Kalau tak sekarang, bila lagi. | Blog BudakFadhilah

12.9.13

Kalau tak sekarang, bila lagi.

Well, hi dear blog.

Marilah berhijarah ke cara penulisan masa zaman zaman aku mula mula blogging dulu. Dedulu aku tak pernah persetankan siapa yang baca, apa yang di baca, dan kenapa di baca. Makin jadi tua, makin aku peduli benda benda tu semua. Dan makin mati blog ni. Tak fun untuk aku menulis lagi. Rasa tersekat.

Aku dedikasikan penulisan penulisan yang seterusnya khas untuk hati aku. Puas. Layout, header segala content, bila rajin lah aku modify. Bosan dah aku hadap.

Sebagai manusia normal, perasaan nak jadi baik, bagus, berbanding dengan sesiapa mesti ada. Tak pun, bandingkan dengan diri sendiri yang semalam dan yang akan datang. Mesti nak jadi lebih baik daripada semalam. klise

Itu yang apa kita wish. Tapi buat nya tidak kan. Masih dengan sikap procrastinate nya, takut takut, malu, dan blablabla lagi. Ye la. Tu aku. Tapi, tu dedulu kot. Kot. Tak pasti. Aku rasa lah.

Untuk buang segala sikap tu, demi nak jadi lagi bagus daripada semalam, selalu selalu la bagi soalan soalan ni dekat diri sendiri:-
1) kalau mati kejap lagi dalam macam mana? Kan dah tak sempat.
2) boleh dapat lagi ke peluang macamni?
3) dah cuba ke belum?
4) kalau esok kiamat macam mana?
dan seterusnya yang difikirkan relevan.

Kita semua hidup bermatlamat sebenarnya. Cuma kita sedar dengan tak sedar. Sedih tengok kalau ada orang orang yang hilang arah ni. Sebenarnya semua pun bermula dengan attitude. Sebenarnya lah.


Ahhh aku sebenarnya nak peringatkan diri sendiri. Sambil sambil tu, aku nak lah kugak ingatkan orang lain jugak walaupun diri aku ni pun takde lah bagus mana.

Ajak orang lain buat kebaikan. Buat benda benda yang bermanfaat. Jadi lebih baik daripada semalam. Perasaan tu best sangat. Cuba lah.

Kalau tak sekarang, bila lagi kan :)

Yang sebenarnya, aku menaip tanpa tujuan. Rasa nak menaip je. Tu je.

No comments:

#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (20) Tiga (5) Tips dan Informasi (20) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License