31.3.12

Istikharah bukan sekadar petunjuk.

2.01am, 30/3/12
Assalamualaikum korang.

Pagi pagi buta ni buat aku rasa nak ber-brainstorming mengenai istikharah. Ilmu yang baru dapat mestilah kita kena kongsi kan. Semoga ilmu yang aku kongsi ni bermanfaat untuk kita semua. Mudah mudahan.


Sebenarnya seisi heart to heart talk ni penting untuk kita cermin kembali diri kita sendiri. Aku sendiri sebenarnya sedar yang diri aku ni sebenarnya hari hari ada melakukan kesilapan. Well sebenarnya kita semua manusia ni pun hari hari ada buat silap. Daripada kesilapan tu, kita cuba perbaiki apa yang patut. Jangan diulang kembali silap tu.

Tah cemana masa tengah cakap cakap boleh terpesong ke topik istikharah. Aku pun tak ingat sebab apa. Haaa, sekarang ni pun musim adik adik yang lepas SPM tu tengah buat pilihan kan. hihi, good luck korang. Well, apa yang aku dapat, aku saje nak share dekat sini.

Perkara cliche bila orang cakap pasal solat istikharah, tunggu mimpi.
Dulu sebenarnya aku pun selalu fikir macam tu juga. Aku fikir bila lepas buat solat istikharah, lepas tu aku kene dapatkan tidur yang best, lepas tu tunggu mimpi. Bila dah dapat mimpi, aku perlu ikut mimpi tu. Sebab aku fikir itu petunjuk daripada Allah. Sebenarnya, ada perkara yang tak betul sikit dekat situ.

Blonde Girl Sleeping in The Grass by Pink Sherbet Photography

Ye, memang betul, mimpi tu sebenarnya petunjuk daripada Allah. Tapi kalau hati kita kuat mengatakan yang pilihan kita sebaliknya daripada mimpi yang kita dapat, apa yang kita kena pilih. Ye dak? Aku pernah melalui saat macam ni dulu. Masa sebelum masuk UTP. hihi, Tapi, masa tu aku dapat mimpi, dan aku lupa mimpi tu -.- so, dah tiba hari terakhir untuk aku buat keputusan, aku ikut je kata hati aku. Alhamdulillah, walau besar macam mana pun masalah aku dekat sini, aku masih okay lagi. Sebab aku kata dekat diri aku, aku sendiri yang buat pilihan ni. Jadi, aku kena lah kuat ! :)

Macam mana kalau kita nak buat pilihan, dan kita buat solat istikharah, dan kita nak gak tunggu mimpi tu, dan mimpi tu hanya datang pada 10 tahun yang akan datang? hah, cemana? Masa tu bukannya akan tunggu kita. Last last kita kena juga buat pilihan sendiri. Dan mudah mudahan pilihan kita tu betul. 

Kenapa aku kata mimpi tu tak berapa penting sangat?
Mimpi tu penting juga sebenarnya laaa. Mimpi tu merupakan petunjuk, dan pilihan yang Allah beri pada kita. Tapi, lebih baik aku rasa kalau kita ikut kata hati kita sendiri. Pilihan kita. Tapi make sure lah masa kita buat pilihan tu, hati kita tenang, tak ikut emosi dan boleh berfikir secara rasional. Jangan buat pilihan terburu buru. Takut nanti menyesal.

Kalau kita bergantung seratus peratus dengan mimpi yang kita dapat, dan kita turutkan mimpi tu, takut kita akan ada rasa menyesal pulak nanti di kemudian hari sebab kita buat pilihan ikut mimpi, bukan ikut apa yang kita nak. Nanti masa tu, dah jadi lain pulak. Tak boleh terima kenapa ikut mimpi yang kita dapat tu. Nanti mula lah kita nak persoalkan itu ini kenapa Allah bagi mimpi tu la, kenapa kita ikut la, lagi baik kalau kita ikut pilihan kita la, itu la, ini la. 

Dah tu, macam mana kita nak tau yang kita dah dapat petunjuk?
Petunjuk daripada Allah tak semestinya datang dalam mimpi sahaja, boleh gak petunjuk tu datang masa kita tengah duduk sorang sorang lekakan diri, mungkin masa kita tengah study, atau bila bila masa ah. Aku pun tak tau. Tu semua kerja Allah. Wallahualam.

Kalau kita ikut kata hati, at least kita tak akan rasa menyesal sangat. Sebab itu pilihan kita. So, apa pun pilihan kita, apa pun dugaan yang kita kena lalui, kita akan mampu lalui dugaan tu dengan tabah sebab itu pilihan kita. Kan kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan.


Apa yang aku dapat, Istikharah sebenarnya kita memohon redha kepada Allah atas segala pilihan yang akan kita buat kelak. Ye, kita buat solat istikharah tu untuk memohon petunjuk. Tapi sambil kita memohon petunjuk, kita juga memohon supaya Allah memberkati segala pilihan kita.

Konklusinya dekat sini, buat pilihan berdasarkan hati kita berat dekat sebelah mana pilihan yang ada tu. Jangan terburu buru buat keputusan. Tenangkan hati, fikir dalam dalam segala kesan yang akan mendatang bila kita buat pilih satu satu keputusan tu. Lepas tu, kita serahkan semuanya kepada Allah. Sambil sambil tu, jangan la lupa buat solat istikharah. Okay.


Doa sesudah solat istikharah :

doa-istikhaerah

Ertinya:-
“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.

Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.

Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”


sumber doa ; sini. 1:10pm, 31/3/2012

16.3.12

Bengung.

