29.5.11

Trying

Apa yang aku boleh buat, ialah terus mencuba dan terus bertahan.

Mencuba.

Bertahan.

Blog ini dah tak macam dulu lagi. maaf.

27.5.11

Pengakuan

yang ada dekat sini sekarang, bukan diri aku. semuanya fake je. aku tak larat nak bergelak ketawa sedangkan hati aku tak ada pun dekat sini. aku tak larat nak senyum lebih lebih macam dulu.

sekarang aku jadi pendiam. makan sekali sehari pun belum tentu. ingat aku nak ke jadi macam ni?

tapi memang hati aku tak ada dekat sini.

26.5.11

Kejutan

I need MAMA.

dah seminggu aku tak pelok mama.

dah seminggu aku tak ciom mama.

dah semingggu aku tak tengok muka mama.

dah seminggu aku tak kena marah dengan mama.

dah seminggu aku tak makan masakan mama.

dah seminggu aku tak tidur dengan mama.

dah seminggu aku tak naik kereta dengan mama.

dah seminggu aku tak gelak dengan mama.

dah seminggu aku tak ciom mama.

dah seminggu aku tak pelok mama.

dah seminggu aku tak ciom mama.

dah seminggu aku tak pelok mama.

dah seminggu aku tak ciom mama.

dah seminggu aku tak pelok mama.

aku nak sangat pelok ciom mama. bau wangi mama.

i need mama so much.

24.5.11

Aku pun tak tau.

seriously aku pun tak tahu kenapa.

tau tak betapa terseksanya minggu orientasi.

tau tak betapa aku menangis nak balik. peduli apa aku orang nak kata apa.

tau tak betapa aku nak balik.

tau tak aku rindu rumah.

tau tak betapa susah aku dekat sini nak biasakan diri.

tau tak betapa aku rasa kosong.

tau tak ?

tak, korang tak tau.

19.5.11

Tak boleh patah balik.

salam.


bila entry ni di publish, saya mungkin dalam perjalanan ke Tronoh, Perak.  T____T

tak tau lah nak excited atau sedih ke apa. tak faham perasaan sendiri.  T_____T

saat entri ni di taip, memang perasaan tengah kacau bilau lagi. air mata jangan cakap lah kan. daripada tiga empat hari lepas kut senang je nak mengalir. heh, cengeng.  T_____T

kalau nak cerita lebih lebih apa yang saya rasa pun, memang tak ah kannn. terlalu panjang dan banyak nak diceritakan. ni lah perasaan orang yang tak pernah .................. *mengada ngada*

apa apa pun, ni semua pengalaman baru. semua orang akan laluinya. bukan saya sorang je kan(nak sedapkan hati).

doakan yang terbaik untuk saya  :')

16.5.11

Walaupun,


#deardiary

kedengaran bodoh,

walaupun hati ni tak tahu betul atau tak dengan keputusan ni, persedian perlu juga buat. nak tak nak kan aku kena pergi juga.

tau tak, kerana ni semua aku boleh demam, sakit kepala semua. heh,

tau tak, kerana ni semua kawan kawan aku ada yang demam juga. heh,

bila masa masa semua nak berpisah teruskan perjalanan masing masing, boleh pulak kan ada yang buat hal. tolonglah faham keadaan orang lain jugak. susah lah kalau macam ni. tu ke namanya kawan kalau tak boleh faham keadaan kawan sendiri.

mak bapak aku tak sama macam mak bapak korang.

nak hang out pun boleh jadi masalah. boleh ada salah faham. boleh nak sindir sindir. dengan aku kau keluarkan lah sindir sindir kau tu. dengan aku kau bagi lah aku kata kata pedas kau tu. sebab kau tau kan aku tak kan melawan. sebab aku nak berpisah dengan korang dengan hati yang senang. tapi sekarang jadi macam ni.

kalau dengan dia, memang mati lah kan kau kena sembur balik. tapi tak dengan aku, mungkin. bukan nak bajet angel atau apa, tapi memang aku malas nak sembur sembur ni. andd, haah. betul lah tu. aku takut. *bodoh

masalah aku, semua benda nak masuk kepala hotak. perkara remeh pun boleh sesakkan kepala aku tau. tu lah kelemahan aku. mama selalu marah bila perkara yang sepatutnya aku tak payah ambil pusing, tapi aku sibuk sibuk nak fikir. ish,

alah, apa nak jadi pun, jadi lah kan. kita rempuh je.

mulut kata lain, hati kata lain.

