Fundamental Of Programming 1 | Blog BudakFadhilah

16.1.12

Fundamental Of Programming 1

assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

ehem ehem ehem. kenapa tah tiba tiba rajin nak print screen bagai coding dan output ni semua. actually saja je nak simpan code ni dalam blog ni -.-

sayang weh code code ni. memey ah simple je code ni semua. tapi untuk orang macam saya yang belajar dari zero ni, phewww, bermakna tauu. memang betul betul mencabar keimanan bila nak pastikan code yang kita run tu output dia akan jadi perfect. bahasa C++ ni bukan bahasa melay. ohh korang pun boleh je belajar sendiri. pak cik google kan adaa  :B

basically, Fundamental Of Programming 1 ni ialah subjek untuk semester 2 foundation year dekat UTP and i do love this subject so much. hiks. cuma lecturer dia tak best sangat TAPI tutor lab dia serius best. kenapa best ? sebab boleh tidur time lab dia -.- kekadang je buat perangai cenggitu. bila ada quiz atau test thinking skills je. ye ah, dah bersengkang mata hafal facts. Lab programming ni pulak pukul 8 pagi. hmm bagus sangat lah -.-

so, ni antara code dan outputnya. ada banyak lagi, tapi ... -.-













kalau tak nampak code tu, boleh click dekat picture picture tu.

pernah satu malam tu, masa study week lah kan, sanggup berjaga sampai ke pukul berapa pagi tah, tapi yang penting lewat ah tidur, semata mata nak dapatkan output yang betul betul perfect. tapi, akhirnya tewas jugak. tak larat nak fikir lagi masa tu. nasib baik ada kawan. hihi, eh baru benda simple macam ni pun, berperah otak nak fikir. tapi tak pe. kita semua belajar kan. kat dunia ni, tak ada benda yang senang. semua kena berusaha :)

masa exam hari tu, memang ada kecewa sikit. ingatkan akan ada keluar part part yang saya spot, sekali, hampehhhh. habuk pun tak dak. buat penat je tidur lewat malam nak biasakan diri dengan coding pattern tu. sekali tak keluar. eh tapi tak pe lah. ilmu -.-

saya tak ada lah hebat sangat bab bab coding ni. sikit sikit tu reti ah. faham ah sikit kan. dulu masa buat blog kan selalu godeh segala jenis coding untuk buat blog, ubah sana sikit, ubah sini sikit. so, faham lah sikit bila kena baca code ni semua. kena selalu try and error :)

next semester, Fundamental Of Programming 2 pulak. tak sabar. mesti lagi susah. errrr, dengan ada subjek kira kira lagi. semoga semester depan tak muncul apa apa masalah. amin.

i do really hope that i can score for this subject. 'A' please please please. doakan saya :)

1 comment:

Call Girls in Mumbai said... Reply to this comment

I got lots of information by your post. Everything define in this post very beautiful way. You should continue do this type of post.

#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (19) Tiga (5) Tips dan Informasi (19) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License