Program Latihan Khidmat Negara | Blog BudakFadhilah

24.7.10

Program Latihan Khidmat Negara

start//8:49pm

salam sejahtera semua :)

National Day Parade by wazari

er, seperti yang korang tahu, saya tak dapat PLKN. dan seperti yang korang tahu jugak, saya tak tahu nak bagitahu apa yang saya rasa. waaaaaaaa, macam besar pulak masalah ni kan. hiks,

so, hari ni macam hari tak berapa sibuk, 'hoi, isnin exam !', meh baca apa persepsi saya tentang kebaikan dan keburukan bila dapat PLKN ini. oh, ini semacam pandangan peribadi yer. jangan nak emosi pulak. HEHE


KEBAIKAN :

  1. boleh dapat berlambak kawan. sampai tak terkira nanti. erk, tak tahu lah ni mitos atau apa. tapi ini pandangan saya. tapi !, kalau orang macam saya, antisosial, mesti kawan lima enam ketul je kan. erk,
  2. tak buang masa. yelah, masa dekat sana mesti pack kan. jadi, tak de masalah nak buang masa tak tentu pasal. mesti ada je aktiviti dekat sana. kalau tak masuk PLKN, mesti jadi penganggur terhormat dekat rumah. erk, itu kalau saya lah. HEHE
  3. jadi LEBIH berdisiplin. dekat sana boleh kau bangun tidur masa matahari dah nak terbenam ? tak boleh derr, jangan mimpilah kut. kecuali awak pengsan yer. basuh baju sendiri, basuh pinggan sendiri, semuanya kene sendiri. itu membuatkan diri awak jadi LEBIH berdisiplin.
  4. dekat sana boleh have fun yaw. ye lah. aktiviti dia mesti aktiviti yang korang tak pernah buat sepanjang hidup. dan mungkin tak akan penah dapat buat kalau korang tak pergi PLKN.
  5. pengalaman ! mesti banyak gila pengalaman yang korang boleh pungut dekat sana nanti. hiks,
  6. boleh bukak sikit kepala hotak yang sempit tu. tak ada lah jadi macam katak bawah tempurung kan. HEHE
  7. dapat jumpa macam macam orang. eh, point ni sama dengan no satu lah ! erk,
  8. sijil PLKN sangat laku untuk teruskan pelajaran. oh, point ni tak tahu betul atau tak. ini saya dengar dengar je. 'encik dan cik senior tolong jawab betul atau tak ok ?' , HEHE
So the jouney begins... by YC @ NS


KEBURUKAN :

  1. habis rancangan gila gila lepas SPM hancur. HAHA, rancangan jahat ! mentang mentang dah tak jadi budak sekolah lagi nanti, tanduk setan pun keluar. HEHE, ala, dengan kawan baik. mestilah terjahat sikit.
  2. untuk anak manja macam saya, mestilah saya rasa PLKN tu buat saya jauh dengan family. oh mann, tak sanggup. tapi kalau alasan sambung study untuk jauh dengan family, itu saya akan terima dan terpaksa terima. kalau PLKN ? tidaaaakkk. macam tak sanggup. erk, ngada ngada doe.
  3. bila masuk PLKN boleh pergi shopping ke ? erk, point ni penting untuk saya. HEHE. kalau tak boleh, tiga bulan lah jadi pelik. hiks,
  4. dekat PLKN boleh surf internet internet bagai ni tak ? pergh, ini lagi satu keperluan wajib untuk saya hidup. kalau tak dapat, macam ada yang tak lengkap je hidup nanti. macam pelik lah nanti.
  5. tiga bulan tu rasa macam laaaaama sangat. ye ker ? ye ker ? entah.
  6. rancangan nak ambil lesen kereta pun haruslah terbengkalai nantikan. betul tak ?
  7. semua yang bertentangan dengan kebaikan yang saya bagi tu. HEHE,


dah, dah. ini je yang saya tahu. kalau korang perasaan, keburukan keburukan yang saya beri tu, macam tak berapa penting je kan. kan ? kan ? APA MAKNANYA TU ?