15.5.11

Mungkin dah kuttt.











Tak okay. Entah.

10.5.11

Aku dah kata dah, confirm.


dah kata dah, sekarang ni berubah fikiran lagi. nak hantar aku pergi Machang pulak. Machang. tau tak Machang. dari Melaka ke Machang.

for me, yang tak pernah duduk jauh, anak manja, memang aku seriau lah kan nak kena pergi Machang tu. tapi kalau tu dah tempat aku, aku kena jugak lah pergi. aku pun pening dengan abah sebenarnya. pening dengan pilihan aku sendiri. aku pening tau tak.

kerana nak buat pilihan ni je aku moody dah berapa hari. kerana nak buat pilihan ni je,  aku dah menangis beberapa kali. aku stress tau macam ni.

dapat offer banyak susah, tak dapat offer pun susah.

kejap dah bulatkan hati nak hantar aku pergi UTP, sebab abah kata mampu nak tanggung lagi, pasal duit tak payah risau. cuma aku kena belajar je.

dah buat istikharah, aku boleh lupa aku mimpi apa. tapi aku ingat, aku ada mimpi. serius. itu yang aku tak faham.

bangun pagi tadi, tiba tiba abah call. dia jumpa kawan dia yang study dekat UK, sekarang kerja dekat Singapura, ceritakan pasal nak sambung belajar ni semua. bila kawan dia dah kata, kenapa tak ambil je diploma statistik tu, abah dah goyah balik. kawan dia kata statistik course dia luas lah, bagus la, balblablablabal. mana tak menangis aku. tapi tak kan nak bagi abah dengar aku nangis kan.

nasib baik bila aku call Jafina, dia free. pergi jumpa dia kejap. fikir punya fikir, sampai sekarang tak jumpa jalan penyelesaian. susah sangat !

tau tak, aku hanya mampu jawab TAK TAHU TAK TAHU je buat masa sekarang.

sebab, aku rasa tiga tiga offer tu aku boleh go. cuma Machang tu terlalu jauh bagi aku. lain lah kalau kena pergi luar negara. tu dah lain cerita.

entah lah.

sekarang ni aku tengah serabot.

9.5.11

Perlukan kekuatan sahaja.


salam semua.

akhirnya, dah buat keputusan mana saya patut pergi. pergi UTP kut. tak tau lah kalau tiba tiba hati ni berubah malam nanti pulak kan. siapa tahu kannnn kuasa ALLAH  :')


memang emo habis dua tiga hari ni bila nak kena buat keputusan. kejap matriks, kejap UTP, kejap UITM. memang runsing sampai tak lalu nak makan, tak boleh tidur. ish, dah macam orang sewel pun ada.

nak buat entri Hari Mama(hehe) dengan birthday mama sabtu lepas pun tak ada nafsu. malas. hadap saham dekat Empire Avenue tu je. eh, best tau saham saham mende ni semua. awak pun jom lah join main saham ni. ekekekeke,

saya punya emosi nak buat pilihan tu, boleh menangis tak memasal tau. orang lain salah cakap sikit je dengan saya, air mata dah meleleh. bengong. seharian macam tu. pagi tadi lagi lah emosi bila bangun tidur je orang lain tak ada dekat rumah. tak boleh jadi ni. ada yang melalak lagi nanti. terus call kawan ajak keluar. nasib baik boleh. mekaseh JAFINA  :')

pasal yuran semua, alhamdulillah abah masih boleh tanggung. sekarang abah cuma kata, belajar betul betul dekat sana. tu je.

korang jangan lupa doakan saya. walaupun saya tak kenal korang, saya sentiasa doakan yang terbaik untuk pembaca blog www.nufaa.com ni. hihi 
(ni bajet angel ke hape ni)  =.='

hati ni, bila bila masa je boleh berubah. perlukan kekuatan sahaja.

