Hanya imaginasi. | Blog BudakFadhilah

26.8.11

Hanya imaginasi.

salam Ramadhan ke-26 semua  :)

tetiba terasa nak menaip panjang dan tetiba terdapat tajuk ni dalam kepala hotak. saya ni kekadang suka berimaginasi yang entah apa apa. hihi, biasanya imaginasi yang entah apa apa tu muncul bila nak lelapkan mata tengah tengah malam. tu yang landing atas katil pukul 12, tapi betul betul tidur tu mungkin dalam pukul 2 atau mungkin lebih lambat lagi. tak pasti.

imaginasi pertama, bila tidur atas katil sorang sorang, mesti terbayang yang akan ada 'benda' nak tarik dari bawah katil. ewwww, takut tauuu. rasa 'benda' tu menjalar jalar. bila tidur, saya akan make sure yang kaki atau tangan tak terjulur ke bawah. semua mesti ada atas katil. sebab tu kalau tidur, katil saya akan berbenteng. hehe, tidur dengan tujuh bantal :O



imaginasi kedua, bila mandi, mesti takut tengok atas. sebab nanti takut ter-tengok benda benda pelik. eh, ni semua pengaruh cerita cerita yang seram ah ni. kan mende alah tu semua nak serang dari atas je. tak pun dari bawah pintu. tapi kalau pergi toilet awam, mesti nak tengok atas siling dia semua. sebab nak pastikan selamat ah. ngeh ngeh ngeh. mana tau ada benda yang pelik pelik ke nanti. kalau ada, kan jadi masalah nanti. lebih baik check je dulu. hihi

imaginasi ketiga, kalau driving, mesti terbayang yang dekat belakang ada orang follow secara dekat. padahal tak ada pun kereta dekat belakang. heh, bila dah terasa macam ada kereta dekat belakang, mula lah gelabah macam hape, ter-drive laju macam hape. lepas tu mesti kena marah dengan mama atau abah, setakat ni, sejak dapat lesen bulan 3 yang lepas, tak pernah lagi drive sorang sorang. mesti ada mama atau abah dekat sebelah. ish, bila tah agaknya nak berani drive sorang sorang. kalau ginilah situasinya, memang tinggal harapan je ah nak tunggu abah bagi kebenaran bawak kereta pergi UTP  -.-

Cars 1 by Vicente Piorno

imaginasi seterusnya, macam mana kalau tak ada hari esok ? ..... speechless.

gaaaaaah, bila baca balik apa yang dah ditaip, kenapa imaginasi imaginasi saya ni semua macam benda benda yang tak patut diimaginasikan. heh, malas ah nak bakspace bagai semua. teruskan je ah menaip.

menyampah betul bila tiba saat terlupa segala apa yang sepatutnya nak ditaip. ishhhh, menyampah !!  -.-

disebabkan saat tu dah tiba, berhenti dekat sini je ah pasal imaginasi yang entah apa apa tu. alah, nama pun imaginasi budak budak. zzzzzzzzzzzz

yay yay yay, nak balik Melaka lepas solat Jumaat nanti. rindunya rumah, rindunya Melaka. lepas ni dapat berbuka dan bersahur dengan mama abah adik adik. yay yay yay. k, sebenarnya saya selalu bayangkan yang saya sentiasa ada dekat rumah. sampai kadang kadang tetiba je boleh terpanggil nama adik atau mama atau abah. lepas tu baru sedar yang saya ni dekat Tronoh, dorang ada dekat Melaka. sedihnyaaaa  T____T

ish, naik je cuti raya ni, terus final. woahhh, tak sangka dah nak habis semester satu ! :O

eh, hal ni nanti cerita dekat entry lain ah. eh, apa motif entry ni sebenarnyaaa ?  -.-

apa apa pun,
Selamat Bercuti semuaaa  :)

2 comments:

Izzaty Ishak said... Reply to this comment

Waaaah berimaginasi sunggun ye. Tapi kes dalam bilik air tu sama la macam zaty. Keh keh kantoi :O

Oh selamat bercuti ;)

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

hehe, kan kan kan. takutttt.

selamat bercuti juga :D

#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (19) Tiga (5) Tips dan Informasi (19) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License