oh, biar saya bagi tahu. SEBENARNYA, saya nampak lebih banyak kebaikn dari keburukan bila dapat PLKN ni. HAHA. sebab tu agaknya saya macam tak ada perasaan bila saya tak diterima PLKN. eh, nanti kalau dapat pulak, melalak. itu takutlah, ini takut lah. saya pun tak faham lah dengan diri saya ni !

so, encik dan cik senior, tak nak bagi pendapat ke ? siapa siapa yang PERNAH pergi PLKN tu kongsilah sikit tips nak pergi PLKN. tak pun bagi tahu perasaan. HEHE, saya kan budak budak lagi. tak tahu apa apa pun :P


p/s:peperiksaan lagi ? adesss, doakan. sikit je lagi nak jumpa SPM :)


// pergh, macam banyak pulak dengar berita berita video seks dan bogel artis ni. tak tahu malu ke oiii. binatang pun tahu malu untuk tunjukkan part of the body mereka pada manusia. tu binatang, tak ada akal. manusia pun dah tak ada akal ke ? erk,

10 comments:

kyo_9 said... Reply to this comment

huhu.. ak g lepas abis SPM 2004, hmm 6 tahun yang lepas laa ek.. abis SPM cuma dapat lepak kt umah beberapa hari jer seblom masuk PLKN.. dapat panggilan pertama jadi kebanyakan yg masuk tuh bdk2 majoriti MRSM, SBP.. stok2 mantap nyer.. dapat jadi member diorang memang beruntung giler aa.. sengal nyer zaman ak dulu kem dia x lengkap lagi.. banyak barang td jadi banyak aktiviti x dpt dijalankan..

gile kencang aa buat perbarisan bawak bendera Malaysia tuh.. tabik siot!

N. Fadhilah said... Reply to this comment

kyo_9//
hoho. ada dengar kalau dapat PLKN yang panggilan pertama tu beruntung. HEHE
erk, tulah. dapat duduk rumah kejap je lepas SPM. :D

misyamissyou said... Reply to this comment

aaa..sedey nye xdpt plkn..mmg nk sngt..hehehe..

singapore 2 thun NS tau n semua warga dia wajib(ni kalau xsilap dgr la)..m'sia ni kire baik..tp ramai bdk2 yg otak agak sempit..pe la slhnye khidmat sikit tuk ngre..dh la xsumbang ape2..bile dpt NS xnak pegi..zzz..okay, pendapat semata.. :)

N. Fadhilah said... Reply to this comment

misyamissyou//
HAHA. erk, kan boleh mohon kalau tak dapat.

betul tu betul. pernah dengar jugak pasal tu. urm, betul lah tu. berkhidmat sikit pada negara. HEEEEEE, tapi, itu terpulang pada diri masing masing gak. kalau nak pergi, biar gembira. :)

zida said... Reply to this comment

PLKN best tau tak! Gila jeles tengok member2 yang pergi haritu. Sob sob T____T

N. Fadhilah said... Reply to this comment

zida//
erk, best ek ? HEHE, rasa macam best gak tapi ada rasa tak best gak. erk, :P

duta_illuzm said... Reply to this comment

nice blog doe...

siyes...wa bukan nak lu msuk blog wa...

siyes!!...hehhe....

N. Fadhilah said... Reply to this comment

duta_illuzm//
HAHA. thanks.
ini membuatkan wa nak masuk blog lu lah ! hak hak hak. :P

Arra JaSmY said... Reply to this comment

ahaks..akak dulu pon tak dapat PLKN jugak.mula2 mmg tak mao nak g pon tapi bila ramai yang g cakp best rase macam rugi lak.ahaks.=p

N. Fadhilah said... Reply to this comment

Arra JaSmY//
ha'ah. ramai kata best. erk, HEHE :D

#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (19) Tiga (5) Tips dan Informasi (19) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License