7.5.11

Abang, kakak, tolong saya.

salam.


klik untuk tumbesaran.

bersyukur sangat sangat bila saya diberi peluang untuk buat pilihan yang saya rasa banyak ni. T_____T

yang tak dapat mana mana tu, mungkin awak tak ada rezeki. tapi percayalah. rezeki ada dekat mana mana sahaja. dan masa tu cuma belum tiba sahaja. bersabar. mungkin Allah dah merancang yang lebih baik untuk awak.

macam saya, saya tak ada rezeki untuk ke UIA. memang terkedu kejap lah kan bila tengok keputusan UPU. sebab saya memang nak sangat pergi UIA. tapi tu lah kan, tak ada rezeki. mungkin pemilihan ke UIA  lebih menekankan subjek arab yang dah semestinya saya tak ambil   =.='

diploma statistik yang ditawarkan pada saya ni ialah pilihan keTUJUH. ye, yang keTUJUH. ok lah kan. saya dah dapat terima. lepas hampir berbelas jam dapat tau saya dapat tawaran untuk diploma statistik, baru dia keluarkan petempatan uitm mana. lagi lah saya terkesima kejap. terus tak tercakap apa apa tauuu. serius !


kan nak semak petempatan ni tengah tengah malam baru boleh semak. bila tengok dapat machang terus cam, perghhhh. KELANTAN. err, tapi makanan dekat kelantan sedap sedap  =.='

terus tak boleh tidur. bergayut on the phone sampai tiga pagi. tu pun terputus sebab bateri kong, kalau tak memang tak tidur lah kan..

bangun pagi, tengok ada mesej dari UTP. terus buka website dia. alhamdulillah. dapat. kos BIS. pilihan pertama chemical engineering. tapi tak dapat. errrr, yang kos sistem maklumat perniagaan ni pilihan kedua.

setakat ni bila tanya pendapat orang terdekat, semua kata pergi UITM je. ish, serius saya dalam dilema sekarang.

pendapat korang macam mana pulak ? nak jugak dengar pandangan dari orang luar.

andd, saya masih samar samar dengan kos statistik ni. business information system juga. ada sesiapa yang baik hati nak terangkan sikit tentang ni semua ? or, share pengalaman keee ?

err, tak ada ? mekaseh. teheeeee,  =.='

bye.

oh, sebelum tu, saya tak kisah pun sebenarnya nak kena pergi mana mana. ketiga tiga pilihan tu insyaALLAH saya boleh bawa. cuma saya perlu pilih yang terbaik je untuk masa depan saya. so, apa kata awak ? hihi

6.5.11

Aishiteru Cinta Melody

setahu saya Aishiteru tu maknanya I LOVE YOU. tapi kenapa yang video dari youtube ni dia tulis maksud Aishiteru ialah menunggu ? errr, saya pun tak faham. tak pe tak pe. pedulikan. hihi

macam biasa, saya suka kan layan sinetron sonetron ni sampai jadi emosi. ni sinetron terbaru lepas Kejora dan Bintang. memang tak puas hati ah episod akhir Kejora dan Bintang tu. emosi habis. haha

sekarang, usha sinetron Cinta Melody lah pulak. sebab utama nak tengok sinetron ni ialah, Randy Pangalila. nak tengok dia berlakon je. tapi tengok episod pertama je saya dah emosi. eh, hampir semua sinetron yang saya tengok sebenarnya memang meng-emosikan lah   =.='

oh, ni OST Cinta Melody disertakan dengan lirik sekali;



Aishiteru - Zivilia
Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
Saat ku harus bersabar dan trus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu
Entah sampai kapan aku harus menunggu

Sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
Kadang kuberpikir cari penggantimu
Saat kau jauh disana

[*]
Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a a a aku

[**]
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan a a ai aishiteru

Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
Entah penantianku takkan sia-sia
Dan berikan satu jawaban pasti
Entah sampai kapan aku harus bertahan

Saat kau jauh disana rasa cemburu
Merasuk kedalam pikiranku melayang
Tak tentu arah tentang dirimu
Apakah sama yang kau rasakan

Back to [*][**]

Satu sendiri pikiran melayang terbang
Perasaan resah gelisah
Jalani kenyataan hidup tanpa gairah
Owu..wo..o..

