Perempuan dan baju kurung. | Blog BudakFadhilah

23.2.12

Perempuan dan baju kurung.

Heyya semua. Eh Assalamualaikum semua.

pis.
2010 // 2011

Nampaknya, makin test bertubi tubi datang nak serang aku, makin banyak je topik dalam kepala aku ni. Makin banyak je ayat yang aku buat masa kelas. Makin aku tak fokus dalam kelas tau tak. Eh.

Sebenarnya saja nak manaip secara random.

So, as a girl, aku sebenarnya, aku sebenarnya, hmm tak berapa suka pakai baju kurung. zzzzzz. Bukan tak suka sebenarnya, tapi  jarang pakai. Eh susah lah lah nak terangkan. Yang penting kalau pergi kelas, aku lagi suka pakai cardigan, t-shirt, jeans, slack, kemeja, blouse. Ahaaa, baju kurung? Sangat jarang. Dalam almari aku sekarang dekat hostel ni ade laa dalam lima pasang baju kurung. Hihi

Google. Aku rindu baju ni.
Dalam setahun, hanya event event penting je aku akan baju kurung. Contoh, nak pergi wedding, kenduri, hari raya, ceramah, tak pun aku ter-buang tebiat tetiba nak pakai baju kurung. Tapi sebenarnya lagi, aku ada satu tabiat. Aku suka gila beli baju kurung. Tapi pakainya tidak. Apakahhh.

Undeniably, perempuan dengan baju kurung tu sangat perfect okay. Perempuan berbaju kurung sangat ayu sebenarnya. kih kih kih. Aku pernah je tanya member member aku yang boleh dikatakan, satu minggu tu, 4 hari kelas, dia akan berbaju kurung, aku tanya tak rimas ke, tak panas ke, selesa ke, blablablablabal. And, dia kata okay je. Haha. See, no harm pun kalau pakai baju kurung hari hari.

Haah pun. Aku kalau pakai baju kurung sebenarnya senang nak bergerak. Senang nak bergerak bila pakai baju kurung yang tak fit la. Kejadahnya pakai baju kurung yang melekat gila gila dekat badan. Pengaliran udara dekat bawah baju kurung tu berlaku dengan selesa je. haha. Ada yang aku nampak, alahai, baju kurung tu daripada atas ke bawah, cantik je balut ikut bentuk badan dia. isk

Lagipun, pakai baju kurung, aurat pun sempurna tertutup. Dengan bertudung nya. Isk, ayunya. haha. Tapi entah kenapa aku lebih memilih cardigan dan shirts berbanding baju kurung. Mungkin sebab aku cepat berpeluh kut. Tak selesa nanti kalau berpeluh masa pakai baju kurung. Lagi satu, sebab aku super pemalas nak gosok baju kurung tu. Dalam almari aku ni, baju kurung tu semua jenis yang tak payah gosok. Boleh terus pakai. Senang. Lagi, pakai baju kurung mana boleh jalan terkangkang kangkang oii. Jalan pun kena sopan sopan. hihi

Mungkin juga salah satu sebab aku tak berapa nak gemar pakai baju kurung ni sebab masa zaman sekolah dulu, daripada sekolah rendah sampai ke sekolah menengah aku dah puas pakai baju kurung. Sebelas tahun kot pakai baju sekolah. haha. Tapi masa aku sekolah menengah, aku dah tak pakai baju kurung sangat sebab kan jadi pengawas, kan, pengawas kena pakai vest, kemeja, skirt labuh. Eii rindunya baju tu. hikhik

Hmm. Biasanya aku akan pakai baju kurung bila satu hari tu ada satu kelas je. Tu pun aku akan make sure kelas tu tak jauh nak menapak. haha. Semester lepas ada subjek Islamic studies. Kekadang tergerak jugak hati nak pakai baju kurung. Semester ni mana ada subjek macam tu lagi. Dah nak cuti mid sem ni aku tak pernah lagi pakai baju kurung pergi kelas. Nak tengok ah, semester ni tak pakai kurung langsung ke atau akan pakai. hihi

Apa yang aku perhatikan, kawan kawan perempuan aku semuanya suka pakai baju kurung. Aku rasa, aku dengan ada sorang kawan aku yang perempuan ni je yang liat sangat nak pakai baju kurung. Kalau tak kena paksa, memang tak pakai lah baju kurung tu.

Ini kisah aku dan baju kurung. Kalau perempuan lain, aku tak tau lah pulak macam mana.

Sebenarnya, perempuan dengan baju kurung adalah sangat seksi. Tu je motif aku buat entri ni. Sekian.

22Feb2012, 10:39p.m

5 comments:

Urzain Hussain said... Reply to this comment

perempuan kalau pakai baju kurung memang nampak cute..so,teruskan memakainya..:)

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

baju kurung baju tradisional. so, tak kan lapuk dek ditelan zaman. hehe :)

Kak H said... Reply to this comment

saya suka , saya suka ;)

Fadhilah Mn said... Reply to this comment

:)

Armania said... Reply to this comment

setuju sgtt dgn Uzrain Hussain..

#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (20) Tiga (5) Tips dan Informasi (20) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License