Mati ke tak ada kawan ? | Blog BudakFadhilah

19.6.10

Mati ke tak ada kawan ?

start//08:40pm

salam semua.

sekarang muka ni tengah masam. hati macam nak terbengkak sikit. perasaan pulak macam kecewa sikit tambah dengan perasaan bosan. tapi nasib baik ada sikit perasaan gembira sebab sepuluh peratus kerja yang perlu buat masa cuti dah terlaksana.

apa ? sepuluh peratus ? adehh, cuti dah nak habis dah. baru sepuluh peratus. siap sedialah hari sabtu dan ahad nanti. T________________T

eh, sekarang pedulikan tentang kerja kerja saya tu.

persoalan nya sekarang......

MATI KE KITA KALAU TAK ADA KAWAN ?

baiklah, baiklah. nak buat pengakuan jap. sebenarnya, masa sekolah rendah dulu, saya akan rasa macam boleh mati kalau tak ada kawan. nak pergi mana mana atau nak buat apa apa mesti kene ada kawan. baru boleh buat. nak pergi tandas dulu pun kene ada teman. tapi teman kat luar je lah. tak adalah sampai masuk dalam sekali. HAHA

Sunset Friends Love Heart by Pink Sherbet Photography

kalau macam dapat tahu yang kawan saya tu tak boleh datang sekolah, jangan harap lah saya nak pergi sekolah. seboleh bolehnya cari alasan supaya tak nak datang sekolah. erk, itu cerita sekolah rendah laaaa. macam bangang je bila ingat balik. budak kecik lah katakan. kecik le sangat !

bila dah masuk sekolah menengah ni, baru macam boleh hidup tanpa kawan. tapi kadang kadang timbul juga perasaan perlukan kawan tu. selalu kan dengar ni, masalah itu mematangkan kita. haaaaa, daripada masalah saya sedar tentang kawan kawan ni semua.

masa saya nangis, ada masalah, masalah yang akan menghancurkan masa depan saya, saya kenal mana kawan saya yang betul betul. mana kawan yang sentiasa bersama bila menangis dan ketawa. mana kawan yang pinjamkan bahu untuk saya menangis. mana kawan yang sanggup dengar saya melalak bila saya call dia. mana kawan yang bila susah baru cari saya. bila nak enjoy, blah macam tu sahaja.

bila dah jadi macam tu, saya sedar. kawan yang saya kata 'kaulah kawan terbaik !', 'aku sayang kan !', 'aku sentiasa ada untuk kau !', sebenarnya bukan kawan yang sebenar. dia cuma 'kawan' untuk ketawa sahaja. 'kawan' untuk berbual kosong. 'kawan' untuk bergosip bodoh.

I need you here with me Cause love is all we need ♥ by hina imtiaz  (partially here)

sekarang ni, bila dah nak habis sekolah, saya macam cuba gila gila biasakan diri tanpa bergantung sangat pada kawan. pergi rehat sorang sorang. pergi duty sorang sorang. pergi tandas pun sorang sorang. masih tak terlewat untuk buat macam ni kan ?

gosh, kenapa air mata ni meleleh ?

tapi, susah weyh. saya rindu juga pada 'kawan' itu walaupun saya tahu dia tak rindu pun pada saya. calling ? bila dia ada masalah baru dia call. mesej ? memanjang tak ada kredit. facebook kan adaaa. heh, dia kata 'mana boleh online.'. tapi sebenarnya, dia online lah. saya bukannya bodoh dan dungu sangat. adehhhhhh,

so, apa patut saya buat ? nak buat bodoh ? susah. sebab hati sakit, habis hari hari cuti saya. semua benda nanti tak jadi.

sekarang ni, maksud kawan tu macam kurang bermakna bagi saya. mama pesan, 'kawan tu tak payah lebih lebih sayang. nanti esok esok susah, dia pergi je.' heh, betul apa yang mama cakap. bila waktu susah tu, konon konon nak rahsiakan lah masalah daripada family, tapi akhirnya siapa yang tolong selesaikan ? mama jugak.

sebab tu juga saya tak ramai kawan. kalau ada orang tanya, 'weyh sape BFF kau ?' tunggu lah jawapan daripada saya. sumpah susah nak jawab. jawapan yang boleh diberi, 'kawan yang ada bila aku menangis dan gelak gelak macam kene sawan.' HEHE

tapikan, kalau tak ada kawan pun susah jugak. tak kan nak jadi macam orang gila kawan dengan diri sendiri ? HAHA, eleh, kawan biasa biasa sudah. tak payah over.

itu pandangan saya tentang kawan. korang macam mana pulak ? apa definisi kawan bagi korang. sambil sambil tu, fikirkan cara untuk masalah saya ni. heeeeee, cop, cop, apa masalah saya ?

