Pertikaian dalam hidup. | Blog BudakFadhilah

17.2.12

Pertikaian dalam hidup.

Hai semorang. Hai semorang.

Rasa macam dah lama aku tinggalkan aktiviti menaip untuk blog ni dalam keadaan yang tenang, tanpa emosi, dan terkejar kejar. Selalunya, manjang je tak ada masa. Ada je keje yang buatkan aku tak ada masa nak buat new post. I mean, entry yang bermakna. Bukan entry yang aku sorang je yang faham maksud yang aku cuba nak sampaikan. Hmm faham tak faham taak.

So today, aku rasa nak secara random. Ni apa yang terlintas dalam fikiran aku.

Pernah tak korang rasa yang korang sepatutnya dapat benda yang lebih baik daripada benda yang korang dapat sekarang ni? Contohnya macam,  hidup kita ni. Pernah tak korang rasa, alahmak apesal lah annoying sangat kawan aku ni. Kenapa lah aku selalu je kena hadap masalah masalah ni. Kenapa lah hidup aku ni tak happening langsung. Kenapalah family aku tak macam family kawan aku tu, kenapalah aku ni asyik pokai je, blablablabla. Contoh lain pulak, result exam. Pernah tak korang rasa, aku dah study sehabis masa dah ni. Macam dah tak cukup 24jam. Solat tak tinggal. Buat solat sunat lagi. Berdoa siang malam. But why the hell result aku macam siot ni ?! Pernah tak korang rasa macam tu?

Well, sejurjurnya, yes, aku pernah rasa macam tu. Actually all the time. Sampai kan, aku sentiasa merungut itu ini. Merungut je keje aku. Tak habis habis. Ni lah orang yang tak reti bersyukur  -.-

Tanpa kita sedar, sebenarnya, apa yang terjadi ni semua perancangan Allah. Allah dah merancang segala galanya untuk kita. Cuma, kita tak tahu, bila kita akan rasa kemanisan hidup tu. Yang kita sedar biasa nya, isk susahnya hidup aku ni. Biasanya lah, itu je lah yang kita perasan. Mana kita nak perasan moment moment best dalam hidup kita.

Setiap perkara yang berlaku tu, mesti ada sebab dan akibat. Serius. Cuba muhasabah diri kita sikit. Malam malam sebelum tidur, bawak bawak ingat balik apa yang kita dah buat, apa yang kita dah cakap. Lepas tu fikir kan, orang orang sekeliling kita. Adakah kita dah buat dia marah? Adakah kita terlampau rasa selesa dengan keadaan kita sekarang. Tak de ruginya masa kita tu.

Sedar tak, setiap masalah ada jalan penyelesaian. Dalam kita duk mengeluh merungut betapa susahnya kita nak hadapi masalah kita, kita tetap teruskan hidup kita tu. See, betapa tabahnya kita. Betapa kita kuat untuk terus move on. Dalam kita tak sedar, masalah tu pun berlalu pergi macam tu sahaja.


Meh aku bagi cerita contoh perkara yang aku selalu je pertikaikan. Hmm contoh paling senang, result exam. Like seriously, semua exam besar yang aku dah hadap dalam hidup aku ni, semuanya tak cemerlang mana. Sumpah memang tak payah nak dibanggakan. Nak cakap dengan orang pun aku rasa malu. Adik adik aku lagi pandai daripada aku kott. Siapa tak kecewa bila tengok result exam macam tu rupa kan. Menangis jugak lah aku. Tapi aku boleh buat apa je. Benda dah jadi. Tak dapat nak patah balik.

Dari hari ke sehari, aku terima je lah. Nak merungut kejadahnya. Salah aku jugak. Banyak tu usaha aku, banyak tu je lah ketul A yang aku dapat. Tak ada yang aku kesalkan sangat. Cuma rasa menyesal sebab pemalas sikit. Hihi. At least, result aku tu 'halal'. Tak meniru, tak beli jawapan, tak bawa masuk notes dalam hall. Kalau kau pun buat benda yang sama, kau memang awesome tauuu. Actually aku pernah je meniru masa exam bulanan dekat sekolah dulu -.-

Nampak tak dekat sini apa yang aku nak sampaikan? Aku sepatutnya rasa bersyukur dengan result aku sebab tu semua atas usaha aku sendiri. Sepatutnya daripada awal aku tak payah nak bazirkan air mata aku. Tak payah aku nak pertikaikan kenapa result aku macam tu rupa. Aku patut celebrate lagi sebab result aku tu. heh