Lupakan segala obsesi dan ambisimu
Akhiri semuanya cukup sampai disini
Dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
Kumohon kau kembali

Kimita tuokukitemo
Kiminoi shuaguaratala
Shiniteruyo shiniteruyo

Back to [*][**]

Wo wo wo..
Wo wo wo..a a ai aishiteru


- sumber

first time dengar dah rasa macam jatuh hati dengan lagu ni. boleh pulak kaaan. hihi

koleksi lagu lagu lain yang tak berapa nak banyak yang saya suka yang saya boleh ingat ada di sini. heh,

bye.

5.5.11

Sistem berantai.

salam.


cuba perhatikan rantaian di bawah ;

saya = aku = i = me =... (dah tak tau lagi)

rantaian di atas semuanya akan memberi makna yang sama pada akhirnya. dari sekarang, saya akan menggunakan mana mana perkataan di atas sebagai kata ganti nama diri bila menghasilkan apa apa entri. mungkin berlandaskan mood saya ketika menghasilkan entri itu. mungkin.

mungkin juga dalam satu entri akan ada kesemua perkataan yang berantai tu. heh, berkecamuk hape kepala hotak kau ?  =.='

entri #deardiary memang akan ada je. kalau datang mood nak buat entri macam tu, saya buat ah. macam tak ada kene mengena je.

sebenarnya, saya pun tak tau apa motif buat entri ni. hati masih berasa tak tenang lagi.

lebih lebih lagi, esok keputusan UPU tu akan keluar.

doakan saya. bye.

4.5.11

Cara tenangkan hati.


bila hati rasa tak tenang, rasa tak selesa, mood sengal sengal ubi, rasa nak marah je, rasa nak melalak secara tiba tiba, rasa tak sedap hati, rasa nak ketawa dan menangis secara serentak,

saya akan layan ;
TUMBLR
menurut Mr. K juga, tumblr adalah salah satu tempat untuk mendapatkan semangat. betul weyh. saya mula ber-tumblr sejak akhir tahun 2009. tapi mula aktif lepas habis SPM hari tu.
memang kalau rasa nak kata kata semangat atau nak tenangkan hati, saya akan buka tumblr. kadang kadang tak memasal juga boleh gelak sorang sorang bila tengok gif atau quote yang ada dekat situ. dekat tumblr juga dapat cuci cuci mata tengok gambar yang dapat menenangkan jiwa. heh

TWITTER
twitter merupakan medium yang terpantas bagi saya. baca timeline twitter boleh buat saya hilang stress tauuu. macam macam berita ada. ekekeke, kekadang ada yang tweet benda benda yang kelakar, sedih, blablablabla. dekat twitter saya boleh rasa macam macam perasaan bila baca tweet orang lain.

andd kekadang dekat twitter tu kita boleh kenal seseorang tu macam mana. saya rasa saya belum menjadi #tahitwitter lagi. sebab kalau terlampau melayan perasaan, timeline twitter pun saya malas nak usha.

bila dah syok layan perasaan dekat tumblr dan twitter, mulalah blog ter-abai. kesian www.nufaa.com neh. hihi, ada je entri yang jadi draft tu haaa, tapi idea boleh pulak mati tengah jalan. so, biarkan je lah. errr,


ok lah, ada lagi tak cara lain untuk tenangkan hati yang tengah (tak tau nak gambarkan macam mana) ni ?
kalau ada, meh lah share dengan saya.

errrr, kalau tak nak share dengan saya, tak apa lah  -.-'

bye.

gambar - tumblr

3.5.11

Fikirkan lagi la.



- rezeki semuanya terletak di tangan ALLAH.

- sebagai hambaNya, kita perlu terima dan tempuhinya.

- kita ada otak, kita buat sendiri pilihan yang terbaik untuk diri sendiri.

- tapi, macam mana kita nak tahu pilihan kita tu ialah pilihan yang terbaik ?

- dilema.

1.5.11

1 Mei.


SELAMAT HARI PEKERJA

saya tak bekerja, jadi saya tak ada perasaan bila tiba hari pekerja. hihi
yang bekerja, apa perasaan anda ?
saya tak suka nak ucap dengan 'selamat hari buruh'.
HARI PEKERJA dengar dan baca lagi sedap. kan. kan. kan.
#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (19) Tiga (5) Tips dan Informasi (19) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License