4.2.11

Budak baik tak layan blue ! Ye ke ?

sekarang neh, serius tak menyempat nak update bog. ada je hal. tapi serius memang banyak cerita nak story. nyiahahahhahahaha. banyak yang jadi draft je. tak sempat habiskan. separuh jalan je.

nak bagi blog ni tak terbengkalai, post ni sikit lagi nak siap. malam neh, dapat siapkan. so, ini entrinya. penuh dengan video ! tak penuh sangat pun. enam je.  = .='

HAHAHAHA, sebenarnya. lima tahun yang dulu, sebelum sekolah menengah, hobi saya dengan family, layan hindustan ! kan masa sekolah rendah, kepala hotak tak kusut lagi nak fikir pasal sekolah. bila dah masuk menengah, mana ada masa nak layan hindustan.

masa dulu dulu cerita hindustan best tau. sekarang ni agak hampas sikit rasanya. seksi je lebih. terbonjol sana. terbonjol sini. macam tak cukup kain je. lepas tu jalan cerita entah apa apa.

dulu dulu layan hindustan, boleh meleleh air mata. layan hindustan, part sedih, mama mesti nangis. lepas tu gelakkan dak mama. last last, saya pun nangis jugak. HAHAHAHAHA

sabtu yang lepas, erk, sabtu bile entah. post ni kan lama dah jadi draft. ada cerita hindustan best tau. tu yang teringin nak buat entri tentang hindustan.

meh, saya share, antara lagu yang saya suka. ni sikit je. yang saya jumpa. kang kalau nak letak semua, jenuh nak mencarinya. lepas tu nanti, berjela lah entri saya. so, ini antaranya lah. video yang pertama dan kedua saya rakam. HEHEHE, yang lain, ihsan YouTube lah. mana lagi nak cedok.  =.='


sempat rakam sikit je. kualiti buruk ! HAHA


eksotik doe tarian video neh. g usha part 1:14



sedap je telinga dengar. mata pun sejuk. HAHA


ini best ah. sebenarnya, semua best !



wuuuuu, i loike. saya suka ahh yang eksotik eksotik ni. heh, betul ke penggunaan word tu. ahh, tak ada siapa kisah. ekekekekekeke.

kalau perasan, semua video ada Shah Rukh Khan. awwww, peminat dia ah neh. HAHA, wajib kot tengok semua movie dia. tapi ada yang dah tak ingat ah. lama dah tak layan movie movie hindustan neh. lama jugak air mata tak meleleh sebab tengok movie SRK ni. ceh.

movie yang ada Amir Khan pun best jugak. banyak yang best. cuma tak ingat nama dan cerita apa je. kene tengok cerita tu dulu, baru lah kenal.

apa apa pun, Shah Rukh Khan tetap yang paling best. miahahahahahhaha,

saya suka layan hindustan. korang macam mana pulak ? korang suka layan apa ? jangan yang blue, sudah !

eh, betul ke budak yang nampak baik tak layan blue ? erk,

2.2.11

Penat tunggu Nuffnang ? meh, cuba yang ini.

eh, hi korang. salam.

kali ni saya nak share sesuatu. sesiapa yang selalu je kecewa dengan Nuffnang, mungkin ini boleh bantu korang.

ohh, setakat ni saya tak adalah kecewa sangat dengan Nuffnang. biasa biasa je. tak suka sangat, tak benci sangat. ada je duit yang masuk walaupun tak selebat orang orang lain. HEHE,

saya budak budak, agaknya sebab tu lah duit dia pun taraf untuk budak budak. tak apa. sabar je lah. kalau ada rezeki, adalah. tak miskin pun kalau tak dapat duit daripada Nuffnang tu. yang penting, sabar dan usaha !

selain dengan Nuffnang, saya rasa korang boleh juga cuba Heartbeat. mungkin rezeki agak kureng dengan Nuffnang, apa salahnya kita cuba dengan Heartbeat. mula mengenali Heartbeat ni masa tersesat masuk ke blog kak Miza Yusof ni. masuk masuk je blog dia ada entry tentang Heartbeat. mula mula macam tak tertarik sangat. so, buat bodoh je lah. lama lama, rasa macam nak try lah pulak. ehehehehe,


so sekarang ni, saya baru je sangat join Heartbeat ni. tak reti nak cerita lebih lebih lagi. belum tau apa apa sangat. tengah explore lagi. cari tau tentang Heartbeat lagi. yang penting, korang sign up dulu dekat www.heartbeat.my(klik link tu).

korang jangan risau. Heartbeat ni tak akan ubah status Glitterati korang. so, korang bolehlah ber-heartbeat dengan hati yang senang.

tak salah kan kalau cuba je. bukan kene duit pun nak register. jom kita cuba Heartbeat ni. kalau earning korang dah lebat, jangan lupa saya. HEHE,

andd, jangan sampai jadi macam dulu tau. yang kes tipu tipu klik macam Nuffnang sebab nak earning banyak. nanti nak blogging jadi dah tak best. so, fikir fikirkan.

bye.

                                      

1.2.11

Krisis di Mesir

korang,

sedih saya baca update update daripada blog blog yang ceritakan tentang keadaan pelajar Malaysia dekat Mesir. sebagai saudara seislam, saya pun turut risaukan keadaan mereka. banyak cabaran dorang lalui untuk menuntut ilmu.

kalau saya yang tak ada kaitan apa apa dengan mereka dah rasa risau, sedih, apatah lagi keluarga pelajar pelajar tu. mesti dorang lagi susah hati.

saya hanya mampu berdoa je supaya mereka semua selamat pulang ke tanah air.

untuk info terkini tetang keadaan di Mesir, korang boleh pergi ke link ini;
1. Facebook
2. Blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita.

dekat situ memang akan ada info info yang terkini.

meh kita doa sama sama supaya semua rakyat Malaysia yang berada di sana selamat pulang ke Malaysia dan dijauhkan daripada apa apa kecelakaan.

#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (20) Tiga (5) Tips dan Informasi (20) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License