keadaan semasa. | Blog BudakFadhilah

8.1.10

keadaan semasa.

start//10:53pm

salam sejahtera.

duhh, blog sudah tidak menggairahkan lagi. sekarang kepala saya rasa berpinar pinar. dunia macam berputar putar.

susah nya hidup ni. heh, cuma setahun saja saya akan laluinya. selepas ni akan merinduinya pulak. hish, jiwang tak kena tempat.

kadang kadang saya rasa macam nak berputus asa je. kecewa ! tahu kecewa ? kecewa dengan persekitaran, kecewa dengan kawan kawan, kecewa dengan guru guru, kecewa dengan adik adik, kecewa dengan diri sendiri ! T_______T


mood saya sekarang sangat bercelaru. kadang kadang rasa macam nak gelak. kadang kadang rasa macam nak meraung. dan kadang kadang nak menangis macam orang tak ingat dunia. heh, gila dah agaknya.

sejak masuk sekolah balik hari isnin lepas, hati ni bengkak je. janji entah ke mana, kawan entah ke mana. malas nak berdrama swasta, saya mengalah. rasa macam tahun terakhir ni makin terseksa. makin meluat duduk kelas tu. hish, banyak betul syaitan dah bertenggek dekat hati saya ni.

a boring picture for a boring day by bclarkesmith

alhamdulillah, saya masih kekal dalam kelas yang sama. rombakkan sepenuhnya berlaku dekat kelas sains. heh, kelas sains ada dua je. HAHA. hampir suku budak kelas sains satu kene blah pergi sains dua. so, persekitaran baru bagi saya dalam kelas sains satu.

macam biasa, rutin menjadi seorang pelajar sekolah menengah sudah kembali. tahun ni ada macam pelik sikit. tahun tahun lepas adalah jugak kakak² form five dan upper six untuk bermanja manja. tahun ni dah tak ada dah. mereka sudah bersara. heeeeeeee,

so sekarang, satu je misi saya. SPM ! persetankan tentang perasaan kacau bilau tu semua. nak tak nak saya kene laluinya.

erk, ingatkan nak taip pendek je. ni rasa macam dah panjang je. HEHE

Vintage Postcard ~ Little Girl Sleeping by chicks57

bye


p/s:nak cepat cepat habis SPM !


6 comments:

amirah said... Reply to this comment

gud luck in spm =)

Fatin Hanna said... Reply to this comment

fatin pon x saba nk abeh spm!=)

mlletqa said... Reply to this comment

nk cepat hbs spm ehh??
nnt da hbs spm bru rindue nk sk..
caya lahh!hampir 6 bulan cuti..huhu
i miss my school !

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

amirah//
terima kasih. :)


fatin//
yeah. biar cepat habis. :P


mlle tqa//
heeeeeee, rindu tu lain cerita. yang penting cepat habis SPM. :P

Hazzy Ishak said... Reply to this comment

hah! jgn ponteng2 skolah! repot cikgu...

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

hazzy//
eh, mana ada.. HAHA :P

#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (20) Tiga (5) Tips dan Informasi (20) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License