Semuanya duit. | Blog BudakFadhilah

17.8.11

Semuanya duit.

Salam Nuzul Al-Quran semua.

cuti. aaaa, bestnya dapat cuti walaupun sehari. dapat top up tidur. dapat uruskan diri dan bilik sekejap. makin nak final exam, habis semester ni, makin huru hara rasa hidup ni. makin tekanan. sampai kadang kadang saya rasa penat sangat. dah tak larat nak hidup. hiperbola je  :O

berbalik kepada tajuk entri ni. semuanya duit. sekarang ni semua nak kena guna duit. hewhewhew

bulan lepas saya dapatlaa tengok keluar masuk duit saya sepanjang bulan tu sebab terlalu rajin meng-rekod perbelanjaan harian. hujung bulan total kan semua sekali. woahhhh, 'sikitnya aku belanja'. bagus bagus bagus. tak lebih daripada duit bulanan. baki memang banyak. kalau sepanjang tahun buat macam ni, boleh kumpul riban riban lah jugak. woahhhh $$$$$

Money by lalunablanca
#flickr

sebenarnya, duduk sini, mula mula je rasa macam guna duit banyak. dah sebulan, masuk dua bulan, tak ada la banyak sangat pun. biasa biasa je. apa je yang boleh beli. duit makan hari hari je lah.

duduk Tronoh ni tak ada apa pun. nak keluar berjimba pun jauhhh. sebab tu rasa macam tak banyak berbelanja. belanja saya habis dekat makanan je. hihi. malas nak sekat sekat apa yang tekak ni nak. mama pun ada pesan, kalau teringin nak makan apa apa, beli je. jangan di-larang larang. hehe. tapi ada yang saya tak dapat masa bulan puasa ni, McD. punya lah susah nak jumpa. adeiii, tak apa. balik Melaka nanti tiap tiap hari boleh jumpa McD.

bila duduk jauh dengan parents, memang saya jaga lah jugak keluar masuk duit ni. mana yang rasa macam bangang je kalau beli, memang tak beli lah kan. rasa tak perlu keluar pergi berjimba, terperam je lah dekat hostel ni. nanti kalau dah ter-overspent, diri sendiri yang susah. mula lah makan maggi jeee, mulalah makan roti jeee. ishhh

Worry Worry Worry by Eleven :) ~Left to Mexico
#flickr

hampir dua bulan setengah duduk dekat sini, baru dua kali kot pergi Ipoh. tak ingat. tapi memang tak lebih daripada lima kali. lantak lah kalau ada kawan fikir saya tak sporting keee, membosankan kee, peduli hape aku ! haha. nanti bila aku dah tak ada duit, terlebih belanja, kau ke yang nak bagi aku duit. aku tak nak berhutang hutang dengan orang ni. eh, ter-emosi lah pulak  -.-

serius. memang nak elak kan hutang hutang ni. kalau ye pun ada, terpaksa sangat kalau terdesak, memang akan cuba bayar balik secepat mungkin. tak malu ke muka tu kalau dah berhutang dengan kawan sendiri lepas tu nak kena hadap muka kawan tu hari hari ? huishh, kalau saya, serius malu.

tau tak betapa terseksa diri ni bila kena terima hakikat dah tak boleh belanja macam dulu dulu waktu sekolah lagi ? haha. melebih lah pulak. tapi memang wehhh. dulu duduk melaka, dua hari sekali jejak shopping mall. kalau tak membeli, mem-makan je dekat situ  -.-  sekarang ni, mana ada lagi. dah ah kalau nak keluar pun jauh. dah ah dah tak de abah dengan mama dekat sebelah. kalau dulu, pandang je sebelah, tersengih sengih sikit dekat mama abah, pujuk sikit sikit, mesti dapat. tapi tak semua pun yang dapat. sikit je  -.-'

ini merupakan salah satu sebab aku stress. terperap dekat satu tempat tak boleh keluar sana sini. eleh,

konklusinya, kalau nak berjimat, tak payah lah HU-HA HU-HA sangat. duduk je diam diam, study dekat hostel tu. tak payah nak kejap kejap keluar, kejap kejap keluar. tapi sekali sekala tu, pergilah keluar jugak. nak release tension lepas exam ke. kalau tak nanti, jadi macam orang sewel pulak.

patutnya hari ni wordless wednesday kan ? eh,

bye.

No comments:

#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (19) Tiga (5) Tips dan Informasi (19) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License