Pandang kiri,
pandang kanan,
pusing ke belakang,
pandang depan semula,
tenung dalam dalam skrin laptop.

Ahhh,
bengung.

Tak mengerti perasaan apakah ini.
Mungkin rindu.

8.3.12

Hanya hujung minggu biasa.

ehem, assalamualaikum.


 nampak tak ? nampak tak ? " Mid sem break !! "

naaah, itu hanya hujung minggu yang biasa biasa saja sebab jadual aku semester ni hari paling disaster ialah hari isnin dan selasa. rabu khamis jumaat sabtu ahad semua bagi aku adalah hari bersenang lenang. dah tu pulak mid sem break UTP memang start hari khamis. so, aku tak lah excited mana pun kan. zzzz

sebenarnya aku nak buat entri wordless wednesday gambar tu. tapi aku pemalas nak on laptop. dah masuk hari khamis pun. so, terhasil lah entri ni.

bai.

1.3.12

Dear Padilah, mengata orang, tapi tak sedar diri kau pun sama.

Ahaaa, assalamualaikum semorang :B

Eh, mana ada orang pun, diri aku sorang je ni. Lulz

Aku terasa seperti nak bermonolog seorang diri malam ni. Monolog untuk peringatkan diri aku sendiri ni. Supaya aku tak jadi macam tu, mudah mudahan. Kalau lah ada yang baca ni terasa ke apa, aku minta maaf lah awal awal. Tapi kalau terasa bagus gak, biar terbukak sikit hati tu. Sape suh duk kata aku itu ini. Eh, sebab tu aku terasa nak buat entri ni. Ehhhh


Dear padilah, kalau sebelum kau berkata kata tu, kau fikir dulu perasaan orang lain. Kau fikir dulu, apa yang dia rasa bila dia dengar apa yang kau akan cakap. Jangan sebab kekonon kau nak jujur sangat, kayy jujur lah sangat kan, jujur kepala hotak kau, kau pergi sakitkan hati orang lain. Sakitkan hati kawan kau. Tak payah padilah.

Dear padilah, kalau kau tak tau apa apa, kau tak payah sibuk nak nasihatkan orang itu ini. Kau jaga dulu diri kau. Nanti kalau orang lain tegur kau, kata yang kau tu salah, tak payah kau gedik gedik nak pegi balas dengan ayat 'Fine!!' and 'Whatever!!' kau tu. Kau terima je teguran orang tu. Tak payah nak tunjuk sangat kau tak boleh terima kata kata orang lain. Tak boleh terima nasihat orang lain. Tak payah padilah.


Dear padilah, kau tak payah nak emosi emosi bagai eh. Kau ingat kau sorang je ada emosi hah? Orang lain tak ada perasaan? Orang lain tak ada emosi? Macam tu? Jangan buat orang menyampah dekat kau padilah. Nanti diri kau sendiri yang susah. Hidup ni, kita bukan nak cari lawan, kita nak buat kawan. Ni kalau dah asyik fikir emosi kau je, orang pun menyampah nak dekat, nak kawan dengan kau. Tak payah nak emosi bagai eh padilah. 

Dear padilah, kau jangan fikir diri kau bagus sangat, kaya sangat, pandai sangat, semua pon boleh. Ada orang yang semestinya lagi bagus daripada kau. Cuma kau tak tau je. Atau mungkin dia yang humble. Jangan jadi bongkak padilah. Jangan angkuh dengan nikmat dan rezeki yang Allah dah bagi dekat kau. Kalau Allah nak tarik nikmat tu semua, kejap je kau tau tak. Be humble padilah. Always, help your friends padilah. InsyaAllah mereka akan bantu kau di kemudian hari.


Dear padilah, kau kene ingat. Kawan kawan kau tu bukan mama kau yang nak ingatkan diri kau perlu study, perlu makan, perlu bangun, perlu pergi kelas, perlu itu, perlu ini. Kejadah nya kau nak harapkan kawan kau jadi macam mama kau padilah? Pandai pandai kau lah padilah nak hidup sendiri dekat sini. Kalau kau pilih tak mau buat itu ini, nak jadi pemalas, kau jangan nak salahkan kawan kau pulak eh. Kalau kau tak faham apa yang lecturer study, tapi kawan kau paham, kau jangan nak salahkan kawan kau tu. Pergi usaha sendiri padilah. Jangan asyik nak salahkan orang lain padilah!

Dear padilah, jangan jadi pemalas sangat. Go get a life padilah ! Sampai bila kau nak asyik minta tolong orang tapaukan makanan untuk kau je hah? (_) (_) Sekali dua boleh lah. Banyak banyak kali orang pun menyampah. Jangan nak buat perangai eh padilah.

Penatnya nasihatkan diri sendiri ni. Banyak benda lagi yang aku nak taip. Tapi aku tak mampu. eh. Limitasi masa katanya. eh. Sudah lah. Berubah lah jadi manusia yang baik.


Aku selesa jadi diri aku. I don't give a damn when you tell me, please be matured. Bila aku buat buat diri aku matured, oh that is so not me. Diri aku, so, pandai aku lah nak kawal macam mana. Aku tak cukup bodoh lagi nak buat perangai tak memasal. Cuma kadang kadang aku alpa. Kalau begitu, tolong lah peringatkan aku. Tegurlah aku kawan.


Kita semua manusia, setiap hari pasti punya angan untuk menjadi lebih baik daripada semalam.
#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (19) Tiga (5) Tips dan Informasi (19) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License