24.7.10

Program Latihan Khidmat Negara

start//8:49pm

salam sejahtera semua :)

National Day Parade by wazari

er, seperti yang korang tahu, saya tak dapat PLKN. dan seperti yang korang tahu jugak, saya tak tahu nak bagitahu apa yang saya rasa. waaaaaaaa, macam besar pulak masalah ni kan. hiks,

so, hari ni macam hari tak berapa sibuk, 'hoi, isnin exam !', meh baca apa persepsi saya tentang kebaikan dan keburukan bila dapat PLKN ini. oh, ini semacam pandangan peribadi yer. jangan nak emosi pulak. HEHE


KEBAIKAN :

  1. boleh dapat berlambak kawan. sampai tak terkira nanti. erk, tak tahu lah ni mitos atau apa. tapi ini pandangan saya. tapi !, kalau orang macam saya, antisosial, mesti kawan lima enam ketul je kan. erk,
  2. tak buang masa. yelah, masa dekat sana mesti pack kan. jadi, tak de masalah nak buang masa tak tentu pasal. mesti ada je aktiviti dekat sana. kalau tak masuk PLKN, mesti jadi penganggur terhormat dekat rumah. erk, itu kalau saya lah. HEHE
  3. jadi LEBIH berdisiplin. dekat sana boleh kau bangun tidur masa matahari dah nak terbenam ? tak boleh derr, jangan mimpilah kut. kecuali awak pengsan yer. basuh baju sendiri, basuh pinggan sendiri, semuanya kene sendiri. itu membuatkan diri awak jadi LEBIH berdisiplin.
  4. dekat sana boleh have fun yaw. ye lah. aktiviti dia mesti aktiviti yang korang tak pernah buat sepanjang hidup. dan mungkin tak akan penah dapat buat kalau korang tak pergi PLKN.
  5. pengalaman ! mesti banyak gila pengalaman yang korang boleh pungut dekat sana nanti. hiks,
  6. boleh bukak sikit kepala hotak yang sempit tu. tak ada lah jadi macam katak bawah tempurung kan. HEHE
  7. dapat jumpa macam macam orang. eh, point ni sama dengan no satu lah ! erk,
  8. sijil PLKN sangat laku untuk teruskan pelajaran. oh, point ni tak tahu betul atau tak. ini saya dengar dengar je. 'encik dan cik senior tolong jawab betul atau tak ok ?' , HEHE
So the jouney begins... by YC @ NS


KEBURUKAN :

  1. habis rancangan gila gila lepas SPM hancur. HAHA, rancangan jahat ! mentang mentang dah tak jadi budak sekolah lagi nanti, tanduk setan pun keluar. HEHE, ala, dengan kawan baik. mestilah terjahat sikit.
  2. untuk anak manja macam saya, mestilah saya rasa PLKN tu buat saya jauh dengan family. oh mann, tak sanggup. tapi kalau alasan sambung study untuk jauh dengan family, itu saya akan terima dan terpaksa terima. kalau PLKN ? tidaaaakkk. macam tak sanggup. erk, ngada ngada doe.
  3. bila masuk PLKN boleh pergi shopping ke ? erk, point ni penting untuk saya. HEHE. kalau tak boleh, tiga bulan lah jadi pelik. hiks,
  4. dekat PLKN boleh surf internet internet bagai ni tak ? pergh, ini lagi satu keperluan wajib untuk saya hidup. kalau tak dapat, macam ada yang tak lengkap je hidup nanti. macam pelik lah nanti.
  5. tiga bulan tu rasa macam laaaaama sangat. ye ker ? ye ker ? entah.
  6. rancangan nak ambil lesen kereta pun haruslah terbengkalai nantikan. betul tak ?
  7. semua yang bertentangan dengan kebaikan yang saya bagi tu. HEHE,


dah, dah. ini je yang saya tahu. kalau korang perasaan, keburukan keburukan yang saya beri tu, macam tak berapa penting je kan. kan ? kan ? APA MAKNANYA TU ?

oh, biar saya bagi tahu. SEBENARNYA, saya nampak lebih banyak kebaikn dari keburukan bila dapat PLKN ni. HAHA. sebab tu agaknya saya macam tak ada perasaan bila saya tak diterima PLKN. eh, nanti kalau dapat pulak, melalak. itu takutlah, ini takut lah. saya pun tak faham lah dengan diri saya ni !

