Terharu bila diharukan. | Blog BudakFadhilah

17.7.11

Terharu bila diharukan.

heyya. saya secara sah telah berumur 18 tahun. kih kih kih.

YAY ! boleh tengok movie dekat wayang yang umur 18tahun ke atas je boleh masuk  :B

ni cerita dua hari lepas. tapi tak pe ah. nak cerita gak.

ok. sebenarnya ni first time celebrate birthday tanpa mama abah and adik adik. serius malam sebelum 15.7 emo gila gila. rasa nak melalak je. rasa nak lari balik Melaka. tapi, heh. gila kau sebab birthday je nak lari balik Melaka.

aaaa, perasaan emo tu tak layan sangat. buat tak tau je. nak tenangkan hati, pukul sebelas setengah dah masuk tidur. layan perasaan bagai semua. terus macam tertidur. MACAM je. sebenarnya belum lagi. baru nak masuk fasa satu dalam tidur tu. dah nak tidur tu kira ok lah kan.

tengok jam, eh, dah pukul 12pagi tarikh 15.7. HAPPY BIRTHDAY TO ME  :')  serius memang rasa macam bengong sikit time tu. apa nak buat lagi kan. try lagi tidur. eh, sebenarnya tak boleh tidur pun. lepas je tepat pukul 12malam tu, mesej berderet deret masuk  :')  aaaa, termenangis lagi. ada jugak orang ingat kat aku ni.

mama punya wish buat saya gelak. haha

lepas mesej mesej tu macam dah reda sikit, try tidur lagi. masa tu dah pukul 2lebih pagi kot. tak perasan. dengar macam ada orang ketuk pintu bilik. biarkan je ah. perasaan je tu. sekali nampak room mate bukak pintu. biarkan je ah. tekup muka dengan bantal ! haha, tetiba ada orang bukak lampu meja study bilik saya. eh,


amik kau, kawan kawan saya buat surprise lah ! memang macam eh ! betul ke ni ?! ada dalam 8 orang masa tu kat bilik saya  :'D  dorang nyanyi lagu birthday sambil bawak kek. bila masa tah dorang pergi beli agaknya. saya pun tak tau. masa tu memang malu gila sebab muka orang nak tidur. dengan rambut serabai, dengan baju tidur nya. habis laaaa, muka kaki rambut semua kena krim kek.

lepas dah nyanyi bagai tu, apa lagi, gambar lah kan. hihi, tapi gambar gambar tu semua private. sebab masing masing berpakaian tidur. mana boleh nak tempek dekat sini  :P  tidur pun lewat pagi lah jawab nya. hari jumaat 15.7 tu kelas pukul 8 pagi. nasib baik dapat bangun pergi kelas. pergi dengan syira. kawan yang lain tu, ehem ehem, boleh pulak tak pergi kelas. korang niiiiiii !! haha


apa apa pun, thanks kawan kawan. thanks, syira, pipa, shaza, anis, jaja, iylia, etty, kak iza. first time tu semua. nasib baik tak ada baling baling telur atau tepung. kalau takkk, habis laaa. hihi, hmmm. ni rupanya rasa bila duduk hostel.


tak banyak yang saya harapkan bila umur 18 tahun ni. wish cuma boleh jadi kuat hadapi fasa hidup baru. hidup jauh dari mama abah adik adik rumah dan kawan baik. wish cuma boleh buat yang terbaik dalam university life ni. wish cuma tak akan kecewakan mama abah. dan blablablabal...

rasa macam sakit sikit bila tak dapat celebrate umur 18tahun dengan kawan baik dengan family. teringat masa sekolah dulu. tapi semuanya jadi ok bila ada kawan kawan dekat sini. kawan kawan yang insyaALLAH akan jadi kawan selamanya  :')

haaa, thanks juga pada sesiapa yang wish  :)


-ada orang tu tak tau lah dia buat buat lupa atau memang terlupa. tapi peduli apa kan. lantak awak lah. hihi

6 comments:

iz said... Reply to this comment

cam best je kek tuh??hehe

Ahmad Zaki said... Reply to this comment

Assalamualaikum...

Selamat ulang tahun kelahiran yang ke 18 tahun...

Semoga mendapat keberkatan dan kesenangan di dunia serta akhirat sepanjang umur hidupmu itu...


Yang benar,

Pengendali Melaka Blogger

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

iz//
memang best pun. hihi

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

Ahmad Zaki//
thanksss. aminnn :B

Walk The Talk said... Reply to this comment

Eh, baru 18 tahun? Anyways, happy belated 18th birthday ^_^ Rupanya i lagi tua dari u :D

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

hihi. thanks :B

#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (19) Tiga (5) Tips dan Informasi (19) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License