masalah saya; bagaimana nak lupakan 'kawan' itu sedangkan saya tahu dia bukan kawan sebenar ?


hari tu tengok karate kid. best weyh. sampai boleh termenangis sikit. HEHE,

THE KARATE KID by Sony Pictures




//
entry ni terpaksa ditunda untuk dipublish hari tu. sebenarnya entry ni dah terbasi sikit sebab terperuk dekat dalam draft. nak tau sebab apa ? sebab streamyx buat taik dengan tuan dia. dekat tiga hari tak boleh online. heh, geram gile.

jangan lupa bagi pandangan tentang kawan itu. lepas ni mungkin dah jarang kemas kini blog ni. dah sibuk balik.

p/s:jangan lupakan blog ni. HEHE



**masalah saya sebenarnya kurang keyakinan diri ! T________T

-------------------------------------------------------------------------

update sikit ! (19.6//10:20pm)

鞋与石头们 by 铁蛋骑士
//flickr

wa ingat isu crocs ni dah habis, rupa rupanya tak habis lagi ?! heh, menurut pandagan wa, isu ni tak payah nak kecoh kecoh, pengguna crocs yang ori mesti tak bising bising. sebagai pengguna crocs tegar, hak hak hak, wa tak nampak pun perkataan tu. agaknya wa tak sekreatif mereka yang kreatif sangat tu. heh, lama tau wa tengok logo dia tu. T________T

**kecelaruan identiti. maaf. =.='

26 comments:

NAZ said... Reply to this comment

percaya atau tidak saya tak punya kawan:) sebab saya rasa kawan ada di mana mana

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

naz//
heeeee, percaya je. kalau pandai bawa diri, memang betul lah kawan tu ada di mana mana saja. :)

Si Kawaii said... Reply to this comment

Tak mudah tuk kita cari kawan yg betul2 boleh dianggap kawan.
kebanyakkn kawan hanya ada masa kita senang tapi masa kita susah, masa kita sedih, masa kita perlukan kawan, kawan tu takde..
so kita yg makin membesar ni, kena la pandai memilih dan menilai kawan yang sebenar.
Apa2 pon, hope kamoo tabah hadapi semua yang diberikan kepada kamoo..
Gud luck tuk spm nanti :)

نورول فريده said... Reply to this comment

hidup saya tiada makna tanpa kawan ,
wpun pc pun saya bleh jdkkn kwn haha

Hanis Amanina said... Reply to this comment

kawan baik datang dan pergi. sy takde bff. dan taknak ada sebenarnya. sebab takut ditinggalkan macam tu je tanpa khabar berita.

orang yg rapat dgn kita bila dah lama tak bertegur sapa, lain rasa dia. macam bercakap dgn orang asing. padahal sebelum tu, macam belangkas. tak pernah berpisah. :(

iidyll iceness said... Reply to this comment

pedulikn kwn yg lp kwn dik..
rmi lg kwn yg menunggu mpunyai kwn sperti kmu..

Unknown said... Reply to this comment

mati tu takla...tapi kadang-kadang kita perlukan kawan gak..cuma berhati-hati memilih kawan...ada kawan makan kawan...

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

PrincessKawaii//
betul, betul. terima kasih.
doakan my SPM berjaya nanti. :)


Fieyda//
hak hak hak, cayalah sys. :)

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

Amanina//
tu lah. tu lah yang saya hadapi. itu mungkin adat kehidupan. tapi kita kene juga teruskan hidup. :)


[[iidyLL_iceneSS]]//
heeeeeee, kawan ohh kawan. :)

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

INTANKUTERPILIH//
HEHE, betul tu. tapi blh ke kita berhati hati dalam mencari kawan? susah nak duga hati manusia ni. :)

velasrizal said... Reply to this comment

hmm mmg sunyi sket klo xde kwn

Calon Nama Anak Kucing Datuk Seri Najib !

Rara said... Reply to this comment

seriously, sy memang tak buleh hidup tanpa kawan. sebab dengan kawanla kita bergurau dan berkongsi masalah. andai orang minta sy pilih antara kawan dan bf, sy konfirm akan pilih kawan. sebab kawan kekal selamanya kan. tapi itu terpulang jugak pada perangai kawan tu. :)

LovelyMe said... Reply to this comment

singgh buat kali pertame..
ira rase xde lah smpai mati kalau xde kawn tapi kadang2 nak jugak seseorg yg bley kite cerita mslh kite kn.berkongsi ape yg kite rse.kalau nk hrpkn bf,nnti jemu plak.haha..

tpi yg sebetul2nye..ira dah byk sgt menangis sbb kawn.kadang2 smpai xbrani nk kawn rapt2 sgt tkut nnti terduduk rapt(kecewa) lgi..

p/s:pnjang lah pulk ira bebel.haha..

