Sejarah di UTP bukan sejarah SPM tahun 2012 | Blog BudakFadhilah

3.11.12

Sejarah di UTP bukan sejarah SPM tahun 2012

Well Hi and salaam. Bangun pagi rasa mood nak menaip tu ada sikit. Sementara ada sikit baik lah aku teruskan menaip sebab aku memang tengah cuti midsem ni. HAHA. Macam biasa, midsem break UTP hanya empat hari bermula khamis termasuk sabtu ahad. From my logic, weh maknanya midsem break kita dua hari je weh sebab sabtu ahad memang cuti. hehs

Source ; tumblr
Tahu tak, midsem break ni aku tak balik Melaka. Tahu takkkkk? Haaaa, aku memang tak balik Melaka cuti kali ni which is memang sejarah betei buat aku. Hahaha. Muka aku ni lah yang tiap dua minggu mesti balik Melaka. Lagi teruk, masa foundation second semester, setiap minggu kot aku balik Melaka hari khamis sebab jumaat takde kelas dan selalu ponteng kelas gamelan. Kisah pulak aku fikir itu ini bila balik Melaka tetiap minggu.

Tapi sejak habis foundation, bila dah busy dengan assignment, quiz, test, event, fikir dua tiga kali gak bila nak lari balik Melaka. Lagi lagi semester ni. Sibuk yang amat dengan 18credit hours. Kelas setiap hari pukul 8 sampai petang. Sibuk dengan club. hihi, Aku telah menjadi seorang yang waras dengan tidak pulang ke rumah setiap minggu.

So, well betul lah tu kan entry ni tentang sejarah aku dekat UTP, dan takde sebut pun apa soalan ramalan SPM sejarah tahun 2012 ni. haha.

 
Haaa tengok lah ACADEMIC CALENDAR 2012 UTP ni. Bila tengok aku rasa, eeeeee, apesal sikit sangat cuti. Dah tu kenapa lah management tak merge kan cuti midsem/cuti sem yang dekat dekat dengan cuti awam kat Malaysia ni. Macam contoh, cuti raya haji dengan cuti midsem break kiteorang. Raya haji jatuh 26/10 iaitu hari Jumaat kalau aku tak silap kan. lepas tu Sabtu Ahad. Lepas tu ada kelas balik 3 hari, lepastu midsem break. Eeeee kesian tau orang yang duduk jauh nak balik apa semua. Duduk UTP lelama bukan ada apa pun.

Tapi tu lah. Sebagai student kita sendiri kena pandai rancang cuti kita. Kalau tak, memang tak buat apa lah terperap dalam kampus. Kalau tak balik cuti, pegi lah keluar dengan kawan ke, study ke, buat apa yang patut. Jangan asyik tidur je 24jam tak ingat dunia. Yang penting, mak sure lah parents korang tau apa korang buat kat sini. Tak baik weh tipu itu ini. Kalau benda buruk jadi, kita yang susah nanti.

Ok. Tu jadual semester ni. Dah separuh semester baru nak tempek kat sini. Hekhek. Sebenarnya baru je buat semalam jadual tu. Sebelum ni tulis atas kertas cincai je. zzzzz. Nampak tak aku buang masa masa cuti ni buat benda benda tu semua -.-'

Fuhh fuhh panjang pulak entry kali ni pasal Sejarah aku dekat UTP, bukan sejarah SPM tahun 2012. HAHAHA. Ok.

Nak sarapan dulu. Bai.

Source ; tumblr
Untuk adik adik yang nak SPM tahun 2012 ni, good luck. Jangan hadap internet lagi dek oii. Pegi lah buat latihan. Takut nanti masa keluar result SPM tahun 2013 korang menyesal tak sudah sebab asyik main twitter, facebook dengan blog je. Good luck !!

No comments:

#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (20) Tiga (5) Tips dan Informasi (20) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License