so, encik dan cik senior, tak nak bagi pendapat ke ? siapa siapa yang PERNAH pergi PLKN tu kongsilah sikit tips nak pergi PLKN. tak pun bagi tahu perasaan. HEHE, saya kan budak budak lagi. tak tahu apa apa pun :P


p/s:peperiksaan lagi ? adesss, doakan. sikit je lagi nak jumpa SPM :)


// pergh, macam banyak pulak dengar berita berita video seks dan bogel artis ni. tak tahu malu ke oiii. binatang pun tahu malu untuk tunjukkan part of the body mereka pada manusia. tu binatang, tak ada akal. manusia pun dah tak ada akal ke ? erk,

17.7.10

apa cite PLKN ?

start//9:45pm


yeah,
SAYA DAH BERUMUR TUJUHbelas TAHUN !

dan, dan, dan,
SAYA TAK DAPAT PLKN !!

plkn by tuantulis


oh, lupa lupa. salam semua. hiks,
  • otak : perasaan tak dapat PLKN ?
  • perasaan : celaru ! tak tahu nak nangis ke atau jerit.
  • tangan : menadah ke langit, alhamdulillahhhhh.
  • badan : kaku tak bergerak.
  • riak muka : kaku bagai patung.
bersyukur sudah hidup selama tujuh belas tahun. cukup makan, cukup kasih sayang, cukup duit, cukup kawan, semuanya cukup ! terima kasih mama abah, terima kasih kaunselor, terima kasih kawan kawan.

dapat berita tentang PLKN tu masa tengah celebrate birthday. so, tak tahu nak gambarkan perasaan macam mana. rasa ralat pun ada jugak ni. HEHE


saya antisosial. bila dalam laman chatting, facebook, blog, petah berkata kata dan usik mengusik. baru sedar, kalau berjumpa, terus control dan kaku. haish, bosan betul macam ni.

siapa ada jalan penyelesaian untuk ubah penyakit antisosial yang keterlaluan ini ?


p/s: exam lagiii, duhh, T__________T


19.6.10

Mati ke tak ada kawan ?

start//08:40pm

salam semua.

sekarang muka ni tengah masam. hati macam nak terbengkak sikit. perasaan pulak macam kecewa sikit tambah dengan perasaan bosan. tapi nasib baik ada sikit perasaan gembira sebab sepuluh peratus kerja yang perlu buat masa cuti dah terlaksana.

apa ? sepuluh peratus ? adehh, cuti dah nak habis dah. baru sepuluh peratus. siap sedialah hari sabtu dan ahad nanti. T________________T

eh, sekarang pedulikan tentang kerja kerja saya tu.

persoalan nya sekarang......

MATI KE KITA KALAU TAK ADA KAWAN ?

baiklah, baiklah. nak buat pengakuan jap. sebenarnya, masa sekolah rendah dulu, saya akan rasa macam boleh mati kalau tak ada kawan. nak pergi mana mana atau nak buat apa apa mesti kene ada kawan. baru boleh buat. nak pergi tandas dulu pun kene ada teman. tapi teman kat luar je lah. tak adalah sampai masuk dalam sekali. HAHA

Sunset Friends Love Heart by Pink Sherbet Photography

kalau macam dapat tahu yang kawan saya tu tak boleh datang sekolah, jangan harap lah saya nak pergi sekolah. seboleh bolehnya cari alasan supaya tak nak datang sekolah. erk, itu cerita sekolah rendah laaaa. macam bangang je bila ingat balik. budak kecik lah katakan. kecik le sangat !

bila dah masuk sekolah menengah ni, baru macam boleh hidup tanpa kawan. tapi kadang kadang timbul juga perasaan perlukan kawan tu. selalu kan dengar ni, masalah itu mematangkan kita. haaaaa, daripada masalah saya sedar tentang kawan kawan ni semua.

masa saya nangis, ada masalah, masalah yang akan menghancurkan masa depan saya, saya kenal mana kawan saya yang betul betul. mana kawan yang sentiasa bersama bila menangis dan ketawa. mana kawan yang pinjamkan bahu untuk saya menangis. mana kawan yang sanggup dengar saya melalak bila saya call dia. mana kawan yang bila susah baru cari saya. bila nak enjoy, blah macam tu sahaja.

bila dah jadi macam tu, saya sedar. kawan yang saya kata 'kaulah kawan terbaik !', 'aku sayang kan !', 'aku sentiasa ada untuk kau !', sebenarnya bukan kawan yang sebenar. dia cuma 'kawan' untuk ketawa sahaja. 'kawan' untuk berbual kosong. 'kawan' untuk bergosip bodoh.

