Dear Padilah, mengata orang, tapi tak sedar diri kau pun sama. | Blog BudakFadhilah

1.3.12

Dear Padilah, mengata orang, tapi tak sedar diri kau pun sama.

Ahaaa, assalamualaikum semorang :B

Eh, mana ada orang pun, diri aku sorang je ni. Lulz

Aku terasa seperti nak bermonolog seorang diri malam ni. Monolog untuk peringatkan diri aku sendiri ni. Supaya aku tak jadi macam tu, mudah mudahan. Kalau lah ada yang baca ni terasa ke apa, aku minta maaf lah awal awal. Tapi kalau terasa bagus gak, biar terbukak sikit hati tu. Sape suh duk kata aku itu ini. Eh, sebab tu aku terasa nak buat entri ni. Ehhhh


Dear padilah, kalau sebelum kau berkata kata tu, kau fikir dulu perasaan orang lain. Kau fikir dulu, apa yang dia rasa bila dia dengar apa yang kau akan cakap. Jangan sebab kekonon kau nak jujur sangat, kayy jujur lah sangat kan, jujur kepala hotak kau, kau pergi sakitkan hati orang lain. Sakitkan hati kawan kau. Tak payah padilah.

Dear padilah, kalau kau tak tau apa apa, kau tak payah sibuk nak nasihatkan orang itu ini. Kau jaga dulu diri kau. Nanti kalau orang lain tegur kau, kata yang kau tu salah, tak payah kau gedik gedik nak pegi balas dengan ayat 'Fine!!' and 'Whatever!!' kau tu. Kau terima je teguran orang tu. Tak payah nak tunjuk sangat kau tak boleh terima kata kata orang lain. Tak boleh terima nasihat orang lain. Tak payah padilah.


Dear padilah, kau tak payah nak emosi emosi bagai eh. Kau ingat kau sorang je ada emosi hah? Orang lain tak ada perasaan? Orang lain tak ada emosi? Macam tu? Jangan buat orang menyampah dekat kau padilah. Nanti diri kau sendiri yang susah. Hidup ni, kita bukan nak cari lawan, kita nak buat kawan. Ni kalau dah asyik fikir emosi kau je, orang pun menyampah nak dekat, nak kawan dengan kau. Tak payah nak emosi bagai eh padilah. 

Dear padilah, kau jangan fikir diri kau bagus sangat, kaya sangat, pandai sangat, semua pon boleh. Ada orang yang semestinya lagi bagus daripada kau. Cuma kau tak tau je. Atau mungkin dia yang humble. Jangan jadi bongkak padilah. Jangan angkuh dengan nikmat dan rezeki yang Allah dah bagi dekat kau. Kalau Allah nak tarik nikmat tu semua, kejap je kau tau tak. Be humble padilah. Always, help your friends padilah. InsyaAllah mereka akan bantu kau di kemudian hari.


Dear padilah, kau kene ingat. Kawan kawan kau tu bukan mama kau yang nak ingatkan diri kau perlu study, perlu makan, perlu bangun, perlu pergi kelas, perlu itu, perlu ini. Kejadah nya kau nak harapkan kawan kau jadi macam mama kau padilah? Pandai pandai kau lah padilah nak hidup sendiri dekat sini. Kalau kau pilih tak mau buat itu ini, nak jadi pemalas, kau jangan nak salahkan kawan kau pulak eh. Kalau kau tak faham apa yang lecturer study, tapi kawan kau paham, kau jangan nak salahkan kawan kau tu. Pergi usaha sendiri padilah. Jangan asyik nak salahkan orang lain padilah!

Dear padilah, jangan jadi pemalas sangat. Go get a life padilah ! Sampai bila kau nak asyik minta tolong orang tapaukan makanan untuk kau je hah? (_) (_) Sekali dua boleh lah. Banyak banyak kali orang pun menyampah. Jangan nak buat perangai eh padilah.

Penatnya nasihatkan diri sendiri ni. Banyak benda lagi yang aku nak taip. Tapi aku tak mampu. eh. Limitasi masa katanya. eh. Sudah lah. Berubah lah jadi manusia yang baik.


Aku selesa jadi diri aku. I don't give a damn when you tell me, please be matured. Bila aku buat buat diri aku matured, oh that is so not me. Diri aku, so, pandai aku lah nak kawal macam mana. Aku tak cukup bodoh lagi nak buat perangai tak memasal. Cuma kadang kadang aku alpa. Kalau begitu, tolong lah peringatkan aku. Tegurlah aku kawan.


Kita semua manusia, setiap hari pasti punya angan untuk menjadi lebih baik daripada semalam.

1 comment:

jaka said... Reply to this comment

makasih gan infonya dan salam sukses

#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (19) Tiga (5) Tips dan Informasi (19) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License