10 perkara yang awak pun #benci | Blog BudakFadhilah

30.7.11

10 perkara yang awak pun #benci

salam semua.

 
#tumblr

banyak sebenarnya yang terbuku dekat hati ni. tapi malas ah nak bebel sangat dekat sini. aku bukan orang popular yang semua orang nak ambil tau. hihi  :B    

so, mari kita terus ke point yang sebenar.

#1. bila barang kita kena usik. // bila tuan bilik tak ada dekat bilik, tak payah ah nak selongkar ke atau nak usik barang tuan bilik tu. dah tau dia tak ada, blah je ah. kau suka tak kalau orang usik barang barang kau ? mesti tak kan. tak kisah cemana penting pun urusan awak tu, tunggu je aa tuan bilik tu balik. tak pun call atau mesej minta kebenaran. susah ? kalau susah, pergi cari orang lain.

#2. bila kebaikan kita dipergunakan. // kita niat nak tolong orang. tapi orang yang kita tolong tu, wah kemain naik tocang. macam mana tu ? nak tolong jugak ke ? kalau tak tolong nanti kesian pulak. heh, oleh itu, selalu selalu lah bayangkan dekat diri awak, apa yang awak akan rasa bila orang buat awak, macam awak buat orang lain. eh, ayat putau belit.

#3. tidur terganggu. // ini serius saya tak boleh blah. and, yang pasti korang semua pun tak suka kan. bila tidur tak best, tak cukup, terganggu, mood esok hari tu pun totally akan jadi tak baik. saya amat mementingkan kualiti tidur. heh. sejak dulu lagi, walau macam mana sibuk pun saya memang akan make sure cukup tidur. tapi sekarang tak. dah lain. dah tak sama. aaah, kena terima kenyataan.

 
#tumblr

#4. lain yang dirancang, lain pulak yang jadi. // fine ah. kita hanya merancang. ALLAH yang menentukan. tapi, kalau dah orang lain punya pasal rancangan kita jadi lain, macam mana pulak tu ? pasal orang tu punya hal, tak pasal pasal masa kita yang kita dah rancang jadi lain. bila dah macam tu semua jadi haru biru. aaaa, ni tak nak cerita banyak. tapi betul lah tu, kita hanya mampu merancang  :(

#5. orang yang TERLALU TERLEBIH TERSANGAT urghh sensitif. // susah aaa kalau sensitif sangat. sikit sikit nak merajuk. tak boleh salah cakap sikit. lepas tu merajuk. rasa macam nak lempang je. aku ingat aku ni yang terlebih sensitif. sekali aku jumpa orang yang lagi sensitif daripada aku weh. ambik kau ! eleh, sebenarnya bukan sensitip apa pun. mengada ngada je tu kot. nak perhatian. agaknya laaaa.

#6. bila kena tunggu makanan yang kita order dalam jangka masa yang tak munasabah. // heh, ni lagi hangin. dah la kebulor. apa lah sangat nasi goreng tak sedap tu. 10 minit dah boleh siap patutnya. saya tunggu hampir 45 minit tau hanya untuk nasi goreng paprik. errr, dah lupa sebenarnya berapa lama. bila pergi tanya, 'jap eh dik. belum buat lagi.' kepala hotak awak. orang yang order lambat daripada saya dah dapat, macam mana saya punya boleh belum masak pulak. heh. pastu saya pergi buat order lagi. pastu saya blah. padan muka ! dah banyak kali kena macam ni. tapi nak buat macam mana. dah tak ada pilihan lain.

#7. bila makanan macam daging atau cili terselit dekat celah gigi. // arghhh. stress. haha. biasanya lepas lunch lah kan. lepas makan nanti mesti terasa tak selesa dalam mulut. dah sah ah tu ada benda terselit dekat celah gigi. kena laa cover mulut bila nak cakap atau gelak. cepat cepat pergi toilet buat apa yang patut. hihi  :B  baru faham kenapa adik saya bawa berus gigi dan ubat gigi dia pegi mana jee. 

#8. bila diri kita tak ada kekuatan nak bagi tau kat kawan kita yang kita tak senang dengan perlakuan dia. // susah wehhhhh. nanti kalau silap cara boleh bergaduh. tu yang bagi kias kiasan je. kalau tak fahm, tak apa lah. biarkan je. simpan dalam hati je. tapi, kekadang saya pun tak perasan jugak kalau saya ada buat salah. awal awal nak bagi pesan dekat kawan, kalau tak puas hati dengan aku, cakap je dengan aku personally. kalau salah aku, aku minta maaf  :)

 
#tumblr

#9. bila kena sharing benda benda yang private. // aaaah, tak reti lah nak terangkan cemana. benda benda private ni benda benda yang sensitif nak diperkatakan. faham faham sendiri je ah ye. kalau rasa perkara tu private pada awak, awak pun kena fikir pada orang lain jugak. ish, susah nak terangkan laaa. susah. yang penting, saya tak suka share 'barang' peribadi saya dengan orang lain. eh, ada ke orang yang suka ? tak kot  -.-

#10. bila dah tak tahu nak update blog pasal apa lagi. heh, selalu terjadi pada pemilik www.nufaa.com ni.

eh, ter-panjang pulak membebel  =.='

tengah hari tadi dapat berita ayah kawan saya meninggal. meninggal pagi jumaat. tersentap kejap. rasa sedih sangat. dia dah la rapat dengan arwah ayah dia tu. lagi berapa hari dah nak masuk Ramadhan. hmmm. Hairul, semoga kau tabah. kena ingat, dari DIA kita datang dan kepada DIA kita kembali. AL-FATIHAH.

teringat arwah nenek yang yang dijemput ALLAH pada satu Ramadan yang lalu. hampir setahun dah rupanya. cepat nya masa berlalu.

2 comments:

Mr N said... Reply to this comment

I have my "Pantang" list as well.. XD

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

haha. semua orang pun ada kot :B

#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (19) Tiga (5) Tips dan Informasi (19) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License