Hampir sebulan. | Blog BudakFadhilah

17.6.11

Hampir sebulan.

Sad? ... Happy? by sourpatch.

salam semua.

ok, kekok dah nak menaip dekat blog sendiri. banyak benda sebenarnya nak bagitau. tapi tak ter-taip. heh, mengada.

cuba korang hitung. dari 19.5.2011 sampai hari ni, sekarang 17.6.2011. eh, dah hampir sebulan dekat sini. cepat nya masa tu berlalu. banyak benda yang dah hadap. penat. letih. tapi apa nak buat. kena lah jugak kan hadap.

dalam masa sebulan ni jugak lah tak balik Melaka  T____T  tapi dalam masa sebulan tu dekat tiga kali abah datang tengok. hihi, rezeki weyh bila abah kena kerja dekat dengan Perak ni. sebenarnya tak lah dekat sangat. dalam dua jam juga nak datang U ni. mama pulak, baru datang sekali. 'ok' le tu kan. sebenarnya kalau boleh nak mama dengan abah datang tiap tiap hari. heh

dua minggu pertama dekat sini memang tak boleh blah lah kan. asyik melalak je tiap tiap hari. haha, tapi sekarang dah tak lagi. dah tak ada masa nak melalak bagai semua tu. balik je kelas dah penat. terus pengsan. dekat sini memang banyak berjalan. dah le jauh  =.='  abah kata habiskan satu semester dulu, baru fikir perlukan kereta atau tak. wehuuuu (mengada ngada)

kawan, semuanya baik baik. semuanya ayu ayu. kui kui kui, tapi tetap rindu orang Melaka juga (rindunya dekat awak Jafina )

pelajaran, mak aihhh laju nak gila. memang le. dalam masa setahun nak habiskan foundation ni. so, memang laju gila ah lecturer mengajar. orang yang tak ada basic ekonomi ni, memang blur habis. tapi alhamdulillah lah, sekarang ni makin ok kot subjek ekonomi dengan business tu. tawakal je ah bila ada test nanti  =.='

lagi apa ehh ? apa eh ? apa eh ? apa eh ? apa eh ? apa eh ? apa eh ? apa eh ? apa eh ? apa eh ? apa eh ? apa eh ? apa eh ? apa eh ? apa eh ? apa eh ? apa eh ? ok berhenti. dah tak tau nak cerita apa lagi.

bye.

No comments:

#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (19) Tiga (5) Tips dan Informasi (19) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License