Aku selalu je nampak member member aku meniru lah, dapat tau ada orang jual jawapan lah, dapat tau bodek cikgu sampai dapat tau sikit sikit apa yang nak keluar exam. Heh, peduli apa aku. Sedar tak yang korang sebenarnya dah tipu diri korang sendiri. Emm kesiannya korang. Serius, aku selalu je cakap dengan kawan aku yang lain, 'weh mana adil.' 'weh tak fair langsung.' 'weh tak aci langsung weh.' 'weh mana boleh macam ni.' tapi semua weh aku tu mana ada guna apa apa pun. Haha. Mereka tu dah dapat result yang best pun. Aku yang tak meniru ni terima lah result yang camtaek. haha

Tapi, as i said before, korang tu sebenarnya dah tipu diri korang sendiri. Naah, hilang rasa hormat aku pada korang. Aku respect gila kot orang yang berjaya dengan cara yang betul. Tak ada cara cara terpesong ni.

Korang sebenarnya, kene fikir balik. apa yang slacknya dalam hidup korang ni. Maybe, korang tak perasan, korang banyak sakitkan hati orang lain, kurang ajar dengan parents ke, atau solat waktu tak cukup ke, atau korang kurang berdoa, terlalu angkuh nak memohon kepada Allah, atau mungkin cara belajar korang tu salah. fikir balik. Perkara macam ni, terlalu sensitif untuk member member tegur. Kita sendiri yang kena sedar diri. Hanya diri kita sahaja yang tahu apa yang kita dah buat, apa yang ada dalam diri kita.

As for me, masalah aku memang satu tu je, pemalas. Memang aku ni jenis super duper pemalas. Baik tak payah hidup. Semua benda malas nak buat. Sebenarnya banyak je sebab yang buat aku ni susah nak berjaya. Tapi, semuanya ambil masa. as aku semakin tua, eh, semakin dewasa, banyak benda yang aku belajar. Hmm, aku cuma menjadi diri aku. Bila aku nak act aku nak matured sangat, tak boleh. Nanti nampak aku macam pura pura sebab tu bukan diri aku. Eh, dah lari topik.

Dah tu, bila nya kalau aku nak berjaya kalau asyik macam ni je nasib aku ? Habistu, aku kena buat cara yang salah ke kalau nak berjaya ?

Tak. Korang tak perlu buat benda benda terpesong tu. Korang kena teruskan berusaha untuk baiki segala hidup korang. Tu je. Bangun. Bangkit bila setiap kali gagal. Gagal sekali tak bermakna gagal selama lamanya. Percaya lah. Kau akan rasa kejayaan tu. Bukan sekarang mungkin. Tapi nanti. Nanti tu bila ? Allah je yang ada jawapan untuk soalan tu.

Allah sentiasa bersama kita.


Cukuplah kita menangis sekali je. yang penting, kita kena terus berusaha untuk ubah segalanya. Yang penting jangan ada hasad dengki dengan orang yang berjaya tu. Jangan persoalkan, kenapa dia boleh dapat result macam tu walaupun dia tak study. Jangan. Kita kena kenal diri kita sendiri. Dekat tahap mana diri kita sekarang. Then, ubah lah apa yang tak betul dalam diri kita tu. Lepas tu, kita serahkan semuanya pada Allah. Tawakal. Percaya pada rezeki dan takdir.

Pedulikan orang yang cuba down kan kita. Orang lain ni biasanya saje je nak psiko kita supaya kita rasa down. Kan manusia memang suka nak jatuhkan sesama manusia.

society sometimes killed the teenager.
Tapi tu lah manusia, emm selalu mempertikaikan itu ini. Aku pun macam tu jugak.

Apa apa pun, laluilah hidup ni dengan penuh kesabaran. Always be strong. Aku tau, sabar tu susah. aku pun bukan penyabar. tapi, aku tau, bila tiba masanya nanti, aku akan tersenyum juga macam orang orang yang aku pandang kagum tu.

bahan bacaan cadangan : Istidraj, Tawakal.

pis.

-16.2.12 / 3:40p.m

No comments:

#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (19) Tiga (5) Tips dan Informasi (19) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License