nak kongsi rahsia ni, | Blog BudakFadhilah

7.6.10

nak kongsi rahsia ni,

start//9:15pm

hik, hik, hik, salam semuaa.

Shy Guy #9 by Craig Damlo

ngahahahahhaha, ini lah dia cakap orang tak serupa bikin. nak biarkan belog koma konon. last last tak sanggup, paling lama boleh biarkan pun seminggu lebih je. kalau lama lama, takut tuan tanah belog ni pulak yang koma.


omong omong penulis nak cari identiti pulak, WTF, saya selesa diri saya macam ni sebab ni memang diri saya yang sebenarnya pun. yang realiti tu banyak dusta je. HEHE

'hoi, nak membebel ke ni ? nak kongsi rahsia kunon !' hik, sabau jap. bila saya godek balik blog saya ni, baru saya perasan yang entry saya kebelakangan ni macam emo gila. HAHA, bukan macam, tapi memang ! makin nak exam, makin emo pulak. makin banyak masalah. aaahhh, stop ! nanti emo balik.


panjang gila kata kata aluan saya kan ? kan ? balik pada pangkal jalan balik, nak kongsi rahsia. alah, rahsia lah sangat. rahsia rahsia ni macam tak de lah besar sangat. tak sebesar rahsia saya pernah tergolek dua pusingan dekat tangga sampai nak masok longkang. kalau tergolek lagi satu pusingan, confirm minum air longkang depan padang tu. malu gila babeng. dekat seminggu asyik kene ejek nangka busuk. sial betul. sejak dari hari tu, tangga tu saya cuba elakkan dan tak gelakkan kalau ada orang jatuh tangga. eekekekekekekekkeke..

sebenarnya bukan tangga tapi macam tangga. alah, laluan yang ada dua tiga tangga tu. eh, bukan tangga arh. tak kan tangga depan padang. paham paham sendiri lah. susah nak terangkan.

winding stairs in my school.. by disenchantment
//sampai kelas, baju dah longgar dan basah kuyup. HAHA

