13.7.13

Ramadhan kembali.

Assalamualaikum.

Dah 4 hari berpuasa. So yeah, Selamat Menikmati Barakah Bulan Ramadhan kali ni. Malam tadi aku tiba tiba teringat arwah nenek. Tiba tiba. Tak pe la. Aku sedekahkan Al-Fatihah je.

Tahun ke empat tak dapat merasa air tangan nenek. Tak pe. Orang islam kena terima yang "Sesungguhnya kami milik Allah, dan kepada-Nya kami kembali. - Al-Baqarah:56"

Seperti tahun tahun lepas, apa je yang aku mampu nak muntahkan kata kata aku dekat blog ni kan. Makin dewasa aku rasa aku makin bisu. Mungkin atas sebab makin rasa insecure dengan orang sekeliling. Mungkin atas dasar mereka yang aku perasan dah treat life kita ni macam dalam satu "competition". Kalau competition atas nama yang baik baik, aku terima. Ini, yang tak masuk akal pun. Jadi, aku pilih untuk diam dan berasa kesian.

Mungkin boleh refer entri ni dan entri yang ini untuk kembali repeat apa yang aku mampu katakan bila Ramadhan datang.

Hari ini Ramadhan ke-empat, dan aku cuba hidupkan kembali blog ni. Dah dua bulan jugak aku tinggalkan blog ni. Sibuk yang amat. Padahal banyak benda yang berbuku buku nak cerita. Tak pe. Ada masa, aku hadap blog ni.

Ok.

SELAMAT BERPUASA.

"Rahsiakan ibadah. Biar jadi cerita manis antara kita dan Kekasih(Allah)" - @chikadior - 2013

19.5.13

The end.

Berapa banyak tah draft entry aku yang tak aku habiskan lagi. Tu lah. Suka buat kerja bertangguh. Semester dah start lagi lah haram aku nak habiskan entry aku. heh,

Biarkan je la.

Ohh.
Finally, cuti 4 bulan pun tamat.
The end.

Selamat mulakan semester baru Padilah !

6.4.13

Interview UTP.

Nyioh.


Tu keyword - interview UTP 2013 - yang masuk dalam blog aku dua tiga hari ni. And hmm.. K.

Nah aku sediakan link rujukan korang yang mana tengah tertunggu tunggu interview bagai UTP ni - FAQ Interview UTP

Check lah nanti korang dipanggil ke tak untuk interview UTP ni untuk intake May 2013 9hb nanti. Kalau dapat, good luck lah. Interview je pun, pergi je dulu. Lepas tu kalau dapat tawaran, baru fikir juta kali nak masuk UTP ni ke tak. Bandingkan dulu dengan tawaran lain yang korang dapat.

Sebelum ni pun aku pernah buat entry pasal Educamp UTP ni. Nah link lagi- UTP: Educamp untuk Jan Intake 2012

Bukan nak promote UTP pun. haha

Kalau orang tanya, aku jawab kan je lah kan. Biasanya orang akan tanya soalan soalan yang sama je. Sama macam pertanyaan pasal universiti lain. Erk, apa ayat aku ni? K, tak payah faham pun tak apa. Tak penting sangat. La ni, aku macam rajin sikit. Kekonon tengah cuti 4 bulan lah kan. Tak keje. Duduk rumah goyang kaki je pun. Aku pun terajin lah buat entry ni.

Kalau ada orang tanya aku universiti ni ok ke tak, aku akan jawab - ok je.

Tapi kalau nak masuk UTP ni sebagai private student tanpa apa apa pinjaman macam PTPTN atau MARA ke atau pinjaman apa apa, untuk keluarga pertengahan macam aku, aku ulang, macam aku, yang masih ada adik adik lain untuk mak ayah tanggung, aku rasa macam hmmm mahal weh.

Unless, kalau kau dapat biasiswa daripada JPA ke PETRONAS ke MARA ke atau apa apa, biasiswa ok, hmm masuk je lah UTP ni. Bukan korang kena fikir pun nak bayar fees yang beribu ribu ni nanti. Tapi kalau compare dengan tawaran ke luar negara, dengan biasiswa masuk UTP ni, pergi je lah study dekat luar negara tu. Baru lah mata terbuka luas sikit tengok dunia luar tu. Kan.

Macam aku yang result biasa biasa je masa SPM dulu, aku tak fikir banyak pun bila buat keputusan nak masuk UTP ni dulu masa dapat tawaran sebab UTP ni uni idaman aku sejak daripada sekolah rendah lagi tau tak. Masa aku kecik kecik, ramai gak ah dua pupu (dua pupu je pun, haha. kalau anak buah sepupu abah, pangkat dia dengan aku dua pupu lah kan) aku study dekat UTP ni. Dah tu bila balik kampung dengar cerita cerita dorang, aku pun macam woahh. haha. Itu dulu ok. Dulu. Bukan sekarang. heh

Aku masuk foundation UTP ni sebagai private student. Masa foundation tu guna PTPTN je ah. Tu pun mana cukup. Siap kena tambah lagi berapa ribu tah aku tak ingat sebab PTPTN tu dapat dalam 8k je pun. Memang ler tak cukup. Alhamdulillah tak ada kena repeat paper apa apa, boleh teruskan dengan degree. Lagi Alhamdulillah, lepas untuk buat loan dengan MARA. Tapi tu lah, kena jaga pointer apa semua lah. Mana ada benda dapat senang senang kan. Kurang sikit mama abah nak tanggung. hmmm

Interview UTP 2013

Alah, biasa lah. Mana ada benda yang sempurna. Ada je benda tak puas hati. Aku dengar sekarang, yuran hostel dah naik dekat UTP ni. Clamping dah dikuatkuasakan. Hostel tak cukup lah. Sistem trimester lah. Apa lah. Macam macam lagi. Jangan fees lain naik lagi sudah. Mati nak membayarnya. haha

Tapi sebenarnya, bila jadi macam ni, lagi lah bersemangat aku nak grad cepat cepat. Agaknya apa lagi benda yang akan jadi kat UTP ni eh? Aku pun tak tau.
#TechiesIntern (2) #WW (27) About Me (9) Contest (2) Dapur (10) Dear Diary (35) Dua (5) Family (11) Final Year (2) Foundation year (25) Love (3) Melaka (5) Nuffnang (2) Pentingkah (5) Resipi (4) Seks (3) Songs (16) Tagged (8) Tanya (4) TechiesConvo (1) Terkini (20) Tiga (5) Tips dan Informasi (20) UTP (22) UTPclassof2015 (1) UTPGraduation (1)
© 2011; Blog Budak Fadhilah | Edited by: Fadhilah Mn | Powered by Blogger

My Ping in TotalPing.com Blogged.my Creative Commons License