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

velasrizal//
tau tak apa. dah baca entry tentang nama kucing tu, kalakar gila. hak hak hak. :P


Rara//
betul tu betul. kawan lebih penting daripada bf. tapi itu hak masing masing kannn. :)

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

irahehe//
hehe, pendek je tu bebel. :P
tu lah, kawan ni buat biasa je. tak boleh terlalu rapat. nanti kecewa. T_______T

nora said... Reply to this comment

sunyi sepi tanpa kawan..

SFarhana said... Reply to this comment

wat bodo je dik..tak ada istilah kawan pun sbnrnye dalam hidup ni.so jgn bergantung sgt dgn org bernama kawan. kawan sejati kita hanyalah mak ayah, adik beradik, dan suami dan anak2 kita je.
ingat tu ;)

arudinsyah Ridak said... Reply to this comment

kawan dengan buku pun boleh...

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

.alie.//
yeeer. T_____________T


Tina Farhana//
betul tu. terima kasih. :)

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

arudinsyah Ridak//
tapi buku tak boleh bercakap. :)

Ezao' Edogawa said... Reply to this comment

hai cik fadhilah. kawan tu pntg kot
hmm. tp ada jugak sakit hati bila jumpa kwn yg makan kawan kan?
so pndai2 lah pilih kwn. hidup ni kta xboleh nk jangka.

PERTANYAAn:
Fadhilah.. cmne ek awk buat benda merah kat tepi blog awk ni? smart lah. ajar ezao ekh.. ;)

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

Ezao' Edogawa//
betul tue. :)

JAWAPAN:
erk, yang tag tue ? yang tue belajar dekat blog justkhai. cuba search kat blog dia dengan perkataan : tiny tag.

selamat mencuba. :D

Ezao' Edogawa said... Reply to this comment

mengenai TAG tu,
saya masih tak paham lah..
awk dpt kod dr mana?
then awk paste kod tu kat mana pulak.?

Mohd Izreen said... Reply to this comment

Kawan zaman sekarang g....
Pergh

mr unknown said... Reply to this comment

Siapa pun boleh jd kawan, percaya atau tak kawan tu sebenarnya semua orang ada. Awak post blog ni, org baca dan kemudian komen, itulah kawan awk di alam maya. Boleh jadi handphone nk juga boleh jd kawan kita. Nak ada kawan tu mudah, amat mudah. Boleh jd kita jumpa org yg kita tak kenal tp kita tegur dan lanjutkan perbualan, dlm masa yg sama dia dh jd kwn baru kita.

Jadi conclusion nya semua org kt dunia ni punya kawan, baik kawan di alam maya, dgn org yg kita baru jumpa. Mungkin juga berkawan dgn benda yg x hidup seperti hp, berapa ramai yg setiap masa xboleh langsung xbukak hp. Tu bermakna hp pun boleh jd kawan kita. Yg sebenarnya yg ramai tak ada n ramai yg mencari adalah "Sahabat". Setiap org boleh cari kawan tapi tak semua boleh cari dan jumpa "sahabat".

Percayalah, Jika kita mengharapkan sahabat dari sebuah ciptaan tuhan bernama "Manusia" pada akhirnya, kita jua yg akan sakit. Kenapa?

Seiring berjalannya masa, Seorang demi seorang akan pergi. Nak taknak tulah Faktanya. Satu saat nanti semua benda yg kita kejar, akn hilang. Baik kerana peredaran waktu atau kita meninggalkan dunia ini..

jadi siapakah sahabat yg sebenarnya kita perlu cari? Jawapannya ialah Allah swt dan juga keluarga kita. Anggap lah Allah itu dan keluarga kita itu sahabat kita. Kenapa?

Kerana sahabat bermakna "orang yang ada untuk kita disaat susah dan senang bersama" jadi renungkan secara mendalam, siapakah yg ada untuk kita disaat kita dalam kesusahan dan pada siapa kita minta pertolongan? Jawapan nya pada keluarga dan Allah swt lah kita meminta pertolongan.

jadi, anggaplah tuhan itu sahabat kamu, keluarga kamu sahabat kamu juga. In shaa Allah hati kamu akn merasa tenang kerana telah jumpa sahabat yg sebenarnya :)

Unknown said... Reply to this comment

Saya takda kawan rapat tpi Saya ni jenis friendly bila sya dh biasa denganya Dan tak malu..

#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (20) Tiga (5) Tips dan Informasi (20) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License