tengok, membebel lagi. HEHE, nak lepas gian le. kalau tak ada siapa baca pun tak kisah. ini rahsia tentang habit saya di rumah saya. meh, saya ulang, dekat rumah saya. rumah sendiri saja yerk, kalau rumah lain habit ni memang kene buang. tapi kadang kadang buat gak. dah nama pun habit doe.
  • setiap kali mama masak lauk berkuah, saya wajib hirup kuah yang ada dalam periuk guna senduk lepas makan. habit ni, macam tak boleh kawal. semua kuah dalam periuk memang saya akan hirup. tapi kuah panas panas saja ye. dah sejuk tak nak. tak sedap. namakan saja kuah apa, semua kene bedal. paling best, asam pedas mama yang terbaik. ngahahhahhahaha. pijau mulut kene asam pedas. kalau makan bi hun sup lak, haruslah dekat suku periuk saya punya kuah bi hun. tapi kalau kat kedai makan atau kenduri tak de le. gila apa nak mintak hirup kuah dalam periuk.
Tom Yam Goong - moja skromna propozycja na zimowy konkurs zup,  zapewniam, że rozgrzewająca ;) by Bart0lini
  • kalau duduk tengok tv, jari tangan akan kopek kuku kaki sikit sikit sampai terkopek. kadang kadang sampai berdarah. sebab tu, kuku kaki saya macam cacat sikit kadang kadang. paling tak boleh blah, bila dah inai hitamkan kuku, boleh lupa pulak kuku kaki dah macho. habislah terkopek. dah cacaattt.
warna-warni kuku kaki.. hahaha by stella_griensiria
  • kalau tidur suka meniarap. ngahahahahahhaha, kalau perempuan macam pelik ke suka tidur meniarap ? entah, biasa je kan. kan ? memang tidur nyenyak gila arh. siap mimpi kering lagi. hik, hik, hik. tapi bila masa bangun tidur nanti, ya ampunn, tangan berlipat segala. sampai pernah terkehel tahu. lepas tu muka, dada semua merah merah sebab tidur meniarap. terkempes jap. ngahahahahhahah, o.O
  • semua kerja haruslah clean and clear. haaaa, habit ni macam ramai je yang kongsi kan. contohnye, kalau saya ternampak cicak tengah romen, HEHE, memang mampus cicak tu saya cari. sampai jumpa dua heko tu baru puas hati. maksiat perlu dibanteras okek. meh, bagi contoh lagi, kali ni contoh baju sekolah. kemeja kan warna putih. kemeja lengan panjang, so, bila terkotor sikit lengan baju tu, sampai kiamat saya akan cuba bersihkan. kalau tak boleh gak, saya tak buang tau. saya letak dekat tong derma baju yang ada kat JJ tu. heeeeeeeeee,
  • ni habit dulu. suka baca sms dalam inbox walaupun ada beratus ratus mesej sebelum tertidur. habit ni macam sasau sikit. bila tiba part part yang sedih, tidur bertemankan air mata lah jawabnya. tak pun bila tiba part macam kelakau sikit, tersengih sengih sensorang macam orang gila. bila dah habis baca mesej, saya tengok pulak gambar. bila tiba folder nyit, waaaaaaaaaaaaa, nangis tak ingat dunia sebab nak cium dia. sedih gila bila ingat dia dah mati. dah setahun sebulan dah dia tak ada. habit ni tergendala dah since saya busy dengan exam dan 'belajar' sebab nak SPM. kalau dah tak de keje sangat baru buat. HEHE
bellamy with phone by preluding_ivylane
//waaaaaaaa, macam nyit tapi kering sikit. hiasan semata hidung.
  • habit seterusnya, tak reti korek telinga sampai sekarang. sampai umur tujuhbelas tahun ni le mama tukang korekkan. 'woi, ni bukan habit doe ! ini namanya bangang sebab tak reti korek telinga sendiri !' ngahahahahhahahaha, tapi, telinga saya sentiasa bersih dan tak pekak ok. sebab mama tukang bersihkan kan. mengada ngada ? heh, pernah nak buat sendiri, nasib baik tak pekak. so, baik minta tolong mama.


HEHE, cukup saja lima kebiasaan saya itu ye. sebenarnya ada lagi. tapi itu semua peribadi weyh. kongsi sikit sikit sudah. saja buat entry begini sebab entry sebelum sebelum ni entry air mata. so, sekarang mari tersenyum siput sorang sorang depan komputer atau laptop.

korang ada habit gak kan ? manusia semua ada habit. ngeheeeee, cuma nak share dengan tak nak share je. jadi, kalau ada tu macho dan cun, jum kongsi. :P


p/s:dosa ke kalau minta ALLAH tarik nyawa kita cepat cepat ?

8 comments:

natsumiDyla said... Reply to this comment

suka tidur meniarap jugak. tambah2 bila kepala dah serabut dgn masalah yang tak best utk difikir :)

N. Fadhilah said... Reply to this comment

natsumiDyla//
HEHE, bestkan tidur cam tu ? :P

+akufobia+ said... Reply to this comment

aa.jatuh.

Liyanaa. said... Reply to this comment

haaa selalu kalau tidor meniarap tangan mesti kebas kebas :( sakit tapi sedap HAHA btw byk betul laaa habit pelik yg sama hahaha

N. Fadhilah said... Reply to this comment

+akufobia+//
T_______________________T



sys liyanaa comel//
HAHA, tau tak pe.
sama ? ngeng, yang mana ? yang mana ? hiks,

planet putih said... Reply to this comment

haha..
nice entry..
rasenye habit2 kat atas ni memang kbykkn org pun addicted kot..
hehe

planet putih said... Reply to this comment

haha..
nice entry..
rasenye habit2 kat atas ni memang kbykkn org pun addicted kot..
hehe

N. Fadhilah said... Reply to this comment

planet putih//
hehe, thanks. :)
habit ni memang 'sedap'. :P

#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (20) Tiga (5) Tips dan Informasi (20) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License