I need you here with me Cause love is all we need ♥ by hina imtiaz  (partially here)

sekarang ni, bila dah nak habis sekolah, saya macam cuba gila gila biasakan diri tanpa bergantung sangat pada kawan. pergi rehat sorang sorang. pergi duty sorang sorang. pergi tandas pun sorang sorang. masih tak terlewat untuk buat macam ni kan ?

gosh, kenapa air mata ni meleleh ?

tapi, susah weyh. saya rindu juga pada 'kawan' itu walaupun saya tahu dia tak rindu pun pada saya. calling ? bila dia ada masalah baru dia call. mesej ? memanjang tak ada kredit. facebook kan adaaa. heh, dia kata 'mana boleh online.'. tapi sebenarnya, dia online lah. saya bukannya bodoh dan dungu sangat. adehhhhhh,

so, apa patut saya buat ? nak buat bodoh ? susah. sebab hati sakit, habis hari hari cuti saya. semua benda nanti tak jadi.

sekarang ni, maksud kawan tu macam kurang bermakna bagi saya. mama pesan, 'kawan tu tak payah lebih lebih sayang. nanti esok esok susah, dia pergi je.' heh, betul apa yang mama cakap. bila waktu susah tu, konon konon nak rahsiakan lah masalah daripada family, tapi akhirnya siapa yang tolong selesaikan ? mama jugak.

sebab tu juga saya tak ramai kawan. kalau ada orang tanya, 'weyh sape BFF kau ?' tunggu lah jawapan daripada saya. sumpah susah nak jawab. jawapan yang boleh diberi, 'kawan yang ada bila aku menangis dan gelak gelak macam kene sawan.' HEHE

tapikan, kalau tak ada kawan pun susah jugak. tak kan nak jadi macam orang gila kawan dengan diri sendiri ? HAHA, eleh, kawan biasa biasa sudah. tak payah over.

itu pandangan saya tentang kawan. korang macam mana pulak ? apa definisi kawan bagi korang. sambil sambil tu, fikirkan cara untuk masalah saya ni. heeeeee, cop, cop, apa masalah saya ?

masalah saya; bagaimana nak lupakan 'kawan' itu sedangkan saya tahu dia bukan kawan sebenar ?


hari tu tengok karate kid. best weyh. sampai boleh termenangis sikit. HEHE,

THE KARATE KID by Sony Pictures




//
entry ni terpaksa ditunda untuk dipublish hari tu. sebenarnya entry ni dah terbasi sikit sebab terperuk dekat dalam draft. nak tau sebab apa ? sebab streamyx buat taik dengan tuan dia. dekat tiga hari tak boleh online. heh, geram gile.

jangan lupa bagi pandangan tentang kawan itu. lepas ni mungkin dah jarang kemas kini blog ni. dah sibuk balik.

p/s:jangan lupakan blog ni. HEHE



**masalah saya sebenarnya kurang keyakinan diri ! T________T

-------------------------------------------------------------------------

update sikit ! (19.6//10:20pm)

鞋与石头们 by 铁蛋骑士
//flickr

wa ingat isu crocs ni dah habis, rupa rupanya tak habis lagi ?! heh, menurut pandagan wa, isu ni tak payah nak kecoh kecoh, pengguna crocs yang ori mesti tak bising bising. sebagai pengguna crocs tegar, hak hak hak, wa tak nampak pun perkataan tu. agaknya wa tak sekreatif mereka yang kreatif sangat tu. heh, lama tau wa tengok logo dia tu. T________T

**kecelaruan identiti. maaf. =.='

#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (20) Tiga (5) Tips dan Informasi (20) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License