boleh ke ? | Blog BudakFadhilah

4.3.10

boleh ke ?

start//4:20pm

salam semua.

heh, waktu sekarang ni mesti mereka mereka yang suka suka suka sangat sukan tengah berpeluh peluh dekat tengah padang. gosh, saya bukan sebahagian daripada mereka. saya malas nak campur mende mende tu semua. HAHA

Hi Hi by yasmapaz & ace_heart

rasa macam pihak sekolah ni bangang la pulak. minggu depan nak exam. boleh pulak dia buat hari sukan minggu ni. nak belajar pun tak senang sebab kejap kejap cikgu takda, kejap kejap kiteorang kene panggil. memang terganggu gila nak belajar. lepas tu dengan beruk beruk yang suka memekak tu. hish, sakit kepala otak saya ! dah macam dekat hospital gila.

geheee, sekarang saya tengah gila gila buat latihan addmath. erk, ok lah kot. kalau saya tak putus asa, A+ mesti boleh dapat punye. tu pun kalau saya tak putus asalah. paling paling bodoh pun, saya dapat lulus. rasa macam bodoh jugak tahun lepas tak boleh buat, tapi sebenarnya, addmath lagi mudah daripada math kot. math lagi complicated. sesak kepala.

adddd by wnaJUNK

huh, sebenarnya dua dua boleh buat kepala otak kita sakit lah. tapi kene jawab dengan tenang lah. mesti idea untuk jawab soalan tu akan datang dengan sendirinya.

sebenarnya, sekarang ni hari saya tengah meluap luap nak cakap macam ni dekat mama;

mama, hari ni tak payah pergi tusyen boleh ?
kalau boleh, orang tak payah online sebulan. SEBULAN.

gahahahahah, tapi tak nak lah. macam tak boleh hidup je nanti. eleh, tusyen tiga kali seminggu, enam jam lebih je. macam tak berbaloi ganti dengan sebulan. betul tak ?

eh, cakap pasal tusyen, saya ada kelas kejap lagi.

sebelum tu, sila maklum yang saya tidak dapat membantu anda untuk buatkan background atau header buat masa sekarang. sebab apa ? sebab saya terlampau sibuk sampai dah tak reti cari jalan untuk balik rumah ! T___________T


bye.


p/s:blog ni makin lama makin bosan kan. T________T

p/s/s:
kalau lah ada mereka yang boleh bagi idea untuk buat
entry tentang sesuatu kan bagus. sape boleh bagi ? !


5 comments:

Sesumpah said... Reply to this comment

wahaaaaa goodluck bebes. insyaallah boleh A+++


:D

enjelinajolipit said... Reply to this comment

seronoknya sekolah kamu. ada beruk!!! mesti buat bahan bedah utk sabjek bio kan? tak payah pakai tikus dah. yuck!

N. Fadhilah said... Reply to this comment

Sesumpah//
terima kasih. :D


enjelinajolipit//
eh, beruk tu tak boleh bedah sesuka hati. HEHE
ni beruk yang tak makan saman punya. untuk subjek bio, kiteorang guna katak je. tikus busuk ! :P

Liyanaa. said... Reply to this comment

comelnyaa flies tersebutttt tangkap sndiri heh?

N. Fadhilah said... Reply to this comment

kakak comel//
HAHA, pinjam gambar daripada flickr je lah. :P

#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (20) Tiga (5) Tips dan Informasi (20) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License