

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

Armiza//
a'ah. mungkin dah datang musim hujan balik agaknya. HEHE



cik fara @ fanadz//
entah. pelik. tak memasal je. =.='

#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (20) Tiga (5) Tips dan Informasi (20) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License