Anak mama. | Blog BudakFadhilah

5.6.11

Anak mama.

http://3.bp.blogspot.com/-4nbogGhHdU0/Ter7KRJpyKI/AAAAAAAAAgg/UiMTK4ftx60/s1600/73969_164590796903900_100000589432560_425398_4176149_n.jpg
malas nak selongkar folder gambar. ambil gambar dekat blog adik je. hihi, adik dgn mama.
anak mama kuat. anak mama boleh bersabar, insyaallah. mama jangan sedih dan susah hati lagi. orang tak nak mama sedih dan susah hati sebab orang. bila dah duduk jauh ni, sebenarnya tak lah jauh mana pun kan, dah macam tak ada rasa malu nak luahkan kata sayang dan rindu  :')

untuk abah dan mama, happy anniversary yang ke 19 (5.6.11). hihi, umur orang pun dah hampir 18 tahun. macam tak percaya kan. perangai macam budak kecil. errr, tak boleh cerita lebih lebih dekat sini. bila berjumpa nanti baru boleh cerita itu ini.

dulu masa semua ada dekat rumah, kita mesti celebrate sama sama kan apa apa tarikh penting dalam family. buat BBQ la, steamboat la, beli kek la, keluar makan la, jalan jalan la. sekarang ni dah jauh, susah nak jumpa, kenalah tangguhkan itu ini. tapi tak pe, mama kata kena sabar.

i'll try my best. tak ada anak yang nak hampakan ibu bapa dia. tak ada anak yang nak buat ibu bapa mereka sedih. cuma kadang kadang, orang tak perasan dan sedar yang perbuatan tu dah buat mama dengan abah kita sedih. maafkan. itu je yang boleh diharapkan.

tak retilah sebenarnya nak buat entry panjang panjang macam dulu. dah lama tak bagi perhatian dekat blog ni betul betul. kesian www.nufaa.com ni. ada masa nanti, nak belek belek dan make up apa yang patut. kalau ada masa lah. (dari menganggur lepas habis SPM, sampai dah masuk U, blog ni sama je keadaan dia. heh)

entry khas untuk mama dengan abah, dari anak mama abah yang paling manja. (padahal anak sulong ni  =.=' )

happy anniversary abah ♥ mama.

- adik, kalau kau nak gelak baca entri ni kan, kau gelak je. sebab aku pun macam tak caye aku boleh nak buat entri macam ni. kawan kawan, kalau korang terbaca entri ni, senyap senyap ye. tapi kalau nak gelak, gelak je depan aku. hehe

4 comments:

#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (20) Tiga (5) Tips dan Informasi (20) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License